161. Tetakala saudara mereka, (nabi) Lut berkata kepada mereka; “tidakkah mahu kamu berbakti?”.
162. “Sesungguhnya aku (ini) Rasul yang dipercayai untuk kamu”.
163. “Maka takutlah kepada Allah dan taatlah kepada ku”.
164. “Dan aku tidak minta dari kamu upah atas (pimpinan) itu, upahan buatku tidak lain melainkan atas (tanggungan) Tuhan bagi sekelian makhluk”.
165. “Adakah (patut) kamu mendatangi manusia yang laki-laki?”
166. “dan (patutkah) kamu tinggalkan isteri-isteri kamu yang Tuhan kamu jadikan untuk kamu ? bahkan kamu (ini) kaum yang melewati batas”.
167. Mereka berkata; “sesungguhnya jika engkau tak mahu berbakti, ya Lut, nescaya jadilah engkau daripada orang-orang yang dikeluarkan”.
168. Ia berkata; “sesungguhnya aku dari orang-orang yang sangat benci kepada perbuatan kamu”.
169. “Hai Tuhan ku ! selamatkan daku dan pengikut ku daripada apa yang mereka kerjakan”.
170. Lalu kami selamatkan dia dan pengikut-pengikut nya sekelian.
171.