Keberangkatan Jemaah Haji rakyat Malaysia dari Qatar - 1434H

6 views
Skip to first unread message

Khairil Anuar Zainal

unread,
Oct 2, 2013, 1:19:18 PM10/2/13
to MalaysiansQatar, MalaysiansDukhan, MDC Ladies, haji1434, Usrah Ali, Ismail Suboh, Mansor Rahmat, Johadey Hashim, Mohd Zamani Omar, Mohd Zahed Baba, Ustaz Mohamad Salman Ali, Jamal Sulaiman, Syed Mohd Faisal Al-Qadri, Khairul Annuar Zainal, Mohd Salleh Harun, Mohd Shah Redza Hanif, Ahmad Hilmi Mohamed, "embassymalaysiadoha@gmail.com", "amir@malaysiaqatar.net", "event@malqatar.com", haji1434, Mohd Rushdan Jaafar, Fatah Endut, Dr. Azhar Aziz, Mohd Bahrin Asmawi, fat...@gmail.com
Assalamualaikum wrt wbkt,
 
Untuk makluman, jemaah-jemaah haji Malaysia dan Indonesia, melalui Hamlah Al-Ali, akan berangkat menunaikan haji menggunakan perkhidmatan bas pada hari Sabtu ini, 5 Oktober 2013.
 
Lokasi bertolak ialah di hadapan pejabat Hamlah Al-Ali di Barwa Village pada pukul 3 petang.  Para jemaah haji dan semua yang hadir boleh menunaikan solat asar berjemaah di Masjid Barwa Village.  Sila rujuk lampiran yang disertakan.
 
Pihak Sekretariat Haji dengan ini menjemput semua rakyat Malaysia yang bermastautin di Qatar untuk bersama-sama menghantar para jemaah haji ini memenuhi jemputan istimewa menunaikan haji dari Allah SWT.  Semoga perjalanan pergi dan balik mereka dipermudahkan Allah SWT, semoga mereka selamat kembali ke bumi Qatar dan memperolehi Haji Mabrur, Ameen.
 
Khairil Anuar Zainal
b/p Sekretariat Haji Malaysia di Qatar.

 
----- Forwarded Message -----
From: Sekretariat Haji <notification...@facebookmail.com>
To: Hajj 1434H <Haji...@groups.facebook.com>
Sent: Wednesday, 2 October 2013, 19:02
Subject: [Hajj 1434H] Assalamualaikum wrt wbkt,
Sekretariat Haji
Sekretariat Haji 7:02pm Oct 2
Assalamualaikum wrt wbkt, Untuk jemaah-jemaah haji yang telah mendapat kelulusan haji, tarikh bertolak haji adalah seperti berikut: Tarikh: 05 Oktober 2013, Sabtu. Waktu: 3.00 petang. Lokasi: Depan pejabat Hamlah Al-Ali, Barwa Village (jalan dari airport menuju ke Wakra). Masjid di Barwa Village https://maps.google.com/?q=25.211705%2C51.581368&hl=en&gl=us Pejabat Hamlah Al-Ali https://maps.google.com/?q=25.213972%2C51.579173&hl=en&gl=us Semua jemaah yang akan berangkat diminta bersedia dengan pakaian dan kelengkapan haji, dokumen peribadi (selain passport yang disimpan oleh Hamlah dan akan dipulangkan di dalam perjalanan pulang ke Doha setelah menunaikan haji), wang, exit permit dan sijil suntikan. Duit untuk Dam Tamattuk dan Qurban akan diambil semasa berada di Mekah nanti (SR350 untuk Dam Tamattuk (wajib) dan SR350 untuk Qurban (pilihan)). Kepada bakal jemaah yang masih menunggu kelulusan haji (status Waiting for Approval), pihak Sekretariat meminta agar membuat persediaan seperti di atas sehingga hari Jumaat ini. Maklumat muktamat akan kami maklumkan selewat-lewatnya selepas asar pada hari Jumaat ini, insha-Allah. Bersedialah dengan segala kemungkinan. Sila rujuk email untuk Turutan Perjalanan Lengkap Haji dan update Pemerhatian dari Pengalaman seperti yang terdapat di dalam e-book yang diberi sebelum ini. Setakat email ini ditulis, kelulusan haji untuk jemaah haji rakyat Malaysia ialah 8 orang (pertambahan seorang). Sama-samalah kita berdoa kepada Allah SWT agar jumlah quota ditambah pada saat akhir dan lebih ramai jemaah Malaysia yang akan dapat menunaikan haji pada tahun ini, insha Allah. Sekretariat Haji Malaysia di Qatar.
25.211705,51.581368 - Google Maps
maps.google.com
Find local businesses, view maps and get driving directions in Google Maps

View Post on Facebook · Edit Email Settings · Reply to this email to add a comment.
Masjid Barwa Village.jpg
Pejabat Hamlah Al-Ali.jpg
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages