Buat pengetahuan semua, sahabat kita Tuan Haji Ahmad Azli Suradi @ Mat Sto kini terlantar di hospital RC disebabkan oleh darah tinggi sejak semalam.
Sebagaimana yang kita maklum, beliau baru sahaja berhenti dari Yansab dan semalam merupakan hari terkahir beliau. Oleh yang demikian, segala kos rawatan beliau tidak lagi ditanggung oleh pihak insuran.
Saya dengan ini melancarkan tabung ihsan buat beliau dan keluarga bagi menampung dan meringankan beban yang ditanggung oleh beliau. Mari kita sama sama berdoa agar beliau cepat sembuh seperti sediakala.
Wang sumbangan bolehlah diserahkan kepada saya atau wakil-wakil seperti dibawah :-
1) Haji Abdullah Hamdi
2) Haji Sulaiman Mardi
3) Haji Khairuddin Samsuri
4) Haji Zulkifli Ibrahim
5) Haji Ramli Mohammed
Atau sesiapa sahaja yang sudi untuk menjadi wakil.
Beliau kini ditempatkan di ICU 2, tingkat satu RC Hospital.
Waktu melawat adalah dari pukul 4-5 dan 7-8.
Harap maklum.
Best Regards