Tabung Wakaf Surau An-Nur

6 views
Skip to first unread message

Sharol Nizam Kasim

unread,
Sep 27, 2014, 10:38:17 PM9/27/14
to krmj@googlegroups com, AJK KRMJ 2013/4




Assalamu'alaikum wbt.
Di sini saya ingin membuat satu pengumuman. Saya telah diwakilkan oleh Imam merangkap Pengerusi Surau An-Nur di kampung saya, Pulau Pinang untuk melancarkan Tabung Wakaf Pembinaan Semula Surau An-Nur, di Jubail & kawasan-kawasan berdekatan.

Untuk makluman, Surau An-Nur ini telah uzur dan telah disahkan tidak selamat untuk digunakan lagi. Hingga sekarang pihak AJK Surau masih belum mendapat apa-apa peruntukan pembinaan semula walaupun telah bertahun memohon. Dan baru-baru ini surau tersebut terpaksa dirobohkan di atas sebab-sebab keselamatan. Buat masa sekarang, para jemaah menggunakan khemah hasil sumbangan ahli jemaah untuk melakukan solat berjemaah.

Dengan itu Pengerusi dan AJK Surau An-Nur telah bersepakatan melancarkan Tabung Wakaf untuk pembinaan semula surau tersebut. Dan saya diwakilkan untuk menggerakkan Tabung Wakaf ini di Arab Saudi.

Kepada Dato2, Haji2, Hajjah2, Tuan2, Puan2, Abang2, Kakak2, adik2 dan sahabat2 sekelian yang berhajat untuk menginfak kepada Tabung Wakaf Surau An-Nur ini, bolehlah menyerahkan sumbangan anda kepada wakil-wakil syarikat seperti di bawah:

SATORP : Sharol Nizam Kasim (0542020491) / Riyad Bank (3-5402-1059-9940) atau (IBAN SA50-2000-0003-5402-1059-9940)
SABIC : Haji Sazli Kamaruzzaman (0547776168)
SAUDI KAYAN : Azlan Chen (0558076566)
SADARA MFC : Roseli Ali atau Pok Li (0561963947)
Muslimah : Zaimah Tun Zakiah Ab Ghani (0569890455 atau WhatsApp 0506604920)

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan Tabung Wakaf ini, bolehlah menghubungi saya di talian di atas atau email kepada sharolni...@gmail.com.
Untuk makluman, saya mempunyai salinan dokumen-dokumen berkaitan Tabung Wakaf ini untuk rujukan (jika perlu) dan juga resit-resit Wakaf (jika perlu).
Dan jika ada yang ingin menawarkan diri menjadi wakil kutipan di syarikat-syarikat yang tidak disenaraikan di atas, bolehlah juga berbuat sedemikian.

Akhir kata, saya mewakili Imam/Pengerusi Surau An-Nur mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan semua. Semoga Allah membalas jasa baik wakil-wakil kutipan, Dato2, Haji2, Hajjah2, Tuan2, Puan2, Abang2, Kakak2, adik2 dan sahabat2 sekelian.

Wassalam,

Sharol


Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages