Arahan Pejabat SUA Edaran 2: Perhimpunan Aman - Selamatkan Anak-anak Gaza (Sabtu 2 Ogos 2014)

4 views
Skip to first unread message

IKRAM Seberang Perai Selatan

unread,
Jul 31, 2014, 9:45:29 AM7/31/14
to ahli-ikramsps, ajk-ik...@googlegroups.com
Assalamualaikum wbt,

Dipanjangkan email daripada Pejabat Setiausaha Agung IKRAM Pusat tentang Perhimpunana Aman 2 Ogos

Sekian harap maklum

SU IKRAM SPS


Assalamuaalaikum wrt wbh

Semoga dirahmati Allah swt.

Merujuk kepada perkara di atas, bagi pihak Pejabat SUA dilampirkan Arahan Pejabat SUA Edaran 2: Perhimpunan Aman – Selamatkan Anak-anak Gaza untuk rujukan dan tindakan sewajarnya.

Diharap dapat mobilise ahli seramai mungkin sebagai tanda sokongan kita kepada perjuangan ummah di Palestin.

Kerjasama dan keprihatinan antum didahulukan dengan ucapan JZKK.

Sekian harap maklum.

Wassalam

Hj Mohamad Yaakub Idris
PSUA
Pejabat SUA

--------------------------------------------------------------------------------------------

EDARAN 2
31 Julai 2014 / 4 Syawal 1435 Hijrah

Kepada         :           YDP & SU IKRAM Negeri, YDP & SU IKRAM Daerah          
Daripada       :           Pejabat Setiausaha Agung (SUA) IKRAM


Perhimpunan Aman – Selamatkan Anak-anak Gaza
(Peaceful Rally – Save The Children Of Gaza)
 

Satu perhimpunan aman Perhimpunan Aman – Selamatkan Anak-anak Gaza akan diadakan pada hari Sabtu, 2 Ogos 2014 bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. 
 
Perhimpunan aman ini anjuran Viva Palestina Malaysia (VPM) dengan kerjasama Aqsa Syarif.
 
Jawatankuasa Pusat IKRAM bersetuju untuk amat menggalakkan ahli dan penyokong di Negeri-negeri dan Daerah-daerah untuk menyertai perhimpunan ini.
 
Ahli Jawatankuasa Pusat yang memimpin penglibatan IKRAM adalah Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor merangkap Pengerusi JK Pembelaan Umat Sejagat.
 
Hj Shahrul Aman Mohd Saari, Ahli Jawatankuasa Pusat IKRAM adalah Komanden di medan bagi keseluruhan perhimpunan ini.
 
Sebarang kemusykilan sila rujuk kepada YDP Negeri atau Daerah. 
 
Dilampirkan Poster Promosi Perhimpunan Aman – Selamatkan Anak-anak Gaza.
 

Hj. Nahar Md Nor
Setiausaha Agung IKRAM


--
--
Ini adalah Forum OPERASI AJK IKRAM yang khusus untuk perkongsian maklumat berkaitan dengan arahan pentadbiran, arahan aktiviti dan pengumuman program

---
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Forum OPERASI AJK IKRAM" group.
To unsubscribe from this group and stop receiving emails from it, send an email to IKRAM-AJK-Oper...@googlegroups.com.
For more options, visit https://groups.google.com/d/optout.


Pejabat SUA sesi 2014-18-Edaran 2-Perhimpunan Aman - Selamatkan Anak-anak Gaza 2 Ogos 2014.pdf
Save The Children Of Gaza.jpg
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages