Semua warga Pendidik
SMJK Katholik PJ.
Tuan/Puan,
KEGAGALAN MEMATUHI PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 6 TAHUN 2005 - DASAR LATIHAN (LADAP)
Saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Bersama-sama emel ini dipanjangkan surat amaran dan surat meminta penjelasan PPD Petaling Utama untuk rujukan dan tindakan tuan/puan.
3. Adalah ditegaskan bahawa kehadiran LADAP adalah WAJIB. Bagi mereka yang tidak dapat menghadiri LADAP, Tuan/puan diwajibkan memberi surat penjelasan kepada Penolong Kanan.
4. Bagi guru-guru yang tidak memenuhi 7 hari LADAP, senarai akan dikenalpasti oleh SU LADAP dan surat penjelasan tuan/puan perlu diserah kepada Penolong Kanan untuk dikepilkan bersama-sama SURAT PENJELASAN SEKOLAH kepada PPD Petaling Utama.
Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah,
Pengetua
SMJK Katholik PJ.