Rahsia Umur Panjang Lelaki 104 Tahun

0 views
Skip to first unread message

Siti Roha Mukhtar

unread,
Feb 9, 2012, 8:47:20 PM2/9/12
to ada...@googlegroups.com

 

 

BALING - Percaya atau tidak, seorang penduduk Seberang Pekan, di sini, Abdullah Ismail, 104, ataupun lebih dikenali sebagai Tok Wan masih lagi mampu berjalan dan menguruskan dirinya tanpa memerlukan bantuan sesiapa.

 

Lebih menarik, Tok Wan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan melainkan pendengarannya yang kurang jelas.

 

Bekas guru Sekolah Kebangsaan Baling ini juga seorang yang aktif dan masih mampu mengayuh basikal ke pekan untuk menikmati makanan kegemarannya iaitu roti canai.

 

Namun, begitu, berikutan Tok Wan pernah terjatuh ketika berada di sebuah restoran di pekan Baling, ahli keluarganya bertegas agar Tok Wan hanya berada di rumah.

 

Ayah kepada lapan anak ini mempunyai 32 cucu, 22 cicit dan enam orang piot.

 

Tanpa berahsia, ditanya petuanya yang sehingga kini mampu menjaga kesihatan, Tok Wan berkata, antara amalan yang dilakukannya adalah hanya menggunakan 40 cebok semasa mandi.

 

“Memang dari dulu, itulah amalan saya disamping sentiasa berdoa setiap kali melakukan apa sahaja perkara.

 

“Bukan sahaja mandi di bilik air. Kalau saya mandi sungai sekalipun, saya akan terjun ke sungai sebanyak 40 kali,” kata Tok Wan kepada Sinar Harian.

 

Menurutnya, antara doa yang diamalkannya adalah hanya meminta keselamatan dan kesihatannya terjaga.

 

Katanya, bukan susah amalan dilakukan kerana apa sahaja perkara dilakukan kita harus berdoa.

 

“Mintalah disejahterakan hidup kita ataupun sebagainya. Namun, ajal maut itu semuanya terletak pada tuhan.

 

“Selagi kita masih bertenaga jangan sesekali meninggalkan kewajipan kita terutamanya solat,” katanya.

 

Tok Wan berkata, mengenai makanan pula, dia tidak mengambil yang terlalu masin dan manis kerana sejak dulu dia cukup sensitif dengan makanan sedemikian dan bersyukur kesihatan masih baik.

 

Anaknya, Siti Safur Abdullah,50, berkata, selepas solat Subuh, ayahnya akan bersenam di luar rumah sebelum mengayuh basikal ke pekan Baling membeli akhbar dan menikmati roti canai.

 

“Memang itulah rutin hariannya, Namun, selepas ayah terjatuh di pekan Baling, kami (anak-anak) tidak membenarkan ayah mengayuh basikal lagi untuk mengelakkan sebarang kemalangan.

 

“Walaupun begitu, ayah memang tidak boleh dipisahkan dengan roti canai. Jadi, setiap kali kami akan beli roti canai untuk ayah dan dia boleh habiskan empat keping roti canai sekali makan,” katanya.

nadzilatul ain

unread,
Feb 9, 2012, 11:45:13 PM2/9/12
to ada...@googlegroups.com
huhu..leh habiskan 4keping roti canai.....membela ke..?



huhu

astaghfirullah...

2012/2/10 Siti Roha Mukhtar <siti...@mastra.com>

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "ada2aje" group.
To post to this group, send email to ada...@googlegroups.com
To unsubscribe from this group, send email to ada2aje-u...@googlegroups.com
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/ada2aje?hl=en
 
To disable reply mail/conversation/chat on one topic, follow tutorial at:
http://groups.google.com/group/ada2aje/web/disable-reply-mail-in-group
For Gmail user you can use "m" button on keyboard to mute chat/conversation
Panduan meminta/request lagu: http://groups.google.com/group/ada2aje/web/prosedur-meminta-request-lagu



--
http://ainndz-timefree2.blogspot.com/

Siti Roha Mukhtar

unread,
Feb 10, 2012, 12:09:41 AM2/10/12
to ada...@googlegroups.com

membela cacing la agaknya atok nih ..

 

 

:D

 

Regards

Siti Roha Mukhtar

(Purchasing Department)

Ext : 211

nadzilatul ain

unread,
Feb 10, 2012, 12:15:44 AM2/10/12
to ada...@googlegroups.com
berprasangka baik.....  bagus...!!

hihi

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "ada2aje" group.
To post to this group, send email to ada...@googlegroups.com
To unsubscribe from this group, send email to ada2aje-u...@googlegroups.com
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/ada2aje?hl=en
 
To disable reply mail/conversation/chat on one topic, follow tutorial at:
http://groups.google.com/group/ada2aje/web/disable-reply-mail-in-group
For Gmail user you can use "m" button on keyboard to mute chat/conversation
Panduan meminta/request lagu: http://groups.google.com/group/ada2aje/web/prosedur-meminta-request-lagu

TRUNASUCI Arafat

unread,
Feb 10, 2012, 3:40:40 AM2/10/12
to ada...@googlegroups.com
"itu bukan gagah.. itu gelojohh b0d*hhhhh!"  - Direktor Ahmad Nisfu ( seniman Bujang lapok )


ehehhehehe



2012/2/10 nadzilatul ain <nadzil...@ada2aje.com>

zul fahmi osman

unread,
Feb 10, 2012, 7:18:53 AM2/10/12
to ada...@googlegroups.com
baru nak komen yang sama...


hahahahaahah!!!!!!

Siti Roha Mukhtar

unread,
Feb 12, 2012, 7:27:58 PM2/12/12
to ada...@googlegroups.com

keh3 … peberet food dia la kot tu .. :D

 

Regards

Siti Roha Mukhtar

(Purchasing Department)

Ext : 211

 

From: ada...@googlegroups.com [mailto:ada...@googlegroups.com] On Behalf Of TRUNASUCI Arafat
Sent: Friday, February 10, 2012 4:41 PM
To: ada...@googlegroups.com
Subject: Re: {ada2aje} Rahsia Umur Panjang Lelaki 104 Tahun

 

"itu bukan gagah.. itu gelojohh b0d*hhhhh!"  - Direktor Ahmad Nisfu ( seniman Bujang lapok )

ilham...@gmail.com

unread,
Feb 14, 2012, 7:27:49 AM2/14/12
to ada...@googlegroups.com
Dia bukan setakat makan roti canai je. Mesti la ade eksesais sikit, baru jadi. Kita yg banyaknya makan n tido je, mane tak sakiit

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

From: "Siti Roha Mukhtar" <siti...@mastra.com>
Date: Mon, 13 Feb 2012 08:27:58 +0800
Subject: RE: {ada2aje} Rahsia Umur Panjang Lelaki 104 Tahun

--

johanmansur

unread,
Feb 14, 2012, 8:07:43 PM2/14/12
to ada...@googlegroups.com
senang je eksesais nya...
makan roti canai dgn syarat kena pegi naik basikal, klu xde basikal kena pegi jalan kaki... moto & keta xleh...


2012/2/14 <ilham...@gmail.com>



--
http://johanmansur.blogspot.com/
http://johanmansur.multiply.com/

"itu yang kau caghik, itulah yang kau dapek" ~ maklang gayah

Faizal

unread,
Feb 14, 2012, 8:18:31 PM2/14/12
to ada...@googlegroups.com
Jalan kaki je.
Faizal

Siti Roha Mukhtar

unread,
Feb 14, 2012, 8:28:51 PM2/14/12
to ada...@googlegroups.com

kalau balik nek beskal atau jalan kaki nanti sampai umah dah lapo semula .. :D

 

Regards

Siti Roha Mukhtar

(Purchasing Department)

Ext : 211

 

Pak Mus

unread,
Feb 15, 2012, 11:58:43 PM2/15/12
to ada...@googlegroups.com
rugilah tak jumpa masa gi Baling bulan lepas

2012/2/10 Siti Roha Mukhtar <siti...@mastra.com>

--

Siti Roha Mukhtar

unread,
Feb 16, 2012, 12:17:36 AM2/16/12
to ada...@googlegroups.com

sib baik tak jumpa.. kalau tak dah nak kena blanja roti canai plak ..

 

b/p tok wan

 

:D

 

Regards

Siti Roha Mukhtar

(Purchasing Department)

Ext : 211

 

From: ada...@googlegroups.com [mailto:ada...@googlegroups.com] On Behalf Of Pak Mus
Sent: Thursday, February 16, 2012 12:59 PM
To: ada...@googlegroups.com
Subject: Re: {ada2aje} Rahsia Umur Panjang Lelaki 104 Tahun

 

rugilah tak jumpa masa gi Baling bulan lepas

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages