Ahli arkeologi Israel menemui bukti kota Baitul Laham wujud
Di Baitulmuqaddis,sepasukan ahli
arkeologi Israel menemui sebuah meterai (cop mohor) berusia 2,700 tahun
yang tertera perkataan Baitul Laham dalam bahasa Ibrani, kata Pihak
Berkuasa Antikuiti Israel kelmarin

Gambar yang disiarkan dalam laman web Pihak Berkuasa Antikuiti Israel menunjukkan meterai kuno yang tertera nama Baitul Laham
Ia dipercayai bukti terawal kewujudan kota Baitul Laham seperti yang disebut dalam kitab Injil
Penganut Kristian percaya bahawa Nabi Isa dilahirkan di kota Baitul Laham
Diperbuat daripada tanah liat, meterai itu ditemui semasa kerja ekskavasi di Kota Nabi Daud, berhampiran Bandar Lama di sini
Pengarah ekskavasi berkenaan, Eli
Shukron berkata, artifak berdiameter 1.5 sentimeter itu dihasilkan
antara 700 hingga 800 tahun Sebelum Masihi ketika raja-raja Yahudi
memerintah kerajaan Judah atau 700 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa –
Agensi