Dalam filem Pirates of the Carribean,
watak Jack Sparrow lakonan Johnny Depp digambarkan sebagai seorang yang
berseloroh, acuh tidak acuh dan licik. Lakonan cemerlang Johnny Depp
menenggelamkan watak utama yang lain terutamanya watak Will Turner lakonan
Orlando Bloom yang lebih macho dan serius. Disebabkan penonton turut sama
menyukai watak Jack Sparrow lakonan Johnny Depp, ia kemudiannya diangkat menjadi
watak utama untuk siri-siri seterusnya.
Namun, dalam meminati watak Jack
Sparrow, ramai yang tidak menyedari bahawa watak Jack Sparrow diilhamkan
daripada watak seorang lanun terkenal yang pernah hidup sekitar abad ke-16 dan
abad ke-17. Tambah menarik, watak tersebut adalah seorang lanun yang bernama
Yusuf Reis yang beragama Islam.
Yusuf Reis dilahirkan sebagai Jack
Ward, gelarannya Jack Birdy (lebih dikenali sebagai Jack Sparrow) pada tahun
1553 di Feversham, Kent di tenggara England. Kehidupan awal Jack bermula sebagai
seorang nelayan memandangkan kampung halamannya terletak berhampiran dengan
laut. Kelebihan tersebut menjadikan beliau seorang panglima laut berkaliber
suatu hari nanti.
Pada tahun 1588 ketika umurnya
menginjak 25 tahun, Jack Ward nekad berjuang untuk England sebagai Privateer.
Privateer adalah seseorang yang diberi kelulusan oleh kerajaan England
berdasarkan letter of marque untuk menyerang kapal-kapal musuh terutama kapal
armada Sepanyol. Sokongan sepenuhnya daripada Queen Elizebeth I memberikan
semangat luar biasa kepada beliau. Karier beliau sebagai privateer berlangsung
dengan cemerlang sehinggalah pada awal tahun 1600-an.
Walaubagaimanapun, sekitar tahun 1603,
King James I menaiki takhta. Kegiatan Jack Ward yang selama ini disokong oleh
Kerajaan England tiba-tiba terhenti selepas King James I memeterai perjanjian
perdamaian dengan Kerajaan Sepanyol.
Akibatnya, ramai privateer memberontak
dan menjadi lanun yang bertindak merampas kekayaan kapal-kapal dagang Sepanyol.
Namun begitu, Jack Ward tidak terus menjadi lanun tetapi mencari rezeki menjadi
nelayan.
Jack Ward mula menjadi lanun pada tahun
1603 apabila Jack dan 30 orang rakannya merampas kapal kecil di Perlabuhan
Portsmouth. Jack kemudian sebulat suara dipilih menjadi kapten kapal yang mana
ia kemudiannya tercatat sebagai antara ‘pilihanraya’ pertama di kalangan para
lanun.
Berbekal kapal kecil tersebut, Jack dan
30 orang rakannya melanun sekitar tanah Britain. Hasil pertama Jack adalah
sebuah kapal yang dikenali ‘Violet’ yang membawa harta pelarian penganut
Kristian Katholik ke Isle of Wight.
Dengan kapal tersebut, Jack kemudian
berjaya merampas kapal yang lebih besar di Laut Mediterranean. Kapal yang
lengkap dengan tiga puluh dua meriam kemudian dikenali The Gift. The Gift
kemudiannya digunakan oleh Jack Ward untuk melanun kapal kargo selama lebih dua
tahun.
Pada Ogos 1606, Jack Ward telah
mengadakan perjanjian persefahaman dengan pemerintah Tunisia ketika itu, Sultan
Uthman Dey untuk menjadikan perlabuhan Tunisia sebagai pengkalan operasi.
Melihat kepada kepentingan ummah dan kecenderongan Jack Ward kepada Islam,
Sultan Uthman Dey bersetuju.
Di tapak operasi baru tersebut, Jack
Ward dengan bantuan beberapa panglima yang berkaliber seperti Richard Bishop dan
Francis Varney daripada England, Kara Osman daripada Turki Uthmaniyyah, Simon
Dangizer(Simon Reis) dan Jan Jansz(Murat Reis) daripada Belanda berjaya
menghapuskan kekuatan Sepanyol dan Perancis di Laut Mediterranean.
Sebuah kapal yang terkenal besarnya
dikenali dengan nama Reneira e Sodeira berjaya dirampas. Kapal tersebut serta
merta ditukar menjadi kapal perang oleh Jack Ward. Malangnya, kapal ini karam
pada tahun 1605 di sekitar laut di Greece sehingga memakan korban lebih 400
orang krew. 250 orang krew adalah muslim Tunisia dan 150 adalah warga
Inggeris.
Berita ini mengundang kemurkaan Uthman
Dey dan rakyat Tunisia turut sama marah kepada Jack Ward. Beliau kemudian
mengambil keputusan untuk mendapat pengampunan daripada King James I.
Walaubagaimanapun ia tidak berjaya malahan beliau telah diburu untuk
dihukum.
Akhirnya beliau cuba memohon ampun
kepada Uthman Dey. Kerana berpegang kepada prinsip amanah kepada perjanjian,
Uthman Dey memberi pengampunan dan seterusnya suaka politik kepada
beliau.
Kemurahan hati Uthman Dey menarik minat
Jack Ward untuk mendalami Islam secara mendalam. Tidak lama selepas itu, Jack
Ward secara rasminya menganut Islam. Daripada detik itu juga, Jack Ward yang
selama ini turut digelar Jack Birdy atau Jack Sparrow telah memeluk Islam dan
diikuti oleh krew-krew kapalnya yang setia. Sepertimana Simon Dangizer yang
menukar namanya kepada Simon Reis dan Jan Jansz kepada Murat Reis, Jack Ward
turut menukarkan nama Kristiannya kepada Yusuf Reis. Jack Ward atau Yusuf Reis
kemudian bernikah dengan seorang gadis berasal daripada Sicily, Italy yang
bernama Jessimina.
Pada 1622, seorang dramatis bernama
Robert Daborne mendapat inspirasi daripada kehidupan Jack Ward atau Yusuf Reis
yang mana beliau kemudiannya menghasilkan novel bertajuk ‘A Christian Turned
Turk’.
Dahulunya, beliau seorang kapten lanun
yang licik serta sering mabuk arak. Selepas menganut Islam, beliau lebih
berdisiplin dan menggunakan kemahiran lautnya untuk berjihad menyelamatkan tanah
masyarakat Muslim daripada terus diancam bahaya armada Sepanyol. Beliau turut
direkodkan menyelamatkan ribuan masyarakat Muslim dan Yahudi Andalusia yang
ditindas oleh kerajaan Kristian Katholik Sepanyol. Miskipun berdarah Inggeris,
beliau tidak kekok untuk berpakaian sepertimana orang Turki
berpakaian.
Beliau dalam satu rekod dinyatakan
sebagai seorang yang tidak tinggi, rambut tidak lebat dengan uban serta botak di
depan, wajah agak gelap dan berjanggut. Beliau turut memakai turban yang senonim
dengan masyarakat Islam ketika itu. Beliau agak kecoh dan kadangkala agak
melucukan. Peribadi dan tingkah laku ini kemudiannya melahirkan watak Jack
Sparrow di dalam filem Pirates of the Carribean.
Pada 1622, Yusuf Reis atau Jack Ward
kembali ke rahmatullah selepas menderita terkena tempias wabak penyakit. Beliau
meninggal dunia dalam beragama Islam tidak sepertimana rakan akrabnya, Francis
Varney yang murtad di akhir hayatnya.
Watak Jack Sparrow dalam Pirates of the
Carribean
Sudah namapun mengadaptasi watak
sebenar kepada watak dalam filem. Beberapa elemen telah diterapkan dalam
pemakaian dan aksesori yang dipakai oleh Jack Sparrow lakonan Johnny Depp. Jack
Sparrow dalam Pirates of the Carribean dilihat memakai aksesori bulan dan
bintang (simbol Islam), kain lilit kepala berwarna merah(menggantikan serban
merah ala Turki Uthmaniyyah) dan janggut (Johnny Depp melilit janggut supaya
kelihatan ranggi).
#Ada juga teori yang mengatakan Jack
Sparrow sebagai seorang Melayu malah ada yang berpendapat beliau adalah Panglima
Awang Hitam, manusia pertama mengelilingi dunia serta membuktikan bumi itu
bulat. Wallahualam. ^^
__________________________________________________________________
1-
Pirates of Barbary, Corsairs, Conquests and Captivity in the Seventeenth-Century
Mediterranean, Adrian Tinniswood, p 48
2- Ibid, pp. 51-52.
3- Ibid, p.
52.
4- Born 1582, Lanark, South Lanarkshire, Scotland; Died 1645, Location
disputed.
5- The vast majority of English men and women had no knowledge of
Islam. There were no mosques in England. There was no English-language version
of the Qur’an—nor would there be until the 1649 publication of Alexander Ross’s
poor English translation of a poor French translation from Arabic, The Alcoran
of Mahomet. The word ‘Muslim’ was virtually unknown, English speakers preferring
the generic ‘Turk’…To seventeenth-century England, every follower of Islam was a
Turk, every Turk a follower of Islam. [Ibid, p. 50]
6- Frontispiece from
William Lithgow, ‘The Totall Discourse of the Rare Adventures and Painefull
Peregrinations of long Nineteene Years Travayles from Scotland’, London, 1632,
National Library of Scotland.
7- Born 1553, Faversham, Kent; Died 1622,
Tunis, Ottoman Empire.
8- Barbary Pirate: The Life and Crimes of John Ward,
p. 199
9- Ibid. p. 175.
10- James I, A Proclomation against Pirats [sic],
January 8, 1609.
11- The Totall Discourse of the Rare Adventures and
painefull Peregrinations of long Nineteene Years Travayles from Scotland, p.
359.
12- Pirates of Barbary, Corsairs, Conquests and Captivity in the
Seventeenth-Century Mediterranean, Adrian Tinniswood, p. 59.
13- Kilij –
Ottoman sword.
14- Simon the Dancer, also known as Simon Danseker, was a
companion of Captain Jack Birdy, and equally infamous. He would later turn on
the Barbary Corsairs in favor of the royal families of Europe. His betrayal
ended up in his doom at the hand of Uthman Dey’s son and heir, Yusuf Dey, who
scolded him before a Janissary executed him. Pirates of Barbary,
Corsairs,Conquests and
Captivity in the Seventeenth-Century Mediterranean, Adrian Tinniswood,
pp.64-65.
15- Bibliotheca nautica: Books, prints and
manuscripts relating to naval battles and the science of naval warfare,
shipbuilding and the art of navigation, pirates, buccaneers, and privateers,
shipwrecks and disasters at sea, p. 54.