Isu pelajar pegang babi dan anjing - Jawapan dari pihak JAKIM

758 views
Skip to first unread message

-OZR's-

unread,
Aug 30, 2007, 9:48:49 AM8/30/07
to ada...@googlegroups.com
ni adalah jawapan yang saya dapat dari pihak jakim....dan juga lain2 jawapan yg saya cari kat situ...
simple jer jawapannya... amacam...? dah boleh tutup kes nie ker....
 
saya setuju jika utk kajian atau menjalankan tugas tapi kalau pegang & bergambar sekadar utk suka2, nak tunjuk kat kengkawan (bangga) ...memang & confirm ler minah tu sewel....
 
----------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
Ruangan Soal Jawab Kemusykilan Agama



. Nama
:
.
ozzer.
E-Mel
:
malz...@gmail.com .
Kategori
:
ISU SEMASA




SUB KATEGORI
Makanan dan Barangan Gunaan Islam

Tarikh Hantar Soalan
:
25/08/2007 08:00 PM
Soalan
:
Assalamualaikum, disini saya ingin bertanya...tentang satu isu...

Untuk makluman saya telah dpt 1 email yg memaparkan gambar seorang gadis yg dipercayai beragama Islam memegang haiwan yang diharamkan iaitu babi dan anjing.

Kemungkinan besar beliau adalah seorang ahli veterinar atau pelajar yg sedang mengikuti pengajian atau membuat penyelidikan tentang haiwan tersebut.

Soalan saya, adakah dibolehkan memegang haiwan itu tanpa menggunakan sebarang pelapik atau sarung tangan? Adakah menjadi seorang veterinar dibolehkan memegang haiwan itu sesuka hati? Dalam keadaan yang bagaimanakah dikatakan darurat sehingga kita boleh menganggap haiwan itu halal?

sekian terimakasih. .
 
Jawapan
:
Menyentuh haiwan najis mughallazah iaitu babi dan anjing adalah haram tetapi dengan tujuan untuk belajar dan membuat penyelidikan mengenainya adalah harus dengan syarat berlapik dan jika tidak berbuat demikian hendaklah disamak tangan yang menyentuhnya dengan sekali air tanah dan 6 kali air mutlak. .
Status
:
Selesai - Paparan Web.
. Nombor Rujukan
:
Panel(fs)270708
Tarikh Selesai
:
27/08/2007 01:26 AM

 

Nota:
1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
2. Setiap borang yang dihantar hendaklah mengandungi hanya satu soalan sahaja.
3. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya.
 
------------------------------------------------------------------------------------
 
 
Ruangan Soal Jawab Kemusykilan Agama



. Nama
:
.
Mohamad Noor bin Hamzah.
E-Mel
:
mohamadn...@yahoo.com .
Kategori
:
ISU SEMASA




SUB KATEGORI
Umum

Tarikh Hantar Soalan
:
28/08/2007 12:50 PM
Soalan
:

Aslmkm, byk yang sedang diperkatakan dan juga dibahaskan tentang seorang pelajar islam vetinerari di UPM memegang babi dan anjing. Persoalan nya: Apakah hukum memegang binatang-binatang ini di dalam tugasan mereka (contoh doktor haiwan, pembantu rumah yang bekerja di rumah bukan islam, dll). Sekian. .

 

 

Jawapan
:
Hukum memegang, menyentuh dan sebagainya haiwan najis mughallazah ini adalah haram.Walau bagaimanapun untuk kajian oleh pelajar-pelajar adalah diharuskan dengan syarat diutamakan terlebih dahulu orang bukan Islam.Apabila telah selesai tugas-tugas kajian, anggota dan pakaian yang terkena air atau najis berkenaan hendaklah disamak dengan 1 kali air tanah dan 6 kali air mutlak. .
Status
:
Selesai - Paparan Web.
. Nombor Rujukan
:
Panel(fs)290807
Tarikh Selesai
:
28/08/2007 11:40 PM

 

Nota:
1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
2. Setiap borang yang dihantar hendaklah mengandungi hanya satu soalan sahaja.
3. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya.

------------------------------------------------------------------------------------
 
Ruangan Soal Jawab Kemusykilan Agama



. Nama
:
.
Roziana Ramlee.
E-Mel
:
roz...@kpkt.gov.my.
Kategori
:
ISU SEMASA




SUB KATEGORI
Umum

Tarikh Hantar Soalan
:
20/08/2007 09:42 PM
Soalan
:

Assalamualaikum..
Saya ada sedikit kemusykilan.Apakah hukumnya seorang muslim memegang @ memeluk anjing atau babi?perlakuannya seolah-olah memegang @ memeluk haiwan peliharaan seperti kucing,arnab dsbgnya. Ada sesetengah pendapat mengatakan babi cuma haram dimakan bukan dipegang berdasarkan surah al-An?am 146. Setelah Allah Swt
mengatakan babi itu haram untuk dimakan, lalu Allah iringi dengan kata-kata : "...fa innahu rijsun"
(Kerana sesungguhnya daging babi itu "rijsun")
tolong jelaskan..

 

Jawapan
:
Allah S.W.T. dengan jelas mengharamkan babi,daging babi, tulang dan keseluruhan babi tersebut serta anjing daripada dimakan, dipegang dan disentuh dan sebagainya, kerana ia dikategorikan najis mughallazah. .
Status
:
Selesai - Paparan Web.
. Nombor Rujukan
:
Panel(fs)210807
Tarikh Selesai
:
21/08/2007 06:23 AM

 



Nota:
1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
2. Setiap borang yang dihantar hendaklah mengandungi hanya satu soalan sahaja.
3. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya.
--

-OZR's-

melati

unread,
Aug 30, 2007, 6:56:08 PM8/30/07
to ada...@googlegroups.com
thanks a lot abg ozzer..
yupp..setuju dgn apa yg abg ozzer ckp.. dah jelas.. haram hukumnyer kecuali utk belajar...

rasanyer mmg minah tu amik gmbr utk suka2... so..kira komfem minah tu sewel...???
haha..tak baiknyer... tp mel rasa mmg begitulah jugak


Kategori
:
ISU SEMASA




SUB KATEGORI
Umum

Tarikh Hantar Soalan
:
20/08/2007 09:42 PM





--
If you love someone more than anything, then distance only matters to the mind, not to the heart.
http://melamyra.multiply.com

drbahsha

unread,
Aug 30, 2007, 9:18:01 PM8/30/07
to ada...@googlegroups.com
memang sedap mengata orang sewel.....kalau anda sendiri yang mengikuti kursus yang berkenaan mungkin orang lain pulak yang kata anda sewel....
kalau begitu semua graduan doktor veterinar dinegara kita ni sewel...
kalau dah macam tu kalau ambil kursus perubatan doktor islam boleh merawat yg islam aje la....kalau merawat bangsa dan agama lain boleh ke kategorikan mereka sewel????
kesemua apa yang dibuat di dunia ini berdasrkan "nawaitu' apa yang disiratkan dihati....
yg dilihat isu ini aje...macamana dengan yg minum arak.....yg terselindung dan tak dibesar2kan.....
itu LAGI SEWEL....sebab dah tau haram tonggang jugak benda haram tu....public bukan tak nampak...
sampai muntah2 kat luar pub....sapa yg makan cili rasa la pedasnya.....
SEWEL...

melati

unread,
Aug 30, 2007, 9:34:54 PM8/30/07
to ada...@googlegroups.com
Jgn marah bro bahsha...  Mel mohon maaf bg pihak diri Mel kalau perkataan sewel tu terlalu melampau.. perkataan tersebut rasanya ditujukan kepada yg bergambar...bukan merangkumi semua..

Setiap org ada pendapat mereka sendiri..dan kdg2 kita sendiri salah faham dgn apa yg org lain maksudkan..
disebabkan kita buat assumption sendiri.. dlm hal budak perempuan tu.. ramai org buat assumption sbb aksi bergambar yg ditunjukkan olehnya yg seolah2 amat gembira.. bukan terhadap profession yg diambilnya... profession sbg veterinar itu amat mulia.. sama seperti profession2 lain.. tidak pernah rasanya memandang profession tersebut sebagai tidak baik...

Rasanya salah dia sendiri sebab mem publish kan gambar berkenaan di MySpace yg boleh di access oleh org ramai dan menyebabkan berlakunya salah faham dan fitnah yg mungkin dia sendiri tak sangka... Mmg penilaian manusia ini limited kepada apa yg dilihat, didengar.. jd kalau ada kesilapan itu adalah kerana kelemahan kita sebagai manusia...

Mmg bnyk lagi perkara yg boleh dipertikaikan ttg isu2 semasa.. tp selalunya apa yg kita nampak sahaja yg kita bincangkan..

Anyway.. maaf sekali lagi..

Mel~~

drbahsha

unread,
Aug 30, 2007, 9:45:04 PM8/30/07
to ada...@googlegroups.com
its  ok.....belum sarapan lagi  pagi ni.....darah cepat naik....lepas breakfast...cool la tu...
nothing serious la.....nanti i inform my junior  to remove the photos from the internet...
by the way baguih jugak kekadang buat isu ni..kalau tak muram aje group ni....tak meriah....
keep up with good work.....

 

-OZR's-

unread,
Aug 30, 2007, 9:53:36 PM8/30/07
to ada...@googlegroups.com
tuan doktor...kami tidak memandang kerjaya doktor tu hina ...malah kerjaya doktor mmg mulia...kang semua org sakit sape nak bagi ubat....
 
tapi peliharalah adab2... tambahan jika kita beragama islam... mmg boleh disamak...cuma untuk memudahkan urusan ibadah jika tiada keperluan (suka2) elakkanlah drpd pegang binatang tersebut.
 
dari 1 gambar tu...boleh menjadi 1000 maksud atau tanggapan umum... jd kena la lebih lg berhati2...

 
--

-OZR's-

hani fadhlina abdul rahman

unread,
Aug 31, 2007, 3:10:22 AM8/31/07
to ada...@googlegroups.com

Yesss .. Doktor adalah pekerjaan yg mulia ... Bagi yg beragama Islam, jangan salah guna kemudahan yg telah diberi ...
--
Hani Fadhlina bt. Abdul Rahman ~ Honey
"I am only one; but still I am one. I cannot do everything, but still I can do something. I will not refuse to do the something I can do."

hantu raya buluh perindu

unread,
Aug 31, 2007, 9:25:18 PM8/31/07
to ada...@googlegroups.com
mesti laaberbuih...act pasal vetenary ue tak der laa isu sgt...posing tue yg jadik isu...so u cakap laa ngan kawan kawan yang sama bidang supaya berhati hati kalau nak bergambar...
org awam kebanyakkan nya paham pasal jadik dokter haiwan..cuma org tak paham posing tue jer...anyway...jawapan pun dah clear..so pihak yg bertanggung jawab..paham paham jer laa apa mau bikin....

annttttttuuuuuuuuuu

hisham hashim

unread,
Sep 4, 2007, 5:24:28 AM9/4/07
to ada...@googlegroups.com
betul tu... saya sokong antu.... lagi pun tak perlulah berbanga bila dapat bergambar dgn benda haram tu... lebih baik amik gambar dengan tenuk...  tenuk tu halalkan? 

http://hayasimmim.multiply.com/
- strictly a joke only. please delete it immediately without reading the attachments, if you are  a person that is easily offended
- [Al-an'aam ayat 162]قُلْ إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ mafhumnya:
- Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".

hantu raya buluh perindu

unread,
Sep 4, 2007, 9:41:01 PM9/4/07
to ada...@googlegroups.com
AAH..HALAL..SAMER CAM CIPAN....
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages