Harga Kereta Untuk Warga Asing Lebih Murah

370 views
Skip to first unread message

Siti Roha Mukhtar

unread,
Apr 8, 2012, 9:36:41 PM4/8/12
to ada...@googlegroups.com

Melihatkan kepada harga kereta yang dijual kepada kelompok warga asing ini yang menjadi perserta program Malaysia MySecond Home (MM2H) ini, keihatan mereka lebih menikmati kehidupan yang lebih baik berbanding rakyat Malaysia sendiri. Benarkah begitu?

Bukan niat kami untuk mengatakan program MM2H Malaysia ini gagal, tidak sama sekali. Cuma apa yang kami persoalkan ialah, perbezaan yang ketara melibatkan beberapa aspek yang ditawarkan kepada warga asing yang menyertai program MM2H Malaysia ini berbanding kepada rakyat Malaysia sendiri. Antara kelebihan yang diperolehi (warga asing) yang menyertai program Malaysia My Second Home (MM2h) ini yang berjaya menarik perhatian kami adalah :

Mana-mana warga asing yang layak menyertai program Malaysia My Second Home (MM2H) ini harga kerea bebas cukai. Ulang suara, bebas cukai. Rakyat Malaysia dapat?

  • Warga asing boleh beli kereta Honda pada harga Proton
  • Rakyat Malaysia sendiri terpaksa beli kereta Proton pada harga Honda
  • Warga asing dapat menikmati banyak kelebihan, diskaun dan penjimatan
  • Rakyat Malaysia sendiri “dipaksa berhadapan” dengan harga yang mahal?
  • Warga asing diberikan harga kereta yang bebas cukai
  • Rakyat Malaysia terpaksa berhadapan hutang pinjaman kereta antara 9-15 tahun lamanya
  • Logik?

Kami tidak mempersoalkan kalangan warga asing yang menikmati dan boleh memiliki harga kereta yang murah di Malaysia. Tetapi janganlah dibiarkan jurang terlalu besar antara kalangan kami rakyat Malaysia dengan peserta program MM2h Malaysia ini? Adakah kalangan rakyat Malaysia yang rata-rata mempunyai pendapatan yang rendah tiada hak untuk menikmatinya sedikit kelebihan selama menjadi warganegara Malaysia?

Ya…memang benar program MM2h Malaysia ini mampu menarik kehadiran ramai warga asing yang kaya-raya untuk tinggal di Malaysia. Itu satu rancangan yang bagus sebenarnya. Dalam bahasa mudahnya mana-mana warga asing yang mempunyai simpanan yang banyak dan mahu menghabiskan hari-hari tua mereka, dipelawa untuk tinggal di Malaysia.

Itu sebablah kami yakin dan percaya, harga kereta yang ada sekarang ini masih ada ruang untuk diturunkan sebenarnya.  Untuk permulaan, kami masih lagi realistik, di mana kami tidaklah mengharapkan harga kereta yang dijual selepas ini sama seperti yang dinikmati oleh warga asing yang menyertai program Malaysia MySecond Home ini. Tetapi apa yang diharapkan sebenarnya ialah jurang harga kereta yang agak keterlaluan ketika ini antara orang kaya (peserta MM2H) dengan rakyat Malaysia dikurang dan dikecilkan.

Sebabnya, apa yang kami perhatikan keutamaan seolah-olah  diberikan kepada warga asing yang membawa masuk aliran tunai ke Malaysia tetapi dalam pada masa yang sama rakyat Malaysia yang mempunyai nilai tunai yang sama + kelebihan dan kepakaran “dibiarkan” selama ini sehingga mereka-mereka ini mula berhijrah ke luar negara  untuk menikmati kehidupan yang lebih baik. Sehingga akhirnya kerajaan terpaksa menubuhkan Talent Corporation untuk mencari dan “mengejar” semula rakyat Malaysia yang mempunyai kepakaran & berbakat tetapi sudah tinggal bertahun-tahun di luar negara untuk diajak & dipelawa pulang berkhidmat di Malaysia. (Baca hasil tulisan & pandangan Allahyarham Dato’ Salleh Majid – Bekas Presiden BSKL)

Jika melihat kepada peserta program Malaysia MySecond Home (MM2H) ini, mereka ini kalangan yang kaya-raya. Orang kaya raya jarang melihat kepada penjimatan, tetapi kepuasan. Kepuasan daripada segi yang bagaimana? Kepuasan daripada aspek persekitaran, prasarana dan juga kehidupan yang lebih baik termasuklah mereka merasa selamat selama mereka tinggal di Malaysia. Itu yang paling penting sebenarnya.

Prestasi Program Malaysia MySecond Home (MM2h) – Daripada Tahun 2002-2011

Rekod di bawah ini merupakan jawapan lisan yang diberikan sendiri oleh Menteri pelancongan, Dato’ Seri Dr. Ng Yen Yen ketika menjawab soalan lisan di Dewan Rakyat baru-baru ini mengenai prestasi program Malaysia MySecond Home (MM2H).

  • Sejak 2002 hingga 2011, seramai 17,203 orang warganegara asing daripada 119 buah negara telah menyertai program “Malaysia MySecond Home” (MM2H).
  • Berdasarkan kepada profil peserta yang diwujudkan sejak tahun 2007 yang meliputi seramai 8,479 peserta, 90.6% adalah merupakan peserta lelaki, manakala selebihnya iaitu 9.4% adalah peserta wanita.
  • Penyertaan warganegara asing yang tertinggi adalah daripada 10 buah negara seperti berikut :

Bil

Negara

Jumlah

(2002 -2011)

1.

China

2857

2.

Bangladesh

2082

3.

United Kingdom

1789

4.

Jepun

1629

5.

Iran

1037

6.

Singapura

804

7.

Taiwan

724

8.

Pakistan

698

9.

India

631

10.

Korea

613

 Cuma kata menteri, antara halangan utama yang dihadapi oleh Kementerian Pelancpngan dalam meyakinkan warganegara asing bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan stabil apabila berlakunya sebarang demonstrasi jalanan, maka ia akan memberi kesan yang negatif ke atas usaha yang dijalankan untuk menjayakan program Malaysia MySecond Home (MM2H) 

Senarai Harga Kereta di Malaysia (MM2h)

Mari kita semak senarai harga kereta yang ditawakan melalui program MM2H Malaysia ini :

Kalau di Malaysia ada :

  • Program Malaysia MySecond Home (MM2H) : Mempelawa warga asing yang kaya raya tinggal di Malaysia
  • Program Returning Expertise Program (REP) : Untuk rakyat Malaysia yang pulang berkhidmat di Malaysia. Yang ini mereka boleh beli kereta mana-mana model kereta luar untuk dibawa pulang ke Malaysia
  • Program untuk rakyat Malaysia : Kelebihan untuk rakyat Malaysia yang tidak keluar-keluar?

Kami tiada masalah untuk program MM2h Malaysia diteruskan. Tetapi…..ada tetapinya. Harapan kami setakat ini jelas bahawa harga kereta di Malaysia sememangnya ada ruang untuk diturunkan lagi. Tidak kisah untuk harga kereta diturunkan, kalau itulah caranya kerajaan mahu menarik mereka (warga asing yang kaya-raya ini) untuk tinggal di Malaysia tetapi janganlah harga kereta untuk rakyat sendiri membebankan. Itu sahaja.

Bagaimana? Apa pendapat anda selepas melihat senarai harga kereta yang ditawarkan antara anda dengan warga asing yang menyertai program Malaysia Mysecond Home (MM2H) ini? Patut atau tidak? Mengapa?

Harga-Kereta-KIA.jpg
Harga-Kereta-Honda.jpg
Harga-Toyota-Vios.jpg
Harga-Kereta-Proton.jpg
MM2H-Malaysia.jpg
MM2H-Car-Price-List.jpg
MM2H-Car-Malaysia.jpg

Faizal

unread,
Apr 9, 2012, 4:31:36 AM4/9/12
to ada...@googlegroups.com
Malaysia negara kedua tertinggi cukai kereta, nombor 1 Norway. #cayalahNajib 

2012/4/9 Siti Roha Mukhtar <siti...@mastra.com>

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "ada2aje" group.
To post to this group, send email to ada...@googlegroups.com
To unsubscribe from this group, send email to ada2aje-u...@googlegroups.com
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/ada2aje?hl=en
 
To disable reply mail/conversation/chat on one topic, follow tutorial at:
http://groups.google.com/group/ada2aje/web/disable-reply-mail-in-group
For Gmail user you can use "m" button on keyboard to mute chat/conversation
Panduan meminta/request lagu: http://groups.google.com/group/ada2aje/web/prosedur-meminta-request-lagu



--
Faizal
MM2H-Car-Price-List.jpg
MM2H-Car-Malaysia.jpg
MM2H-Malaysia.jpg
Harga-Kereta-Proton.jpg
Harga-Kereta-KIA.jpg
Harga-Kereta-Honda.jpg
Harga-Toyota-Vios.jpg

Wan Shafarina

unread,
Apr 9, 2012, 4:34:12 AM4/9/12
to ada...@googlegroups.com
patut lebih bantuan leh kasi balik pada rakyat

cukai judi pun byk
I just have to wait for miracles to happen.
MM2H-Malaysia.jpg
MM2H-Car-Malaysia.jpg
MM2H-Car-Price-List.jpg
Harga-Kereta-Proton.jpg
Harga-Kereta-Honda.jpg
Harga-Kereta-KIA.jpg
Harga-Toyota-Vios.jpg

musso

unread,
Apr 9, 2012, 4:41:41 AM4/9/12
to ada...@googlegroups.com
nak betulkan fakta sikit...
Saya ada 2 kenalan MM2H program nih, 1 UK dan 1 Bangladesh, dua2 org ni pun beli keta dgn harga tempatan sebab nak beli keta yg bebas cukai spt yg gomen janji utk diorg tu bkn senang, kena tunggu at least 6bulan, tu pun cepat kalo tidak makan tahun jugak...diorg boleh bawak keta yg diorg pakai kat negara asal dgn AP yg dijanjikan gomen, atau diberi AP utk beli keta dr oversea, sbb tu harga jd murah sbb dikecualikan cukai....

Diorg ni kena bayar deposit RM300k kat gomen utk sertai MM2H nih, takleh menega n buat apa2 bisness kat sini cuma boleh perabih duit jer...nak masuk telepon rumah pun susah, kena guna IC local baru boleh...

Yg gomen janji harga keta ngan harga murah tu cuma nak tarik diorg pilih Malaysia utk jdi 2nd home jer sbb gomen dpt RM300k sorg..

Siti Roha Mukhtar

unread,
Apr 9, 2012, 8:44:09 PM4/9/12
to ada...@googlegroups.com

bravo lah kat gomen .. bukan rakyat Negara sendiri cuba nak dikelentongrakyat Negara lain pun derang nak kelentong gak

 

Regards

Siti Roha Mukhtar

(Purchasing Department)

Ext : 211

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages