From: HARTINI BINTI DARSONO RMC <ti...@utm.my>
Date: August 10, 2019 at 8:33:44 AM GMT+8
To: rmc-rnd-...@utm.my
Subject: [rmc-rnd-net-group] Fwd: Garis Panduan Pelaksanaan PPRN 2.0 dan Borang Permohonan
Assalamualaikum dan selamat sejahteraYBhg Prof/Dr/Tuan/Puan,Dengan segala hormatnya bersama-sama ini dilampirkan:1) Garis Panduan Pelaksanaan PPRN 2.02) Borang Permohonan PPRN 2.0Untuk makluman penyelidik bahawa pelaksanaan PPRN ini merupakan mekanisme baru yang ditambahbaik daripada pelaksanaan PPRN sebelum ini.Mohon perhatian bagi penyelidik yang berminat, tarikh akhir untuk menghantar Borang Permohonan kepada Urusetia di Kementerian adalah pada 23 Ogos 2019 melalui emelpp...@moe.gov.my atau ke alamat seperti dinyatakan dalam emel yang dilampirkan.Satu sesi taklimat akan diadakan pada 18 Ogos 2019 untuk memberi penerangan lebih lanjut berhubung mekanisme pelaksanaan PPRN 2.0 ini. Lokasi taklimat akan dimaklumkan kemudian.Sekian untuk makluman dan tindakan pihak Prof/Dr/Tuan/Puan selanjutnya.Terima kasih.Dengan hormatnya,Hartini binti DarsonoTimbalan PendaftarPusat Pengurusan Penyelidikan--------- Forwarded message ---------
From: Amira Yasmin Binti Kamaruzaman <yasmin...@moe.gov.my>
Date: Fri, 9 Aug 2019, 19:19
Subject: Garis Panduan Pelaksanaan PPRN 2.0 dan Borang Permohonan
To:
Kepada:
Pengarah
Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) IPT
& Technology Transfer Office (TTO)
Disalinkan juga kepada:
Pegawai-pegawai perhubungan PPP dan TTO IPT
(mengikut rekod sekretariat)
YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan / Puan,
Saya dengan segala hormatnya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2. Sebagaimana YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan / Puan, sedia maklum, inisiatif Public-Private Research Network (PPRN) telah mula dilaksanakan sejak tahun 2015. Selepas 4 tahun pelaksanaanya, pihak Kementerian telah membuat penambahbaikan kepada mekanisma sedia ada berdasarkan maklum balas daripada pelbagai pihak. Sehubungan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Dana PPRN yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Dr. KSU KPM telah meluluskan mekanisma baharu bagi Public Private Research Network (PPRN) atau PPRN 2.0.
3. Sehubungan itu, pihak Kementerian memohon kerjasama pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan / Puan untuk membuat edaran dokumen ini kepada penyelidik - penyelidik di institusi YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan / Puan. Untuk makluman, bagi fasa pertama pelaksanaan PPRN 2.0 untuk tahun 2019, tarikh akhir mengemukakan Borang Permohonan kepada Kementerian adalah pada 23 Ogos 2019. Borang permohonan boleh dikemukakan kepada Sekretariat PPRN melalui e-mel pp...@moe.gov.my dan salinan dokumen dikemukakan ke alamat;
Unit Penyelidikan dan PPRN
Bahagian Perancangan dan Penyelarasan Dasar
Aras 3, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P. Putrajaya(U.p: Sekretariat PPRN)
4. Bersama-sama ini dikemukakan Garis Panduan Pelaksanaan PPRN 2.0 dan Borang Permohonan PPRN 2.0 untuk rujukan dan edaran YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan / Puan jua. Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan / Puan dalam perkara ini amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
AMIRA YASMIN BINTI KAMARUZAMAN
Unit Penyelidikan & Public Private Research Network
Bahagian Perancangan dan Penyelarasan Dasar
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 13, No 2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 Putrajaya
Tel: 03-8870 5110
Email: yasmin...@moe.gov.my / yasminkam...@gmail.com
DISCLAIMER: The information in this e-mail and any attachment(s) transmitted with it ("Message") is intended only for the use of the intended recipient(s) and may contain confidential or privileged information. UTM are not responsible for any unauthorised changes made to the information or for the effect of such changes. You are hereby notified that any action in reliance upon, or any review, retransmission, dissemination, distribution, printing or copying of this Message or any part thereof by anyone other than the intended recipient(s) is strictly prohibited. Any opinions, conclusions and other information in this Message that do not relate to the official business of UTM shall be understood as neither given nor endorsed by UTM. UTM shall not be liable for loss or damage caused by viruses transmitted by this Message.--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "RMC-RND-NET-GROUP" group.
To unsubscribe from this group and stop receiving emails from it, send an email to rmc-rnd-net-gr...@utm.my.
To view this discussion on the web visit https://groups.google.com/a/utm.my/d/msgid/rmc-rnd-net-group/CAO0zage6ad3pZyLfCPiixm8J7puKF10xCVArNpPN-DPNrDwdsw%40mail.gmail.com.