Salam Sejahtera dan Salam Hormat,
YBhg.Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
JEMPUTAN MENGHADIRI SEMINAR/BENGKEL A GUIDE TO GETTING PUBLISHED
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Unit Pembangunan Pelancongan BIMP – EAGA (BE-UTD), Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan dengan kerjasama Emerald Group Publishing akan menganjurkan Seminar/Bengkel A Guide to Getting Published seperti ketetapan berikut:
|
Tarikh |
: 18 Februari 2016 (Khamis) |
|
Masa |
: 8.00 pagi – 4.30 petang |
|
Tempat |
: Bilik Seminar Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan |
|
Yuran Penyertaan |
: Pensyarah dan Pelajar Pascasiswazah – RM100 Peserta Luar – RM150 |
3. Sehubungan dengan itu, YBhg.Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan bersama ahli akademik dan pelajar pascasiswazah di bawah seliaan YBhg.Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dengan segala sukacitanya dijemput menghadiri seminar/bengkel tersebut.
4. Bersama dengan ini dilampirkan risalah dan tentatif program untuk rujukan YBhg.Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya. Disertakan juga borang kehadiran yang perlu dilengkapkan dan dikembalikan kepada urusetia selewat – lewatnya pada 17 Februari 2016 (Rabu).
Sebarang pertanyaan lanjut pihak YBhg.Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan boleh berhubung terus dengan Urusetia di talian 1629 (Cik Ivy Garon) atau 1527 (Cik Nurul Fadilah).
Sekian, terima kasih.
Yang ikhlas,
IVY GARON
Urusetia
b.p Ketua Unit
Unit Pembangunan Pelancongan BIMP - EAGA
Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan
Universiti Malaysia Sabah
Tel : 088 320 000 samb. 1629/1527
Faks : 088 320 360