Assalamualaikum w.w dan salam sejahtera,
Dengan hormatnya perkara di atas dan keputusan Mesyuarat JK
Laman Web Bil 3/2015, announcement melalui laman web
pada 20 November 2015 dan surat kami
(UMS/JTMK1.1.2/100-11/4/1(78) bertarikh 20 November 2015
berkenaan keperluan di atas adalah dirujuk.
Sehubungan, dimaklumkan bahawa bilangan sitasi
penerbitan berdasarkan carian melalui Google Scholar adalah
diambilkira di dalam penilaian webometrik.
Selaras usaha meningkatkan kedudukan UMS, lampiran adalah status
pendaftaran Google ID, bilangan sitasi dan bilangan
penerbitan individu yang boleh diakses dalam talian
dan tatacara pendaftaran Google ID untuk rujukan.
Pelaksanaan perlu secara menyeluruh kepada semua kakitangan
akademik di fakulti/institut/unit tuan/puan. Mohon agar
pelaksanaan dibuat sebelum 22 Disember 2015.
Sebarang kemusykilan boleh dimajukan ke alamat
jt...@ums.edu.my.
Perhatian dan kerjasama diberikan amat dihargai.
Terima kasih.
Ikhlas,
--
Salfarah Abdullah
Information Technology Officer
Department of Information Technology &
Communication
Universiti Malaysia Sabah
P : 088320000 ext : 613007
F : 088320234