Jemputan Ke DINIHARI DINAR - Setiap Sabtu di KL

6 views
Skip to first unread message

Dinar dirham ORG

unread,
Mar 8, 2012, 3:27:45 AM3/8/12
to DdGg, DdOo



http://www.dinardirham.org/_/rsrc/1327485748827/diniharidinar/Muamalah%20Madinah.png

 

MUAMALAH MADINAH
 mempersembahkan
DINIHARI DINAR


http://www.dinardirham.org/_/rsrc/1327485799117/diniharidinar/Dinihari%20Dinar.jpg

 

Iman • Ilmu    Amal

Dinihari Dinar adalah program syiar dinar emas dan dirham perak iaitu matawang syariah yang berkait dengan urusan ibadat, berguna untuk muamalah, dan, bernilai sebagai simpanan. Acara mingguan Dinihari Dinar mengemukakan ilmu pengenalan mengenai Dinar dirham, dan, menyediakan asas permulaan amal menggunakan Dinar dirham. Aktiviti lanjutan Dinihari Dinar juga terdapat di dalam talian dengan pelbagai kemudahan tambahan. Dinihari Dinar adalah agenda Muamalah Madinah yang diusahakan dengan dasar ketakwaan kepada Allah SWT serta ketaatan kepada Rasulullah SAW mengikut Al-Quran dan Sunnah.

Aktiviti Rancangan (tertakluk pada perubahan):

PENYAMPAIAN    MOTIVASI    SERUAN TINDAKAN    SOAL JAWAB    JUAL BELI

Jadual* Tahun 2012:-

 

Di:

Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Jalan Setiabudi, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, Malaysia map

Pada:

Setiap Sabtu; 10 pagi hingga 4 petang

Aturcara: (format dinamik)

  • Sesi Syiar:  2 petang - 4 petang
  • Sesi Kelas Khas:  11 pagi - 1 petang
  • Souq Setempat:   Dari 10 pagi

Nota:

Kelas Khas

  1. Ketentuan topik bagi kelas khas terdapat di laman web Dinihari Dinar.

Souq Setempat

  1. Souq setempat (pasar terbuka di perkarangan kawasan acara) adalah peluang pengunjung berjual-beli menggunakan matawang syariah Dinar dirham yang diakui oleh World Islamic Mint (WIM) termasuk Dinar & Dirham Kelantan.
  2. Para pengunjung yang berminat untuk berniaga boleh menyertai souq setempat secara sukarela.
  3. Tempat berniaga terbuka di souq setempat tidak dikenakan bayaran dan terdapat secara 'siapa cepat dia dapat'.
  4. Apa-apa barangan atau perkhidmatan yang halal boleh diniagakan. Walaubagaimanapun, sila hormati tata-tertib lokasi.
    (Contoh: Menjual bahan makanan basah seperti ikan segar yang perlu disiang tidak digalakkan atas sebab kawalan kebersihan.)
  5. Peralatan perniagaan seperti meja, kerusi, hamparan, dll perlu disediakan sendiri oleh peniaga.
  6. Semua aktiviti perniagaan perlu memenuhi kehendak syarak yang akan dipastikan oleh para muhtasib (pengawas pasar).
  7. Perkhidmatan penukaran matawang syariah juga disediakan oleh wakalah yang terlantik.
  8. Peluang berniaga mengikut amal ahli Madinah juga disediakan secara berkala melalui acara Souq Qafilah - hubungi Kumpulan Kerja Muamalah Madinah untuk maklumat lanjut.

 

PENYERTAAN PERCUMA! Pendaftaran bebas sepanjang acara.

(*Sila lihat kalendar untuk pengesahan jadual atau pengecualian; juga ambil perhatian perubahan format dinamik sekiranya ada; dan pastikan maklumat semasa sebelum kehadiran.)



Kehadiran beramai-ramai & penglibatan semua pihak ke acara terbuka ini amat dialu-alukan.

Perhubungan:

Suara/SMS:

Web & E-mel:

Facebook:

 

Penganjur:

  • Koperasi Amal Madinah Kuala Lumpur Berhad (dalam penubuhan)

Penyelia:

Pengupaya:

Penaja:

 



Dinar dirham ORG

unread,
Mar 11, 2012, 8:01:06 PM3/11/12
to DdGg, DdOo
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages