Jangan aniaya pekerja MAS

1 view
Skip to first unread message

DelimaHijau

unread,
Apr 11, 2006, 11:55:17 AM4/11/06
to Delima Hijau
NAIB PRESIDEN PAS, HAJI MOHAMAD SABU meminta Syarikat Penerbangan
Malaysia (MAS) dan kerajaan memastikan tidak ada seorangpun pekerja MAS
teraniaya berikutan ura-ura pemecatan lebih 6,000 kakitangan syarikat
penerbangan milik negara itu.

Beliau berkata, pekerja MAS tidak bersalah ke atas apa yang berlaku
kepada MAS tetapi eksekutif kanan mereka dan pemimpin kerajaan yang
salah.

"Yang salah kerajaan dan eksekutif kanan Mas yang dilantik oleh
kerajaaan, kenapa pekerja pula menjadi mangsa," kata Mohamad Sabu yang
juga Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Pekerja PAS.

Beliau mengulas ura-ura MAS akan memecat lebih 6,000 pekerjanya selepas
sebahagian laluannya diserahkan kepada AirAsia akibat masalah kewangan
yang dihadapi syarikat penerbangan milik kerajaan itu.

Kerajaan telah melantik Idris Jala sebagai Pengarah Urusan MAS yang
baru ekoran kegawatan yang berlaku dalam syarikat penerbangan itu.

Antara langkah yang dicadangkan pengurusan baru MAS adalah membuang
lebih 6000 pekerjanya di samping menjual atau menyewakan beberapa
bangunan mereka.

Masalah dalam MAS mula didengari sejak ia dipengerusikan oleh Tan Sri
Tajudin Ramli hingga kini.

Kisah dan khabar angin berhubung dengan pembekalan makanan dan minuman
dengan harga yang mahal kepada MAS juga tersebar secara meluas dalam
internet dan ia dikaitkan dengan keluarga Perdana Menteri.

"Sekurang-kurangnya, kita minta supaya mereka yang akan
diberhentikankan dari MAS dipastikan dahulu tempat mereka di AirAsia.
Bila begitu, kita berharap hak, gaji dan senioriti mereka tidak
terjejas," kata Mohamad Sabu.

Ketika ditanya, apa tindakan PAS ekoran isu ini, Mohamad berkata,
beliau akan meminta PAS mengarahkan para penceramah mereka untuk
membangkitkan isu ini pada setiap ceramah.

"Kita juga akan membincangkan perkara ini melalui MTUC dan kesatuan
sekerja MAS bagi membantu mereka menghadapi masalah ini," kata beliau.

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages