5 pemimpin Angkatan Muda ditahan di Tasek Gelugor

2 views
Skip to first unread message

DelimaHijau

unread,
Apr 16, 2006, 4:12:09 PM4/16/06
to Delima Hijau
Monday, 17 April 2006
Oleh Zulkifli Mohamed (Malaysia Today)

TASEK GELUGOR: Lima pemimpin Angkatan Muda Keadilan, termasuk Timbalan
Ketua Penerangannya Badrul Hisham Saharin ditahan polis pagi ini,
kerana menyertai perhimpunan aman dan mengedarkan risalah berkaitan
kenaikan harga minyak di Kompleks Tasek Gelugor, di sini, Ahad.

Empat yang lain ialah Exco Angkatan Muda Pusat, Rezal Huzairi Md Zaki,
Ketua Penerangan Angkatan Muda Pulau Pinang, Amir Mohd Ghazali, Ketua
Penerangan Angkatan Muda Tasek Gelugor, Sabri Salleh dan Setiausaha
Angkatan Muda Kepala Batas, Latif Abdullah.
Kesemua mereka ditahan kira-kira jam 11 pagi dan dibawa dengan sebuah
trak polis ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara,
Butterworth.

Selepas 5 minit perhimpunan berlangsung, Timbalan Ketua Polis Daerah
Seberang Perai Utara, Supritendan Sukri Awang terus meluru kepada para
penunjuk perasaan dan mengarahkan perhimpunan bersurai dalam masa lima
minit.

Ketika itu, Timbalan Ketua Angkatan Muda Kedah, Khairul Anuar Ramli
baru hendak memulakan ucapannya.

"Perhimpunan ini kena diberhentikan kerana telah banyak kali
menyusahkan pihak polis," katanya ketika berlangsung rundingannya
dengan Ketua Penerangan Keadilan Pulau Pinang, Johari Kassim.

Tasek Gelugor menjadi lokasi ke-10 dalam siri demontarasi aman di
sebelah utara.

Arahan beliau dipatuhi, setelah mereka diarahkan meninggalkan kawasan
tepi jalan raya yang menjadi lokasi perhimpunan.

Bagaimanapun, beliau mengarahkan para penunjuk perasaan berkumpul di
perkarangan Kompleks berkenaan untuk satu sidang media oleh pemimpin
Angkatan Muda .

Ketika berlangsung kira-kira 10 minit sidang media oleh Badrul Hisyam,
Sukri sekali lagi polis meluru dan mengarahkan para pemimpin Angkatan
Muda ditahan, termasuk Latif dan Amir yang sedang memegang satu-satunya
sepanduk pada hari itu yang tertera: 'Pak Lah! kami orang kampung,
tak kaya, barang naik lagi kedana la kami. Pak Lah tak sayang kami
ka?"

Rezal Huzairi dan Sabri pula ditahan ketika mengedarkan risalah
kenaikan harga minyak kepada orang ramai, termasuk kepada anggota
polis.

Seorang pemuda yang mempunyai 'masalah mental' hampir ditahan
polis, kerana mengetuai orang ramai melaungkan 'reformasi' ketika
trak yang membawa tahanan aktivis Angkatan Muda mula bergerak.

Kad pengenalannya turut diperiksa polis, bagaimanapun dia dibebaskan
setelah pihak polis mengetahui hal sebenarnya.

Perhimpunan pada pagi itu dihadiri kira-kira 100 orang.

Lima trak polis dan sebuah water canon bersiap sedia di Balai Polis
Tasek Gelugor. Sementara sekatan jalan raya diadakan dari kedua-dua
arah Tasek Gelugor dan Kepala Batas.

Ketika berita ini ditulis (1.00 tengah hari), kesemua mereka belum
diambil sebarang keterangan.

"Belum ada sebarang keterangan diambil," jelas salah seorang
tahanan, Amir Ghazali ketika dihubungi di Ibu Pejabat Polis berkenaan.

Semalam (Sabtu), kira-kira 3 petang, sepasukan FRU dan sebuah 'water
canon' yang bersedia di Dewan Millenium Kepala Batas, pulang hampa
setelah tiada sebarang perhimpunan aman di sana.

Sebelum itu, telah tersebar maklumat palsu tersebut melalui Sistem
Pesanan Ringkas (SMS) oleh pihak-pihak tertentu.

Ketika ini, para pemimpin Barisan Alternatif (BA) sedang berkumpul di
Ibu Pejabat Polis berkenaan untuk memberikan sokongan moral kepada para
tahanan.

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages