Angkatan Muda akan desak Musa Hassan letak jawatan

5 views
Skip to first unread message

DelimaHijau

unread,
Apr 16, 2006, 4:14:43 PM4/16/06
to Delima Hijau
Monday, 17 April 2006
Penyerahan Memorandum kepada Ketua Polis Negara

Tarikh: 19 April, 2006 (Rabu)


Tempat : pintu masuk Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Taman Tasik
Perdana (Lake Garden)


Masa: 11 pagi


Sebarang pertanyaa, sila hubungi Naib Ketua Angkatan Muda, S
Manikavasagam di talian 016-2659511

Angkatan Muda Malaysia akan mendesak Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk
Seri Musa Hassan untuk meletakkan jawatannya segera kerana cuba
melindungi anggota-anggotanya dalam Polis diRaja Malaysia (PDRM) dalam
isu penderaan di dalam lokap.


Naib Ketua Angkatan Muda, S.Manikavasagam ketika dihubungi memberitahu,
Angkatan Muda dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) akan membuat
aduan ke Bahagian Tatatertib Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman mengenai
sikap Timbalan Ketua Polis Negara itu.


Tindakan badan-badan itu untuk membuat kenyataan bersama dalam desakan
tersebut berikutan dengan keputusan Hakim Mahkamah Majistret, Nazran
Bin Mohd Sham 7 April yang lalu mengenai inkues G Francis Udayappan.

"Sungguhpun Hakim gagal untuk memberi keputusan punca kematian
Francis yang sebenarnya (akibat keadaan mayat yang telah reput), Musa
(Hassan) telah membuat kenyataa di media bahawa beliau yakin Francis
masih hidup dan mayat yang dijumpai di Sungai Kelang itu bukan milik
Francis, kata Manikavasagam.


Musa yang juga pada ketika itu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah,
melalui tajuk berita "Brickfields Escapee May Still Be Alive," Musa
dengan yakinnya memberitahu bahawa Francis Udayappan masih hidup.


Penyerahan memorandum yang akan dibuat pada Rabu, 19 April akan datang
juga akan mendesak pihak polis untuk menyiasat dan memberi memberitahu
kepada rakyat umum punca sebenar kematian Francis Udayappan yang berada
di bawah penguasaan polis sejak April 2004.

Francis dikatakan telah melepaskan diri dari lokap dan terjun ke Sungai
Kelang.

Tindakan Angkatan Muda dan NGO itu untuk menyerahkan memorandum
tersebut adalah susulan kepada janji Perdana Menteri Abdullah Badawi
dalam ucapannya ketika melancarkan program Rakan Cop 16 April lepas.

Abdullah telah memetik kata-kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Bakri Omar
bahawa pihak polis akan membuat siasatan kepada apa juga kes dan tidak
bersikap pilih kasih.

"Kami berharap, aduan kami Rabu depan akan mengembalikan keadilan
terutama kepada ahli keluarga Francis dan banyak lagi kaum keluarga
yang mengalami nasib yang sama (mati dalam tahanan polis)," ujar
Manikavasagam lagi.

Beliau menyeru kepada orang ramai yang bersimpati mengenai keadaan yang
melanda ibu mendiang, Sara Lily supaya turut serta dalam penyerahan
memorandum tersebut kerana 'ianya juga boleh berlaku kepada ahli
keluarga kira.'

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages