Isu Nik Adli: Mursyidul Am bersama 5,000 penyokong solat hajat di awal pagi

5 views
Skip to first unread message

DelimaHijau

unread,
Apr 16, 2006, 6:01:10 AM4/16/06
to Delima Hijau
KOTA BHARU, 14 April (Hrkh) - Selepas berakhir tempoh sebulan diberi
kepada pihak pengurusan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) untuk
memohon maaf berakhir, maka pagi tadi kira-kira 5,000 rakyat Kelantan
bermunajat dan solat hajat di Padang Perdana bermula jam 4.30 pagi.

Solat sunat hajat itu diadakan kerana pihak pengurusan PLKN enggan
memohon maaf kepada keluarga Menteri Besar Kelantan yang mana sebelum
ini digambarkan anaknya, Nik Adli Nik Abdul Aziz sebagai ketua
pengganas dalam modul latihannya.

Solat hajat itu diimam sendiri Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
selepas selesai solat sunat Tahajud dan bermunajat yang dipimpin Ustaz
Hussin Ibrahim.

Biar pun berembun di awal pagi ribuan rakyat Kelantan, kecil, besar,
tua, muda, lelaki dan perempuan datang untuk mengadu kepada empunya
segala kuasa di langit dan di bumi selepas hamba dizalimi dan
dianiayai.

Image
Dua anak Nik Adli turut hadir di majlis itu.
Nik Adli ditahan sejak Ogos 2001 di atas tuduhan terbabit dengan
Kumpulan Militan Malaysia bersama lapan lagi tanpa didakwa secara
terbuka di mahkamah. Turut hadir mengadu kepada Allah dua anak Nik Adli
yang masih kecil dan isteri, Sles Monira Sles Math.

"Pihak PLKN menggambarkan anak saya sebagai ketua pengganas tanpa
dibuktikan tuduhan itu secara terbuka di mahkamah. Kalau betul anggapan
begitu mengapa tidak bawa dia ke mahkamah... jangan tuduh kalau belum
dibicarakan lagi," kata Menteri Besar.

Beliau berkata, di akhirat kelak mereka yang terbabit menganiaya
anaknya akan berdepan dengan pembalasan yang setimpal dengan perbuatan
mereka sekarang.

Menurutnya, segala pangkat dan gelaran di dunia sekarang hanya bersifat
sementara sahaja yang diberi sesama manusia dan bukannya datang
daripada Allah.

Hadir sama pada program itu Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad
Yakob, anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat, alim ulama dan
penduduk tempatan termasuk yang datang dari Gua Musang dan Jeli.
(Maklumat lanjut dalam Harakah cetak 21 April ini).

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages