Nori dan Marina tiada hak pertikai Islam

1 view
Skip to first unread message

DelimaHijau

unread,
Apr 13, 2006, 11:27:08 AM4/13/06
to Delima Hijau
Thu | Apr 13, 06 | 05:47:56 PM
Oleh Wan Nordin Wan Yaacob

KUALA LUMPUR, 13 April (Hrkh) - Dewan Rakyat petang tadi kecoh setelah
ahli Parlimen DAP, Chong Eng (DAP Bukit Mertajam) dalam perbahasannya
mendakwa anak kepada Perdana Menteri dan bekas Perdana Menteri, Nori
Abdullah serta Marina Mahathir pernah menyatakan bahawa Undang-undang
Syariah menyebabkan kaum wanita di negara ini tidak maju.

Perdebatan itu berlaku ketika Chong Eng berhujah dalam perbahasan
Rancangan Malaysia ke Sembilan (RMK9) di Dewan Rakyat dengan memetik
kenyataan Marina dan Nori yang didakwanya sebagai berkata demikian
dalam satu majlis tertentu.

Marah dengan kenyataan yang disifatkan 'berbahaya' itu, Dato' Mohammad
Aziz (BN Sri Gading) bangkit mengecam kenyataan Chong Eng yang
didakwanya cuba memburuk-burukan Islam.

"Saya tidak kira siapa yang beri kenyataan itu dari mana laporan itu,
jika benar mereka Nori dan Marina perlu diambil tindakan.Mereka tidak
berhak untuk bercakap menjatuhkan maruah Islam," katanya dengan nada
yang keras.

"Saya tidak tahu apa maksud Bukit Mertajam (Chong Eng) dengan
menyatakan demikian.Dalam Islam hukum-hukum Islam tidak pernah
menggugat Wanita atau mana-mana umatnya dari kemajuan," katanya.

Dewan menjadi bising dengan suara kecaman ke atas kenyataan Chong Eng
itu dan Yang di Pertua Dewan meminta Chong Eng meneruskan perbahasan
dengan perkara yang lain.

Menjawab kritikan Mohammad itu, Chong Eng berkata, beliau tidak
bermaksud demikian tetapi itu dipetik dari kenyataan dua anak pemimpin
negara.

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages