"RM9 benda yang telah termaktub, kalau nak debat mesti benda yang ada
unsur atau nilai. Projek-projek macam nak buat jambatan dan sebagainya
nak debat macammana? " ujarnya .
Beliau menambah kalau hendak berdebat jua "kita boleh berdebat
tentang gejala rasuah dalam perlaksanaan RMK-9 ".
" Kalau nak debat perkara rasuah ini, saya menawarkan diri termasuk
berhadapan dengan sesiapa sahaja dari Umno, " tegas beliau lagi.
Husam berkata lagi, perkara yang boleh didebatkan ialah perkara-perkara
yang membabitkan unsur betul atau salah (right or wrong), benar atau
tidak, yang hak dengan yang batil.
"Ia satu pembentangan projek-projek di atas kertas sahaja bukannya
satu perjanjian yang dibuat di Loh Mahfuz. Sehubungan itu tidak semua
perkara yang dirancang di atas kertas itu dapat dilaksanakan sepenuhnya
sebagaimana Rancangan-Rancangan Malaysia yang lalu," beliau menambah
.
Haji Husam mengulas berhubung Debat Perdana yang dicadangkan Menteri
Penerangan membabitkan YAB Tuan Guru Dato' Menteri Besar Kelantan dan
Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Seri Annuar Musa berhubung
RMK9.
Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan
Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Kelantan turut membetulkan
tanggapan berhubung RMK-9 negeri Kelantan.
Menurutnya Kerajaan Negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN)
telah mengangkat projek-projek bernilai RM 7.8 billion ringgit kepada
pihak Kerajaan Pusat.
Dari jumlah itu, RM 7.6 billion ringgit telah diluluskan.
"Ramai tidak faham bahawa projek-projek itu diangkat oleh Kerajaan
Negeri bukannya oleh mana-mana pihak yang lain, "katanya.
Sebelum ini Naib Ketua Pemuda Umno telah menulis berhubung phenomena
"gravy train" dalam perlaksanaan Rancangan Malaysia ketika
pemerintahan kerajaan yang lalu.
Rancangan jangka panjang ini juga didakwa hanya menguntungkan
segelintir pihak yang rapat dengan pemerintah.
Untuk RMK-9 ini ada yang menganggarkan bahawa 10 peratus atau 22
billion ringgit akan "bocor" dalam perlaksanaannya.
Beliau turut mencadangkan diadakan seminar khusus untuk membincang
perlaksanaan RMK-9 ini.
Katanya, melalui seminar ini Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri dapat
mengemukakan cara terbaik kearah perlaksanaan projek-projek yang hendak
dilaksanakan bagi mengelak berlakunya penyelewengan.