Jangan takut kuasa besar - Ahmedinejad

0 views
Skip to first unread message

DelimaHijau

unread,
Apr 9, 2006, 2:52:04 PM4/9/06
to Delima Hijau
Fri | Apr 07, 06 | 05:00:30 PM
Oleh ABR

TEHRAN, 7 April (Hrkh) - Kerajaan negara-negara Islam mestilah
bergantung kepada sesama mereka dan mengetepikan sebarang ketakutan
kepada kuasa-kuasa besar dalam usaha menghidupkan semula keagungan dan
maruah Islam, kata Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad selepas
pertemuannya dengan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir
Mohamad.
Mengenai kerjasama antara Iran dan Malaysia, beliau berharap kerjasama
itu akan menjadi contoh kepada negara-negara umat Islam yang lain bagi
mengukuhkan lagi perpaduan ummah.

Beliau juga mengulangi penegasan bahawa Iran tidak akan mempedulikan
ancaman kuasa-kuasa besar dan akan terus dengan haknya yang sah untuk
menghasilkan tenaga nuklear selaras dengan perjanjian tidak
mengeluarkan senjata nuklear dan juga selaras dengan perjanjian
pengawalan senjata nuklear yang ditaja oleh Agensi Tenaga Atom
Antarabangsa (IAEA).

Dr Mahathir pula menegaskan, Malaysia menyokong Iran dalam
mempertahankan haknya yang sah untuk menghasilkan tenaga nuklear.

Beliau berkata, sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri,
beliau telah berusaha sedaya-upaya untuk mengukuhkan kerjasama
Tehran-Kuala Lumpur.

Dr Mahathir juga berkata, Iran dan Malaysia akan menjadi contoh
pembangunan ekonomi di kalangan negara-negara umat Islam.

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages