Beliau berkata demikian ketika membentangkan Ucaputama dalam Kongres
Ekonomi Nasional 2006 yang berlangsung di sebuah hotel terkenal di
Subang baru-baru ini.
Kira-kira 300 peserta menyertai kongres yang berlangsung selama dua
hari bermula 8 hingga 9 April 2006.
Beliau berharap, kongres ini akan menghasilkan resolusi yang dapat
menjana semula ekonomi rakyat khususnya orang Melayu.
Ketika ucaptamanya juga beliau juga mengingatkan bahawa selain
melaksanakan tanggungjawabnya pemerintah negara juga harus memelihara
dan mengatur urusan dunia termasuklah ekonomi selaras dengan tuntutan
agama.
"Prinsip pembangunan Islam menuntut, agihan sama rata dan adil yang
tertulis dalam firman Allah yang memberi maksud, kekayaan tidak harus
diboloti oleh individu sahaja,"katanya di hadapan peserta daripada
pelbagai sektor.
Abdul Hadi juga turut menyentuh dasar penswastaan yang diamalkan
kerajaan pada hari ini ternyata memberi kekayaan kepada sesetengah
individu bukannya kepada rakyat.
Tambahnya, banyak projek-projek yang dilaksanakan atas dasar
penswastaan mendatangkan kerugian daripada keuntungan termasuklah
kegagalan MAS serta Pewaja.
Dalam pada itu, ketika ditanya sebaik sahaja selesai ucaptamanya, Abdul
Hadi berkata, PAS bukan hanya pandai mengkritik RMK-9 sahaja tetapi
telah menghantar satu surat rasmi menyatakan kesediaan membantu
menjayakan rancangan kerajaan, bagaimanapun sehingga hari ini surat itu
tidak berbalas.
"Sepatutnya beliau (Abdullah Badawi) berasa bersyukur kerana rakyat
negara ini pandai mengritik,"katanya semasa ditemui media.
Sementara itu, Pengerusi Eksekutif KEN 2006 Dr Rosli Yaacop ketika
ucapan aluannya, berkata, kongres ini adalah satu inisiatif untuk
mengumpul pandangan, luahan hati dan harapan orang ramai berhubung
dengan pelbagai isu ekonomi yang menjejaskan kehidupan harian rakyat
dan masa depan negara.
Tujuh kertas utama dibentangkan dalam kongres ini. Antara pembentangnya
adalah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Dr Mohd Noor Nawawi, Prof Madya
Zainal Abdin Kidam, Dato' Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin,
Dato'Paduka Husam Musa dan Haji Azmi Abdul Hamid.