Tudung dan pakaian rasmi

5 views
Skip to first unread message

DelimaHijau

unread,
Apr 16, 2006, 4:43:07 PM4/16/06
to Delima Hijau
Thu | Mar 30, 06 | 06:14:19 PM
Oleh BAKI MINUDDIN, Ampang
Sebagai orang Islam setiap hari saya kita sentiasa memikirkan setelah
sekian lama kita terpaksa menerima kaum-kaum yang amat berlainan budaya
dan agama datang tinggal di negara ini kenapa agak nya akhir-akhir ini
kita sentiasa berdepan dengan pelbagai kemelut.

Saban hari kita merasa bahasa, budaya dan nilai-nilai Islam kita
sentiasa dipersoalkan, diperkecilkan, diperlekehkan dan dicabar.

Paling membimbangkan ialah ada pula pemimpin dan setengah orang Melayu
Islam yang tertarik dengan gagasan Suruhanjaya Agama (Interfaith
Commission) walaupun Islam adalah agama rasmi Negara ini.

Golongan ini tidak faham langsung bahawa badan serupa itu akan
meletakkan Islam sama taraf dengan agama-agama lain, sedangkan agama
Kristian dan agam Yahudi sendiri (dua lagi agama seperti yang
berkonsepkan Tuhan yang Maha Esa atau monotheistic) sendiri tidak akan
melayan desakan sedemikian.

Lain lah kalau hendak berdialog sekali sekala.

Jadi setelah bersetuju menerima Islam sebagai agama rasmi negara ini
kenapa bukan Islam mempersoalkan sedikit-sedikit peraturan yang
berasaskan Perlembagaan ini seperti peraturan polis di mana, untuk
tujuan keseragaman, tiap pegawai polis wanita mesti pakai pakaian rasmi
yang memerlukan kepala ditutup di majlis-majlis rasmi.

Arahan ini terkandung dalam satu Surat Pekeliling oleh Ketua Polis
Negara.
Perkara tersebut sudah pun dijelaskan oleh Perdana Menteri Dato Seri
Abdullah Ahmad Badawi selaku Menteri Dalam Negeri di majlis hari
perayaan polis ke 199 Ahad semalam.

Biasalah, Parti DAP yang keahliannya rata-ratanya China akan menjadi
jaguh mempersoalkan hal ini.

Disebabkan mereka diam membisu, maka parti-parti bukan Melayu dalam BN,
MCA, MIC, Gerakan dan PPP bolehlah dianggap bersetuju dengan DAP.

Tak lama dulu DAP juga memperjuangkan nasib se orang siswazah China
UIA, Foo Yuen Jin, yang dilarang menyertai majlis penyampaian ijazah
kerana enggan pakai tudung walaupun selama empat tahun belajar di
universiti itu dia tidak pernah dipaksa pakai tudung.

Dia hanya perlu pakai tudung kerana ia merupakan sebahagin daripada
pakaian rasmi rasmi majlis di mana dhif-dhif kenamaan akan hadir.

Kebetulan seorang ahli Parlimen wanita DAP, Fong Po Kuan juga seorang
siswazah UIA yang mendakwa beliau terpaksa pakai scarf selama menuntut
di UIA walaupun pihak UIA tidak memaksa penuntut bukan Islam pakai
tudung. Kalau hendak pakai scarf itu terserah kepada mereka sendiri.

Di sini kita merasa hairan kerana Foo dan Fong mahu masuk ke UIA
walaupun mereka tahu ia adalah se buah universiti Islam.

Di satu masa dulu murid-murid Islam tidak was-was belajar di
sekolah-sekolah Kristian walaupun Salib atau Cross besar terlekat di
dinding-dinding bilik darjah.

Di akhbar New Straits Times (Isnin 27 Mach) Pengarang Kumpulannya
Brendan Pereira terus mempersoalkan hal itu se olah-olah menempelak
Dato' Seri Abdullah sendiri.

Kata Brendan:"Only one problem: Not discussing the matter in public
does not mean an end to the unease some non-Muslims have about it. What
was the rationale for the tudung requirement?. The circular noted that
the wearing of the tudung would ensure uniformity at official functions
and highlight the importance of Islamic values in the force.

"In a vacuum, this reasoning sounds logical. But in the context of a
police force with non-Muslim personnel, it comes across as insensitive.
Perhaps only Muslim personnel should have been compelled to wear
headscarves at official functions."

Dalam soal ini, DAP dan sekutu-sekutu nya seperti Brendan Pereira
sendiri amat jahil kerana memikirkan bahawa memakai tudung itu
menjadikan se seorang wanita bukan Islam itu Islam.

Walaupun memakai tudung (menutup aurat) dituntut oleh Islam tetapi bagi
bukan Islam ia hanya untuk mewujudkan keseragaman dalam peraturan
pakaian sesuatu organisasi seperti polis, tentera, UIA dan sebagai nya.

Dan DAP dan Brendan sendiri patut bertanya kepada individu-individu
bukan Islam yang bersedia mematuhi peraturan ini seperti ahli-ahli
sukan Negara memakai songkok bila mewakili Negara.

Umpamanya pramugari-pramugari MAS berbangsa China tidak keberatan
mengenakan tudung sebagai sebahagian pakaian kerja mereka untuk
penerbangan-penerbangan haji.

Tiap syarikat penerbangan ada pakaian kerja atau uniform untuk
pramugari-pramugari nya. Mana lebih baik pakai tudung atau skirt pendek
merah macam Air Asia.

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages