PAS kesal Umno peralat Jaim tekan Pasti

1 view
Skip to first unread message

DelimaHijau

unread,
Apr 9, 2006, 3:04:54 PM4/9/06
to Delima Hijau
Fri | Apr 07, 06 | 05:26:48 PM
Oleh Omar Saidi

MELAKA, 7 April (Hrkh) - PAS kesal Umno sanggup memperalatkan Jabatan
Agama Islam Negeri Melaka (Jaim) dengan mengusulkan semua Pusat Asuhan
Tunas Islam (Pasti) berdaftar dengan jabatan itu, kata Setiausaha Kerja
PAS Melaka, Haji Hasan Mohd Dahan.

Baru-baru ini Jaim menghantar notis tindakan kepada semua Pasti di
negeri Melaka supaya mendaftar mengikut Enakmen Pengawalan Sekolah
Agama Islam (Melaka) 2002.

Ketua Ahli Majlis (jawatan politik), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
(MBMB) telah dilaporkan sebagai berkata, beliau akan meminta kerjasama
Jaim mengambil tindakan undang-undang terhadap semua Pasti yang gagal
mendaftar mengikut enakmen itu.

Berikutan arahan tersebut , Jaim telah bertindak mengeluarkan notis
tindakan bertarikh 27 Mac meminta semua Pasti di negeri Melaka
mendaftar dengan Jaim.

Menurut Haji Hasan sewajarnya Jaim memahami bahawa Pasti adalah salah
satu aktiviti parti yang telah termaktub dalam perlembagaan PAS dan
tidak perlu berdaftar dengan mana-mana jabatan kerajaan negeri. - lanh

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages