Isu minyak dan ekonomi - Husam sanggah hujah PM

1 view
Skip to first unread message

DelimaHijau

unread,
Apr 11, 2006, 11:54:04 AM4/11/06
to Delima Hijau
SEHINGGA tahun 2004, Perdana Menteri mengakui Petronas untung bersih
RM164 bilion. Tahun 2005, untung bersihnya RM35.5 bilion. Untuk tahun
ini sahaja Petronas dijangka untung bersih mencecah RM40 bilion.

Jadi, kenaikan 30 sen minyak baru-baru ini bagi Naib Presiden PAS, Haji
Husam Musa, jika ditampung subsidi berjumlah RM4.4 bilion, ia
sebenarnya terlalu kecil untuk ditanggung oleh Petronas.

Katanya, rakyat tetap akan bangkit dan marah dengan kenaikan mendadak
harga minyak kerana ia bukan sahaja menjerut leher mereka, malah
menjejaskan sektor ekonomi pelbagai peringkat dalam negara.

Kenaikan harga minyak mesti dibatalkan kerana hujah yang kerajaan
berikan amat tidak wajar dan mengelirukan rakyat, sebaliknya ia dibuat
dengan menyembunyikan fakta sebenar.

Haji Husam berpendapat Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad
Badawi sendiri seolah-olahnya tidak memahami dan tidak tahu mengurus
ekonomi negara dengan betul sehingga banyak keputusan dibuat
menyukarkan rakyat jelata.

Katanya, jika fakta sebenar daripada keuntungan Petronas dijelaskan
dengan betul nescaya kerajaan tidak akan menaikkan harga minyak kerana
tidak ada sebab subsidi minyak hendak ditarik balik.

"Ada tiga cara Kerajaan dapat faedah dari keuntungan Petronas setiap
tahun. Cukai minyak, dividen atas saham kerajaan dalam Petronas dan
royalti. Bagi 2005, kerajaan kutip RM31 bilion atau 53% dari keuntungan
kasar Petronas sebanyak RM58.030 bilion," jelas Husam sambil membongkar
fakta yang disembunyikan oleh PM.

Beliau yang juga Anggota Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata, pada
tahun 2004, kerajaan sudah mengutip RM20 bilion dan bagi 2005 pula,
kutipan meningkat 47% berbanding 2004 kerana Petronas mengaut
keuntungan lebih besar akibat kenaikan harga minyak dunia.

"Keuntungan kasar Petronas meningkat sebanyak 55% dalam tempoh itu.
Pada 2004, dari RM20 bilion yang kerajaan kutip dari Petronas, RM12
bilion diguna untuk subsidi harga minyak. RM20 tolak RM12, ada baki RM8
bilion untuk pembangunan bagi tahun itu.

"Manakala bagi tahun 2005, dari RM31 bilion yang kerajaan kutip, jumlah
subsidi ialah RM16 bilion. Bermakna baki wang yang boleh diguna untuk
pembangunan ialah RM15 bilion berbanding RM8 bilion untuk 2004. Naik
RM7 bilion! Lebihan RM15 bilion atau lebih dua kali ganda dari tahun
sebelumnya kerana harga minyak dunia naik," jelas beliau.

Husam menegaskan untuk tahun 2006, kerajaan tidak boleh menganggap
jumlah yang akan dikutip dari Petronas statik sebanyak RM 31 bilion
seperti tahun lalu.

"Ia akan naik sebab Petronas dah umum untung bersih enam bulan pertama
meningkat 22% kepada RM20.8 bilion berbanding enam bulan pertama 2004
hanya sebanyak RM16.87 bilion. Peningkatan 22.5%," ujarnya.

Bagi Husam, untuk 2006, kutipan kerajaan akan naik tetapi kerajaan
mengurangkan jumlah yang disubsidikan dari RM 16 bilion kepada 12
bilion, sama seperti tahun 2004.

Beliau menjelaskan jika untung kasar Petronas tahun 2006 ialah RM66.86
bilion (seperti yang dibayangkan oleh prestasi enam bulan pertama) dan
kerajaan mengutip 53% dari untung kasar ini bermakna kerajaan akan
mendapat RM35.4 bilion.

Tegas beliau jika jumlah RM35.4 bilion ditolak dengan RM 12 bilion
subsidi minyak, makakerajaan tetap mempunyai lebihan RM23.4 bilion.

"Tahun lalu lebihan cuma RM15 bilion untuk belanja pembangunan. Tahun
ini bertambah RM8.4 bilion lagi.

"Kalau kerajaan tak naikkan harga minyak sebanyak 30 sen itu, kerajaan
masih ada RM 19 bilion untuk belanja pembangunan dan ini bererti RM 4
bilion lebih banyak berbanding tahun lalu. Kenapa kerajaan begitu tamak
dengan cara menekan rakyat?" Soal beliau.

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages