Selepas pilihan raya umum dua tahun lalu, pemimpin Umno sering menyebut
mahu "bongkar penyelewengan" kerajaan PAS Kelantan. Namun sejak
April 2004 sehingga sekarang, isu yang diuar-uarkan itu tidak lebih
seperti 'bom asap'. Dan apa yang berlaku hanya luahan emosi dan
jeritan wakil pembangkang. Ikuti pandangan Menteri Besar, Tuan Guru
Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai isu ini yang diluahkan kepada
MAZLAN JUSOH.
Sistem mesyuarat
Sistem mesyuarat melalui DUN adalah dianjurkan Islam. Islam
menganjurkan kita bermesyuarat sejak 1400 tahun lalu. Namun, mesyuarat
pada persidangan DUN di tempat kita macam berkiblat demokrasi Barat.
Pembangkang membangkang apa saja dibuat kerajaan tanpa ada jalan
tengah.
Sejak persidangan pertama selepas pilihan raya lalu pembangkang di DUN
Kelantan menentang setiap enakmen yang dibentang. Dibangkang
semata-mata. Antaranya Enakmen Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Negeri
bagi menulis semula perlembagaan daripada tulisan jawi kepada rumi.
Sedangkan ia cukup berfaedah kepada negeri tetapi ditolak Umno.
Tolak ladang rakyat
Pada persidangan DUN 21 Febuari lalu, mereka menolak Rang Undang-Undang
Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat 2006. Begitu juga enakmen mengenai
Perbadanan Bandar Baru Tunjung 2006. Hujah mereka langsung tidak
menampakkan ilmiah. Hanya kerana ia datang dari kerajaan negeri maka
ditolak.
Mereka menyifatkan usaha mewujudkan ladang rakyat menipu rakyat.
Perkataan tipu, "kecek" pada rakyat Kelantan tidak
'parliamentary'. Tiada hujah cuma ada andaian. Ia sudah lari jauh
dari asas mesyuarat untuk bertukar fikiran.
Tiada titik pertemuan
Macam tidak ada titik pertemuan di antara kerajaan dan pembangkang
biarpun dalam hal yang memberi kebaikan rakyat. Hujah kedua mereka,
kononnya enakmen dibuat untuk pilihan raya. Sedangkan Kerajaan Pusat
mengagihkan baja subsidi padi kepada rakyat yang dicap dacing.
Kerajaan Kelantan agih baja juga kepada petani yang tidak mendapat
baja cap dacing, tapi kita tak buat cap bulan. Tengok saja projek
Kerajaan Persekutuan, ditulis "Ini Satu Lagi Projek Kerajaan BN."
Kalau tidak untuk pilihan raya untuk apa lagi.
Hujah mereka itu makan diri sendiri selain menghabiskan masa begitu
saja sehingga kita terpaksa bersidang sampai 7 petang. Selain itu
mereka berhujah kerajaan negeri mahu memperbanyakkan perbadanan.
Sedangkan Kerajaan Pusat sendiri mempunyai banyak agensi yang terbabit
dengan pembangunan tanah termasuk Felda, Felcra, Kesedar.
Adun BN marah
Pada satu ceramah, saya sebut, kemenangan Umno sebenarnya tidak lebih
daripada kemenangan Israel di Palestin dan Amerika di Iraq. Wakil Bukit
Tuku bangun marah dalam Dewan. Dan saya mengakui pernah menyebutnya dan
berharap mereka tanya balik mengapa buat kenyataan begitu. Tetapi
mereka senyap pula.
Saya terkilan kerana mereka tidak soal balik isu itu. Dalam Islam kita
diajar segala perkara di bumi dan langit adalah kepunyaan Allah. Kita
diajar manusia sebagai khalifah, ertinya mesti menjaga kaki, tangan,
mulut, lidah sebagaimana Allah kehendaki. Segala harta benda, logam
dan tanah-tanih adalah kepunyaan Allah. Tetapi kefahaman demokrasi yang
diajar Eropah mereka merasakan seperti hak dia.
Bila kita beli sesuatu benda kita rasa hak kita 100 peratus. Saya
hendak ingatkan, kita sebenarnya bukan sebagai pemerintah cuma sebagai
pengurus saja. Misalnya tanah ini milik saya. Milik itu dimaksudkan
untuk memudahkan urusan mentadbir saja, sedangkan hakikat sebenar bukan
milik kita. Ini beza pemikiran Islam dan sekular. Umno di Kelantan
sekarang merasakan diri mereka kuat, hakikatnya tidak.
Takut istilah rakyat
Mereka cukup rimas dengan perkataan rakyat yang digunakan. Hendak desak
tukar perkataan rakyat sehingga mereka mengambil masa begitu banyak
membahaskannya. Sedangkan dalam institusi Kerajaan Pusat, banyak
digunakan perkataan rakyat. Misalnya Bank Rakyat, Tradisi Membela
Rakyat dan program pembangunan rakyat termiskin (PPRT). Tidakkah itu
semua menggunakan perkataan rakyat. Mengapa apabila Kelantan gunakan
perkataan rakyat mereka marah.
Pembangkang tiada isu
Adun pembangkang di Kelantan sebenarnya tiada isu menarik untuk
diketengahkan. Sebelum ini mereka sebut hendak bongkar-bongkar, namun
tidak terbongkar apa pun. Hendak bongkar apa yang tiada di dalam tanah,
semuanya kita buat di atas tanah belaka. Tiada yang terselindung,
rasuah tiada, hilang duit kerajaan tiada. Kalau ada, bongkarlah.
Lagipun mereka boleh guna BPR sepenuhnya kerana ia diletak di bawah
Kerajaan Persekutuan.
Parlimen dan DUN
Sistem persidangan di Parlimen dan DUN serupa. Cuma aspek individu
tertentu sahaja yang berlainan. Misalnya ada Adun yang tidak dengar
kata Speaker. Ini satu masalah. Bila bercakap mereka tidak tengok
Speaker. Pada persidangan DUN sebelum ini pembangkang teruk melawan
speaker. Apa kata kalau pemain bola tidak mengendah kata-kata referee.
Pengadil dan speaker serupa sahaja peranan mereka.
Tidak masuk Dewan
Dukacita ketika sampai masa pihak kerajaan (Exco) menggulung
perbahasan, lebih separuh wakil pembangkang tidak berada di Dewan. Ini
tidak sepatutnya berlaku. Sedangkan sebelum itu mereka berhujah
berdegang-degang. Seperti berasap ketika bercakap, tiba-tiba sudah
padam ketika bomba belum lagi tiba. Ertinya api itu dibuat-buat dan
bukannya api sebenar.
Pembangkang pertikai Speaker
Ketika persidangan DUN di peringkat jawatankuasa pun mereka hendak
berhujah lagi. Tapi Speaker mengingatkan tidak boleh menyentuh aspek
dasar. Ini kerana dasar sudah diluluskan, yang dibolehkan ialah perkara
teknik saja. Mereka berkeras juga. Alhamdulillah Speaker duduk di garis
yang betul sehingga mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Speaker
memberi peluang untuk bercakap tanpa ada sekatan, cuma minta ikut
peraturan.
Surat Exco tidak berjawab
Tidak sepatutnya surat yang dihantar anggota Exco, Abdul Patah Mahmood
kepada Pengerusi Majlis Sukan Negeri tidak dijawab. Itu namanya tidak
demokratik. Saya juga pernah tulis surat kepada Menteri Penerangan
untuk mendapat lesen radio, namun Tan Sri Mohamad Rahmat tidak jawab
sepatah pun. Usahkan hendak memberi lesen, surat dihantar pun tidak
dijawab.
Akademi Islam pindah
Tidak sepatutnya Akademi Islam Universiti Malaya dipindahkan ke Kuala
Lumpur kerana ia sudah lama di situ. Yang ada di sini mesti
dikekalkan. Universiti yang tiada lagipun kita harap Dato' Mustapa
Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi boleh bawa ke mari. Universiti
Kelantan mereka berjanji hendak bawa ke sini. Bawalah. Tetapi kita akan
lawan habis-habisan kalau mereka tetap hendak bawa Akademi Islam ke KL.
Apa cacat cela di Kelantan, kalau di Kuala Terengganu ada IPTA mengapa
tidak di Kelantan. Tidak wajar langsung bawa ke KL, apatah lagi
menteri anak Kelantan. Tentunya dia hendak tengok ilmu berkembang
ketika beliau menjadi menteri. Akademi itu sudah terbukti, ada bekas
pelajarnya jadi pemimpin negara.
Isu bajet tambahan
Biarpun kita kemukakan bajet tambahan di Kelantan; di Parlimen tidak
buatkah perkara itu? Adakah di Parlimen hanya bentang sekali sahaja
belanjawan dan tiada bajet tambahan. Kalau buat juga bermakna tidak
cekaplah parlimen kerana bentangkan bajet tambahan. Biasa bajet
tambahan dibentang kerana digunakan bagi membayar bonus kakitangan.
Kalau demokrasi yang diamalkan di negara ini bebas dalam erti kata
sebenar, saya seronok buat kerja, namun apa yang berlaku sekarang
demokrasi di negara ini dirantai dan disekat.
Dosa dan pahala
Dosa dan pahala bukan ciptaan manusia. Ia ciptaan tukang buat manusia,
Allah. Dalam tubuh manusia Allah Taala lengkapkan nafsu. Nafsu tidak
ada sesiapa pun yang boleh kontrol kecuali agama. Di dunia yang
mengawal manusia, polis. Paling specific lagi kamera litar. Namun
penggunaan kamera litar orang boleh khianat, polis orang boleh rasuah.
Hendak kawal nafsu tidak boleh. Manusia hanya boleh kawal nafsu melalui
dosa dan pahala. Tiada di atas dunia yang boleh mengawal nafsu manusia
kecuali agama. Saya telah lama sebut perkara ini, sekarang Prof Diraja
Ungku Aziz menyebutnya pada debat perdana baru-baru ini. Saya berterima
kasih kepadanya.