Batal Jambatan: Malaysia tunduk kepada Singapura

6 views
Skip to first unread message

DelimaHijau

unread,
Apr 13, 2006, 11:28:51 AM4/13/06
to Delima Hijau
Thu | Apr 13, 06 | 02:12:13 PM
Oleh Dr Hatta Ramli, Bendahari PAS Pusat

Malaysia terpaksa tunduk kepada kemahuan Singapura yang mahu Tambak
Johor dikekalkan apabila kerajaan mengumumkan pembatalan projek membina
Jambatan Indah menyeberangi Selat Tebrau. Kini, segala alasan asal yang
mahu mengembalikan aliran air di selat tersebut, serta merapatkan
hubungan antara dua pelabuhan penting di selatan tanah air tidak
membantu Malaysia medapatkan apa yang ia mahu.

Alasan pembatalan yang dikemukakan oleh Kabinet Malaysia cukup
menggambarkan betapa kecilnya pengaruh Malaysia. Kerajaan dikatakan
prihatin terhadap bangkangan rakyat mengenai penjualan pasir dan
penggunaaan ruang udara negara oleh tentera Singapura. Soalannya,
apakah Malaysia mesti menerima tuntutan Singapura ini jika mahukan
jambatan tersebut dibina? Rakyat mana yang mahu menukarkan jambatan
dengan pasir ini?

Tidakkah Malaysia boleh bertegas demi maruah negara untuk tidak tunduk
kepada tekanan negara lain? Rakyat Malaysia tidak pernah menuntut
pembatalan pembinaan jambatan ini dengan alasan mahu menyelamatkan
ruang udara dan pasir kita. Yang dituntut ialah penerusan pembinaan
jambatan disamping menolak tuntutan Singapura. Mengapa perlu kita
berundur?

Perdana Menteri memberikan penjelasan yang lebih memalukan negara
apabila beliau membangkitkan implikasi undang-undang jika tambak, paip
air dan laluan keretapi diubah. Ini benar-benar membuktikan betapa kita
tidak bersedia, tidak teliti dan tidak mahir tentang undang-undang
antarabangsa yang berkaitan.

Kita khuatir kelemahan ini akan menjadi lebih ketara apabila kita
membuat urusan masa depan. Sebagai contohnya apabila kita menjalin
hubungan melalui FTA dengan Amerika Syarikat yang pasti memerlukan kita
meminda undang-undang kita.

Menteri Luar menyatakan bahawa rakyat Singapura pasti gembira dengan
keputusan ini. Persoalannya ialah, siapakah yang mahu digembirakan,
rakyat Malaysia atau Singapura?. Nampaknya rakyat Malaysia benar-benar
mulia dengan mendahulukan jiran daripada diri sendiri.

Alasan bahawa kerajaan mendengar pandangan rakyat sebelum membuat
keputusan besar cukup dipuji. Namun, kita tidak membaca atau mendengar
adanya pandangan yang mahu kerajaan melutut kepada Singapura. Akhbar
atau TV tidak menyiarkan pandangan selain yang menyokong ketegasan
Malaysia. Jadi pandangan mana yang dipakai oleh kerajaan apabila
memutuskan untuk membatalkan projek hebat ini?

Yang jelas kebelakangan ini ialah banyaknya pandangan orang ramai yang
membantah kenaikan harga bahan bakar. Kenapakah kerajaan tidak mahu
mendengar rintihan ini sekiranya kerajaan benar-benar prihatin kepada
kehendak rakyat? Sikip berpilih-pilih ini amat memalukan.

PAS berpendapat bahawa kerajaan Malaysia sendiri tidak pernah serius
untuk membina jambatan ini. Sejak awal, projek ini dijadikan alat untuk
menarik sokongan rakyat kepadanya melalui semangat patriotisma untuk
menyokong BN, kononnya ini maruah negara.

Rakyat sanggup ditertawakan oleh jiran kita apabila gambaran bentuk
jambatan kelakar yang bengkok ini didedahkan kepada rakyat. Kerajaan
cuba menutup malu dengan menamakannya Jambatan Indah, dan rakyat
Malaysiapun mampu tersenyum semula. Rakyat Malaysia benar-benar telah
diperdaya oleh kerajaan BN.

PAS yakin Malaysia sejak awal tidak mampu untuk menampung kos jambatan
ini. Dakwaan bahawa Malaysia mempunyai kekayaan untuk projek ini adalah
penipuan yang terbukti apabila Kabinet memberi alasan bahawa ia tidak
mahu projek ini menjejaskan perlaksanaan RMK 9. Kalau benar sudah ada
peruntukan, mengapa pula ia harus menjejaskan RMK 9?

PAS mahu kerajaan Malaysia meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana
telah mempermain-mainkan kita. Kini kita ditertawakan. Kita rasa
terhina apabila Menteri Singapura mengatakan mereka tidak mengetahui
pembatalan ini sedangkan perbincangan masih berterusan, yang bermaksud
seolah-olah tidak ada tekanan kepada Malaysia dari sebelah sana. Apakah
benar-benar tiada tekanan? Inilah malapetaka kepada Malaysia dalam
hubungan diplomatik antara dua negara.

Kita mahu tahu berapa banyak wang yang telah dibazirkan oleh
kerja-kerja awal yang perlu dibayar kepada kontraktor projek. Episod
Jambatan Indah ini adalah gambaran sebenar kelemahan pengurusan BN yang
cuba disorokkan selama ini.

Jika Singapura berjaya mempertahankan Tambak Johor, apakah yang
Malaysia dapat dari episod memalukan ini, selain malu?

sulaiman salleh

unread,
Apr 13, 2006, 10:24:06 PM4/13/06
to Delima...@googlegroups.com

A'kum, di sini hati saya teringin mengetahui adakah penulis artikel berkenaan
lulus dalam peperiksaan PMR? Kerana artikel yang ditulis begitu rendah
kualitinya.

Ini adalah pertanyaan peribadi saja tau....

On Thu, 13 Apr 2006 08:28:51 -0700, DelimaHijau wrote

> benar mulia dengan mendahulukan jiran daripada diri sendiri.

> --~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
> You received this message because you are subscribed to the Google
> Groups "Delima Hijau" group. To post to this group, send email to
> Delima...@googlegroups.com To unsubscribe from this group, send
> email to Delima-Hijau...@googlegroups.com For more options,
> visit this group at http://groups.google.com/group/Delima-Hijau -~---
> -------~----~----~----~------~----~------~--~---


--
This email and any attachments are confidential and intended only for
the use of the individual or entity named above and may contain
information that is privileged. If you are not the intended recipient,
you are notified that any dissemination, distribution or copying of this
email is strictly prohibited. If you have received this email in error,
please notify us immediately by return email, delete the original message
and destroy all copies made. Any views expressed are those of the
individual sender, and not necessarily the views of the NSTP Group of
Companies.
Although reasonable precautions have been taken to scan incoming and
outgoing emails and attachments for viruses, NSTP
Group of Companies could not guarantee this communication to be free
of all viruses nor accept any responsibility for any consequences caused
by viruses.

Suriani Kamaludin

unread,
Apr 13, 2006, 6:23:48 PM4/13/06
to Delima...@googlegroups.com
Delima hijau .........banyaknya kutuk kerajaan. Please stop posting any of
your e-mail here in future.......... Banyak lagi e-mail lain yang berfaedah
yang boleh menjana minda sebagai umat Islam.........

Dekan Fakulti Undang-undang

unread,
Apr 16, 2006, 10:21:47 PM4/16/06
to Delima...@googlegroups.com
saya setuju dengan cik suriani... kutuk bererti tak suka... kerajaan kita
melambangkan diri kita sendiri...kalau kita sendiri tak suka kerajaan
sendiri... orang luar nanti yg suka.... dan ambil kesempatan.

sebarkanlah yg berfaedah....

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages