PAS Sabah anjur HUDA 29 April - 1 Mei

4 views
Skip to first unread message

DelimaHijau

unread,
Apr 16, 2006, 4:44:02 PM4/16/06
to Delima Hijau
Sat | Apr 15, 06 | 02:12:08 PM
Oleh Sahar Abdul Majid

KOTA KINABALU, 15 April (Hrkh) - PAS Sabah akan manganjurkan Himpunan
Ulama' dan Pemuda Islam (HUDA) pada 29 April hingga 1 Mei ini di
Tawau.

Himpunan itu dijadualkan akan dirasmikan oleh Ketua Dewan Ulama' PAS
Pusat YB Dato' Ustaz Hj Harun Taib.

Menurut sekretariat program, Mohd Arifin Abdul Hamid, HUDA yang
bertemakan "Membina Golongan Hizbullah' mempertemukan dua satelit
penting PAS bagi menggabungkan tenaga dan fikiran mereka dalam usaha
memperkasakan lagi gerakan dan dakwah Islamiah di bumi Sabah.

Katanya, gabungan mantap kedua-dua sayap kanan PAS itu amat diperlukan
memandangkan senario gerakan Dakwah Islam di negeri ini semakin
mencabar termasuk berhadapan dengan gerakan Kristianisasi yang begitu
hebat ketika ini.

Dalam pada itu juga kata Mohd, kedua-dua Dewan itu turut mengambil
peluang mengadakan Muktamar masing-masing di Madrasah Darul Hidayah
pada hari pertama dan kedua himpunan itu.

Pada malam 30 Aprtil pula, turut diadakan Forum Perdana Isu Semasa
dengan menampilkan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat Dato' Ustaz Hj
Harun Taib, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah Tuan Hjai Hamzah Abdullah
dan Saudara Ghani Zalika daripad Parti Keadilan Rakyat Malaysia
(KeADILan) sebagai ahli panelnya sementara Ustaz Mustaqim Aling Ketua
Penerangan PAS Negeri sebagai pengerusi forum.

Pada hari terakhir program, Ustaz Harun akan membentangkan kertas kerja
dan amanat kepimpinan bertajuk " Rukun Bai'ah dan Tuntutannya".

Sebarang pertanyaan mengenai program itu, bakal peserta boleh
menghubungi pejabat sekretariat penganjur di talian 089-760221 atau
e-mel : arifologi t...@yahoo.com. - mns

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages