Tukang Karut terkenal serta ketua cawangan Umno sertai PAS

2 views
Skip to first unread message

DelimaHijau

unread,
Apr 13, 2006, 11:32:01 AM4/13/06
to Delima Hijau
Thu | Apr 13, 06 | 02:55:49 PM
Oleh Rizal Tahir dan Wajdi Mayusoh

PASIR PUTEH, 13 April (Hrkh) - Ketua Umno Cawangan Lepah, Pasir Puteh,
Md Gel Mat Dali, 47 atau lebih dikenali sebagai Pak Su Agil dan tokoh
dikir barat terkenal, Daud Bukit Abal menyerahkan borang permohonan
untuk menyertai PAS.

Pak Su Agil bersama 21 pengikutnya menyerah borang kepada Bendahari PAS
Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli dengan disaksikan Yang Dipertua PAS Kawasan
Pasir Puteh, Ustaz Muhammad Husain dan ribuan penduduk yang hadir dalam
majlis ceramah di Selising malam semalam.

Umno Kelantan gelisah

Dalam ceramahnya, Dr Hatta berkata, Umno Kelantan kini ternyata begitu
resah sehingga terpaksa menghantar agen-agen bagi mempengaruhi wakil
rakyat PAS dan menguar-uarkan isu pembubaran DUN bagi menimbulkan
suasana panik di kalangan rakyat.

Fenomena yang berlaku sekarang menggambarkan keresahan pemimpin parti
itu bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Tindakan Perdana Menteri yang membiarkan anak dan menantunya
campurtangan dalam pengurusan negara telah menyebabkan kepercayaan
rakyat semakin terhakis," katanya.

Melayu terancam

Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno, Dato' Ibrahim Ali menyifatkan
orang-orang Melayu semakin terancam berikutan tindakan pemimpin Umno
dan Barisan Nasional bertindak rakus bagi kepentingan peribadi mereka.

Beliau mendakwa menantu Perdana Menteri dikatakan memperalat apa saja
untuk mendapatkan keuntungan peribadi melalui penjualan aset-aset
penting dalam negara ini kepada pihak asing.

"Kalau di Thailand rakyat menjatuhkan Thaksin kerana marahkan Perdana
Menteri menjual harta kepada pihak asing walaupun syarikat itu milik
peribadinya sedangkan dalam kes Pantai Holding di Malaysia, syarikat
itu adalah milik kerajaan," katanya.

"Umno juga tidak mampu lagi bergantung kepada populariti Dato' Seri
Abdullah Ahmad Badawi seperti pernah berlaku pada pilihan raya umum
lalu.

"Kalau mereka yakin akan menang dalam pilihan raya akan datang tidak
perlu mereka kacau pentadbiran Kelantan sekarang," katanya pada program
ceramah itu.

Pada pilihan raya umum 2004 Umno berada pada kedudukan paling kuat
apabila rakyat dengan penuh harapan memberi kepercayaan kepada Perdana
Menteri yang baru dilantik ketika itu.

Malangnya kata Dr Mohd Hatta selepas lebih dua tahun memegang jawatan
rakyat ditimpa pelbagai musibah hasil dasar-dasar Abdullah yang
merugikan rakyat dan negara.

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages