SEPULUH WASIAT DARI IMAM AL-SYAHID HASSAN AL-BANNA

1 view
Skip to first unread message

DelimaHijau

unread,
Apr 16, 2006, 4:29:01 PM4/16/06
to Delima Hijau
1.Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta
walaubagaimana keadaan sekalipun.

2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke
majlis-
majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang
masa dalam
perkara yang tiada memberi faedah.

3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa
Arab
yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana
pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung
dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang
itu
tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap
perkara.

7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang
dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan
yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah
menyakiti hati orang.

8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam
pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-
apa yang
memberi kebajikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui
kerana
asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan
berkasih-sayang.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada
pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan
ringkaskanlah perlaksanaannya.

BACALAH -- RENUNGILAH -- KEMUDIAN AMALKANLAH

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages