Pengujung Konsert Jom Heboh 'lepak' dekat Masjid MITC

3 views
Skip to first unread message

DelimaHijau

unread,
Apr 9, 2006, 3:04:14 PM4/9/06
to Delima Hijau
Fri | Apr 07, 06 | 04:24:14 PM
Oleh Omar Saidi

AYER KEROH, 7 April (Hrkh) - Penduduk Taman Tasek Utama di sini kesal
terhadap tindakan sejumlah pasangan muda-mudi yang tidur di dataran
MITC berhampiran sebuah masjid sehingga waktu pagi selepas Konsert Jom
Heboh baru-baru ini.

Seorang penduduk yang enggan namanya disiarkan berkata, beliau
terperanjat kerana ketika ke masjid untuk solat subuh, didapati ramai
muda-mudi bergelimpangan tidur tanpa segan silu di dataran berhampiran
masjid.

Beliau berkata tindakan pemuda pemudi tersebut yang semuanya anak-anak
Melayu, amat dikesali.

Sepatutnya pihak kerajaan yang melaung-laungkan konsep 'Rumahku
Syurgaku' memantau konsert tersebut dengan memastikan semua pengunjung
balik ke rumah masing-masing selepas tengah malam.

Katanya lagi, amat malang apabila pemimpin dan orang Melayu menolak
pandangan Dato' Mufti Kerajaan Negeri Perak bahawa Konsert Sure Heboh
(kini Jom Heboh) adalah haram.

Beliau mendesak kerajaan negeri Melaka supaya tidak lagi memberi ruang
kepada konsert yang dianggap menyalahi peraturan Islam.

Katanya, sebagai rakyat biasa beliau tidak mahu terlibat atau
bersubahat dengan pesta maksiat yang boleh mengundang malapetaka dan
menjadi kemurkaan Allah SWT. - lanh

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages