Salam Tuan Haji Hashim dan Tuan Haji Ridzuan,
Secara peribadi saya rasa berbesar hati dengan hasil usaha tuan2 untuk membawa wadah komunikasi dan maklumat KRMJ ke tahap yang lebih baik. Perubahan demi perubahan yang InsyaAllah memberi lebih kemudahan dan manfaat amat saya alu-alukan, selaku mantan AJK Biro IT & Peraturan KRMJ. Dan saya yakin perubahan yang bermanfaat seperti ini sentiasa dialu-alukan oleh semua.
Saya melihat ada antara ahli KRMJ yang masih samar dengan rasional perubahan ini, yang pada hemat saya adalah disebabkan kurang maklumat. Apa yang saya faham, terdapat perbezaan antara KRMJ FB Group dengan 'frontface myKRMJ' dalam FB. Cuma saya fikir, penerangan demi penerangan diperlukan dari pihak AJK KRMJ sendiri untuk menjelaskan rasional dan manfaat di sebalik perubahan ini. Saya yakin setelah penjelasan yang cukup diberikan, InsyaAllah kesemua ahli KRMJ dapat menerima perubahan ini. Cuma pada telahan saya semua pengguna yang terlibat mungkin nanti perlu membuat sedikit adaptasi penggunaan FB KRMJ dalam tempoh transisi dari ruangan komunikasi lama ke ruangan yang baru.
Untuk itu, saya mencadangkan supaya sesi penerangan berkenaan dengan perubahan dibuat dengan menekankan:
1. Apa yang berubah (sebelum dan selepas) (what have changed?) - mungkin Clarification.ppsx boleh diperincikan sedikit
2. Manfaat perubahan ini kepada ahli KRMJ (what benefit from the change?)
3. Tempoh transisi perubahan (how long the transition period will be?)
4. Bentuk adaptasi penggunaan yang akan dialami oleh ahli KRMJ terhadap perubahan ini (how the users can adapt with the change?)
Saya sama sekali tidak menyokong pengunduran usaha penaiktarafan wadah komunikasi KRMJ yang baik dan hebat ini. Bagi saya, hasil yang hebat selalunya datang dari usaha dan jiwa yang hebat.
Untuk makluman tuan-tuan haji juga, saya sudah menaiktarafkan status Tuan Haji Hashim Jaya sebagai 'Owner' kepada KRMJ Google Group ini, disamping Sdr Razlan Roslee. Bagi KRMJ FB Group pula, setakat ini terdapat 5 Admin, iaitu saya sendiri, Haji Haswadi, Sdr Nik Afiq, Sdr Razlan Roslee dan Sdr Syafiq. Tuan Haji Hashim Jaya juga sudah diundang untuk menyertai FB Group ini melalui email. Diharap perkara ini dapat melancarkan lagi pengurusan komunikasi di antara ahli KRMJ.
Akhirkata, saya ingin memohon maaf bagi pihak ahli2 KRMJ yang kurang selesa dengan perubahan ini, yang saya kira hanya atas dasar sedikit salah faham dan kurang maklumat. Juga mohon maaf jika penulisan saya agak meleret dan mungkin memakan sedikit masa tuan-tuan semua yang membaca.
Salam Ramadhan
Muhammad Kamil Nasaruddin