Assalamu'alaikum wbt.
Di sini saya ingin membuat satu
pengumuman. Saya telah diwakilkan oleh Imam merangkap Pengerusi Surau
An-Nur di kampung saya, Pulau Pinang untuk melancarkan Tabung Wakaf
Pembinaan Semula Surau An-Nur, di Jubail & kawasan-kawasan
berdekatan.
Untuk makluman, Surau An-Nur ini telah uzur dan telah disahkan tidak selamat untuk digunakan lagi. Hingga sekarang pihak AJK Surau masih belum mendapat apa-apa peruntukan pembinaan semula walaupun telah bertahun memohon. Dan baru-baru ini surau tersebut terpaksa dirobohkan di atas sebab-sebab keselamatan. Buat masa sekarang, para jemaah menggunakan khemah hasil sumbangan ahli jemaah untuk melakukan solat berjemaah.
Dengan itu Pengerusi dan AJK Surau An-Nur telah bersepakatan melancarkan Tabung Wakaf untuk pembinaan semula surau tersebut. Dan saya diwakilkan untuk menggerakkan Tabung Wakaf ini di Arab Saudi.
Kepada Dato2, Haji2, Hajjah2, Tuan2, Puan2, Abang2, Kakak2, adik2 dan sahabat2 sekelian yang berhajat untuk menginfak kepada Tabung Wakaf Surau An-Nur ini, bolehlah menyerahkan sumbangan anda kepada wakil-wakil syarikat seperti di bawah:
SATORP : Sharol Nizam Kasim (0542020491) / Riyad Bank (3-5402-1059-9940) atau (IBAN SA50-2000-0003-5402-1059-9940)
SABIC : Haji Sazli Kamaruzzaman (0547776168)
SAUDI KAYAN : Azlan Chen (0558076566)
SADARA MFC : Roseli Ali atau Pok Li (0561963947)
Muslimah : Zaimah Tun Zakiah Ab Ghani (0569890455 atau WhatsApp 0506604920)
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan Tabung Wakaf ini,
bolehlah menghubungi saya di talian di atas atau email kepada
sharolni...@gmail.com.
Untuk makluman, saya mempunyai
salinan dokumen-dokumen berkaitan Tabung Wakaf ini untuk rujukan (jika
perlu) dan juga resit-resit Wakaf (jika perlu).
Dan jika ada yang
ingin menawarkan diri menjadi wakil kutipan di syarikat-syarikat yang
tidak disenaraikan di atas, bolehlah juga berbuat sedemikian.
Akhir kata, saya mewakili Imam/Pengerusi Surau An-Nur mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan semua. Semoga Allah membalas jasa baik wakil-wakil kutipan, Dato2, Haji2, Hajjah2, Tuan2, Puan2, Abang2, Kakak2, adik2 dan sahabat2 sekelian.
Wassalam,
Sharol