| From: Sanusi Sent: Thursday, 27 February 2014 22:09 To: MCOBA-M...@yahoogroups.com; MCOB...@yahoogroups.com; mco...@googlegroups.com; mcoba...@googlegroups.com; kpdse...@rmp.gov.my Reply To: mcoba...@googlegroups.com Subject: [MCOBA Mail] Tindakan SEGERA: Gores dan Menang bentuk baru |
| بسم
الله الرحمن الرحيم
السلام عليکم ورحمة
الله وبرکاته Pada 12hb Feb 2014
saya dan isteri sedang menolak trolley
menuju ke kereta di TESCO Seremban Jaya.
Kami dihampiri oleh 2 orang India yang
terus menghulurkan sekeping envelop. Kami
terus mencampakkan envelop kedalam trolley
tanpa membukanya kerana kami tahu ini
semua mungkin suatu penipuan. Setelah
mengosongkan isi trolley kedalam kereta,
India itu datang semula sambil bertanya
kepada isteri saya," kakak dapat apa dalam
envelop tadi?". Hendak, tak hendak, isteri
membuka envelop itu. India itu terus
gembira sambil berkata," kakak menang
hadiah minyak petronas percuma bernilai
RM500.00. Kakak dapat 10 keping voucher
RM50 dan boleh tunaikan voucher dimana
mana stesen minyak petronas. Kakak tak
perlu beli apa apa barang, cuma pergi
ambil voucher di pejabat kami di pusat
bandar senawang". Dia ikut kami terus ke
pejabatnya. Kemudiannya kami dapat tahu
India itu menggunakan modus operandi yang
sama untuk memperdayakan semua mangsa. Disini pelbagai
lakonan dimainkan olih semua kakitangan
yang terdiri dari semua orang India
(lelaki dan perempuan) , 1 orang pondan
Cina, dan seorang lelaki Cina (bosnya)
kononnya kami sangat bertuah akan dapat
ganjaran wang yang paling lumayan. Kami
diminta membawa RM100,000.00 besoknya
kerana kami akan dapat RM200,000.00 kalau
nanti kupon ditangan kami di scan dan
dilihat kosong. Sedang kami bangun hendak
pulang, kami diminta meninggalkan
RM5,000.00 untuk mempastikan kami datang
semula besok dengan RM100,000.00. Kami
enggan bayar. Dengan cepat pondan Cina itu
berkata, " abang takut kena tipu kan? Kami
bagi abang barang bernilai lebih 6 ribu
rgt. sebagai cagaran sekarang. Besok abang
datang bawak RM100,000.00 dengan barang
barang itu sekali. Kami akan pulangkan
balik duit abang RM5,000.00 itu. Saya
tanya," kalau kamu taknak pulangkan, macam
mana?". Jawabnya, "saya bagi
resit RM5,000.00 dan saya akan tulis ayat
tersebut." Saya pun serahkan
RM5,000.00 tunai dan dia tulis atas resit
tersebut "RM5,000.00 akan dikembalikan
bila barang barang ini dikembalikan pada
13/2/2014". Sampai dirumah kami
berdua berbincang. Saya kata,"macam mana
kalau ini satu kes penipuan? sebab mudah
sangat nak dapat RM200,000.00!". Untuk
kepastian, malam itu kami pergi berjumpa
sarjan bertugas di balai polis senawang
untuk mendapatkan pendapat. Sarjan itu
mengatakan ini sebenarnya kes penipuan.
JANGAN bawa RM100,000.00 itu. Besoknya kami
disertai sarjan itu dan seorang koporal
(semua berpakaian preman), pergi kepejabat
itu membawa barang barang berkenaan. Saya
minta dipulangkan RM5,000.00. Bosnya
enggan membayar balik RM5,000 itu.
Katanya,"kalau setaf saya yang tulis dalam
resit macam itu, mintak duit itu pada dia,
company tak akan bayar balik". Kami pun pergi buat
aduan ke KDN Seremban. Sampai dikaunter,
isteri saya berkata," puan, saya nak buat
aduan penipuan..". Belum sempat ayatnya
habis, petugas dikaunter teruskan ayat
isteri saya,"berkenaan syarikat Mega
Leader Enterprise!".
"Memang banyak kes
aduan terhadap Mega Leader Enterprise kami
terima tiap hari", jawabnya. Dikaunter
sebelah seorang lelaki India dengan amat
marah berkata pada saya," Itu David (India
yang kami jumpa di TESCO Seremban Jaya)
BAAABI la. Saya pun kena" (RM15,000.00). Hari ini (khamis,
27hb feb 2014), kami hadhir di proceeding
Tribunal Aduan Pengguna KDN Seremban.
Presiden Tribunal ialah seorang lelaki
India. Sungguh ramai pengadu terhadap penipuan Mega Leader
Enterprise pada proceeding hari ini.
Wakil syarikat tidak hadhir walaupun pada
hari hari sebelumnya. Presiden hari ini
amat prihatin nasib semua mangsa yang
ditipu dan mengeluarkan perintah supaya
semua wang yang diambil syarikat
dikembalikan tertakluk had maksima
RM25,000 (had kuasa Tribunal). Ada mangsa
yang juga hadhir pada proceeding hari
sebelumnya, berkata presidennya ialah
seorang perempuan Melayu. Dia mengatakan
bahawa Presiden Melayu itu sungguh teruk.
Sudahlah ada yang hilang RM100,000.00
(seorang jurutera) mangsa mangsa dimarah
dan dibodohkan kerana senang ditipu. Saya
harap tidak ada pihak atasan badan
berkuasa yang terlibat dalam sindikit
penipuan ini. Seorang lagi mangsa,
lelaki Melayu (sudah pencen) berkata
kegiatan ini sudah bermula dari kira kira
Julai tahun lepas tapi masih aktif
kegiatannya. Maklumat yang diterima
walaupun Tribunal sudah mengeluarkan
perintah pulangkan semua wang yang ditipu,
namun belum ada yang berjaya dapatkan
semula wang mereka. Saya percaya ramai
lagi mangsa yang tidak melaporkan kepada
KDN kerana saya masih nampak mereka
(penipu penipu) bergiat cergas di dataran
Senawang, TESCO, ECONSAVE dan tempat
tempat lain di Seremban ini. Akhirkata saya
mushkil: b. Kenapa pihak KDN
tidak mengambil tindakan seterusnya
apabila syarikat penipu itu engkar
perentah Tribunal. Saya mohon kisah ini disebarkan oleh pembaca seluasluasnya melalui semua media (cetak dan cyber) agar kegiatan penipu/perompak ini dapat dibenteras dan menyelamatkan mangsa mangsa lain. Ada mangsa bercerita telah mengeluarkan simpanan tabung haji, ASB dan sebagainya. Kini lebur begitu sahaja. Rata rata yang saya temui mangsa sasaran mereka ialah golongan Melayu dan yang sudah berumur/pencen. سنوسي بن باجوري |
|
Sanusi |