Baitulmal MAIWP teruskan tanggungjawab

17 views
Skip to first unread message

rosmerah

unread,
Oct 30, 2007, 6:20:31 PM10/30/07
to sinar...@googlegroups.com
Baitulmal MAIWP teruskan tanggungjawab

Oleh W. RAHIMAH DRAMAN
MUSTAFA Abdul Rahman (duduk tiga dari kiri) bergambar bersama para penerima
sumbangan bantuan dari Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
(MAIWP)
di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
--------------------------------------------------------------------------------

PERANAN dan tanggungjawab Baitulmal melalui hasil pungutan zakat untuk
menyeimbangkan taraf kehidupan ummah antara yang kaya dengan miskin kini
cukup besar.

Ini kerana takrifan tahap kemiskinan adalah berbeza-beza mengikut taraf
hidup perkapita individu sesuatu lokasi dan tanggungan hidup sesebuah
keluarga.

Golongan miskin dan insan fakir adalah antara lapan asnaf penerima hasil
zakat dan kutipan baitulmal yang ditetapkan Islam.

Malah masalah anak-anak terbiar, miskin dan yatim yang terdampar di
pusat-pusat penjagaan juga turut menjadi tugas Baitulmal untuk menghulurkan
bantuan.

Ini dijelaskan melalui maksud firman Allah s.w.t. ..Dan berikanlah kepada
keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang
dalam
perjalanan dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros.
(Al-Israa': 17)

Dalam masa yang sama, Baitulmal melalui hasil pungutan zakat dan sedekah
turut bertanggungjawab membantu ummah yang susah, berusaha sehingga akhirnya
mereka
mampu membayar zakat.

Dan itulah yang menjadi sasaran kebanyakan pusat-pusat baitulmal dan
pungutan zakat seluruh negara kini selaras dengan matlamat dan konsep agihan
zakat
dalam Islam itu sendiri.

Baru-baru ini, Baitulmal Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (BWPKL) meneruskan
tanggungjawab hakiki mereka itu dengan menjadikan empat kategori penerima
sebagai
sasarannya.

Keempat-empat kategori penerima sumbangan dari Baitulmal Majlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan (MAIWP) itu terdiri dari badan pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) dan masjid, sekolah, usahawan dan individu.

Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (Pernim),
Pertubuhan Tindakan Wanita Islam Malaysia (Pertiwi) dan Kongres India Muslim
Malaysia
(Kimma) adalah antara penerima sumbangan tersebut.

Pernim yang kini melindungi hampir 30 orang penghuni terdiri daripada enam
peserta positif HIV/Aids, 17 orang bayi dan 13 orang anak yatim menjadi
penerima
terbanyak iaitu sejumlah RM80,000.

Sementara Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Masjid Az-Zubair Ibnu Awwam,
Cheras serta Masjid Al-Akram, Datuk Keramat dan Surau Jamal Al-Surur
Kondiminium
Bandar Seri Petaling pula tersenarai sebagai penerima peringkat masjid.

Masing-masing menerima antara RM16,840 hingga RM46,408 bagi menampung kos
penyediaan alat pembelajaran kelas KAFA dan pembelian karpet serta peralatan
kemudahan
masjid dan surau.

Sekolah Kebangsaan Sentul Utama di Jalan Ipoh Kuala Lumpur pula menjadi
penerima tunggal kategori sekolah dengan menerima sumbangan bernilai
RM40,770 bagi
menampung kos menaik taraf surau dan bilik kegiatan agama sekolah berkenaan.

Baitulmal MAIWP juga turut menyampaikan bantuan perniagaan kepada tiga
peserta bagi menambah baik dan melancarkan lagi usaha mereka bernilai antara
RM10,000
hingga RM18,000 setiap seorang.

Pengerusi Baitulmal dan Pusat Pungutan Zakat MAIWP, Datuk Mustafa Abdul
Rahman yang menyampaikan agihan bantuan tersebut berharap melalui sumbangan
itu,
mereka yang terlibat dapat meningkatkan kegigihan dalam melaksanakan amanah
dan tanggungjawab masing-masing.

"Bagi penerima bantuan perniagaan, berusahalah sehingga anda mampu untuk
membayar zakat untuk dikongsi pula bersama yang lain.

"Kepada penerima bantuan bulanan, sumbangan ini diharap dapat meringankan
beban mereka di samping terus berusaha memperbaiki taraf hidup
masing-masing,"
katanya.

Harus diingat juga, setiap penerima zakat dan baitulmal juga mempunyai
tanggungjawab dan amanah untuk dilaksanakan.

Dalam hubungan ini Imam Al-Ghazali menggariskan empat tugas penerima zakat
dan (Baitulmal):

* Wajib menggunakannya untuk melaksanakan ketaatan pada Allah s.w.t. dan
sekiranya harta (zakat) itu digunakan untuk kemaksiatan maka kafirlah ia
(berhak
mendapat kemurkaan Allah s.w.t.).

* Hendaklah mensyukuri atas kenikmatan (zakat) yang diterima dan menganggap
besarnya kenikmatan itu.

* Hendaklah meneliti harta yang diterima (zakat) dan bersikap warak pada
harta itu.

* Jangan sekali-kali mengambil (zakat) melainkan jumlah yang diperlukan
serta benar-benar berhak ke atasnya.

Malah Rasulullah s.a.w. bersabda; "Barang siapa tidak suka berterima kasih
kepada manusia, maka ia tidak berterima kasih kepada Allah." (HR Tirmidzi,
Ibnu
Hiban dan AbuDawud).

Penerima bantuan Baitulmal MAIWP

* lNGO dan MASJID:

* Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman (Pernim) Malaysia.
(RM80,000)

* Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) Masjid Az-Zubair Ibnu Awwam, Cheras.
(46,408)

* Pertubuhan Tindakan Wanita Islam Malaysia (Pertiwi). (RM25,000)

* Kongres Indian Muslim Malaysia (Kimma). (RM20,000)

* Masjid Al-Akram Kampung Datuk Keramat. (RM30,800)

* Surai Jamal Al-Surur Bandar Baru Seri Petaling. (RM16,840)

SEKOLAH:

* Sek. Keb. Sentul Utama, Jln Ipoh. (RM40,770).

* PERNIAGAAN (individu):

* Saedah Abdul Rahim (RM18,000)

* Nazlan Aman (RM15,000)

* Mohd Ashraf Endut (RM10,000)

BULANAN (individu):

* 19 orang penerima (RM350 dan RM400 sebulan).

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages