Heart attacks and drinking warm water

202 views
Skip to first unread message

Rupiasih Nyoman

unread,
Jul 13, 2007, 8:55:56 AM7/13/07
to kese...@googlegroups.com
Subject: Heart attacks and drinking warm water


 
9c795f.gif  

This is a very good article. Not only about the warm water after your meal, but about
heart attacks. The Chinese and Japanese drink hot tea with their meals, not cold water, maybe it is time we adopt their drinking habit while eating.
For those who like to drink cold water, this article is applicable to you. It is nice to have a cup of cold drink after a meal. However, the cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed. It will slow down the digestion. Once this "sludge" reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the intestine faster than the solid food. It will line the intestine . Very soon, this will turn into fats and lead to cancer . It is best to drink hot soup or warm water after a meal.
A serious note about heart attacks - You should know that not every heart attack symptom is going to be the left arm hurting. Be aware of intense pain in the jaw line.
You may never have the first chest pain during the course of a heart attack. Nausea and intense sweating are also common symptoms. 60% of people who have a heart attack while they are asleep do not wake up. Pain in the jaw can wake you from a sound sleep. Let's be careful and be aware. The more we know, the better chance we could survive.
A cardiologist says if everyone who reads this message sends it to 10 people, you can be sure that we'll save at least one life.

Salam,
    Rupiasih

david

unread,
Jul 16, 2007, 9:37:27 AM7/16/07
to kese...@googlegroups.com
mohon petunjuk mengenai tanda gejala penyakit ginjal
terima kasih
dan pencegahannya

Arifinto

unread,
Jul 23, 2007, 3:43:48 AM7/23/07
to kese...@googlegroups.com
MENGENAL GINJAL DAN PENYAKIT-PENYAKIT GINJAL

Apa dia Ginjal ?

Ianya adalah sepasang organ kembar terletak sebelah
menyebelah menyebelah tulagn belakang bawah sedikit
kepada rangka tulnag rusuk. Ianya menjalankan fungsi
terpenting seperti berikut :-

1) membersihkan bahan dan cecair
berlebihan dari dalan darah

2) menapis darah, menyimpan
setengah-setengah kompaun dan membuangkan yang lain

3) menolong memperbetulkan tekanan darah,
menentukan bilangan sel darah dan kesihatan tulang-tulang

Apakah yang akan terjadi apabila Ginjal musnah ?

Badan tidak berupaya menolak keluar air secukupnya, garam
dan lain-lain bahan. Jumlah air di dalam badan bertambah
dan tisu-tisu membengkak (OEDEMA). Persebatian cecair
dalam badan berubah dengan pesat sehingga menjadikan ia
begitu abnormal dan kematian akan berlaku kecuali jika
pengubatan secara ‘dialisis dijalankan’

Apakah penyakit-penyakit ginjal ?

Penyakit ginjal tidak hanya satu jenis. Bahkan terdapat
berbagai-bagai penyakit yang berbeza mengikut kompenan
ginjal yang terlibat. Penyakit ginjal termasuk :-

1. infeksi saluran kencing
2. saluran kencing tersenkat, misalnya batu dalan
ginjal, cysts dan lain-lain
3. tekanan darah tinggi (hypertension)
4. Glomerulonephritis
5. Nephrosis
6. Lain-lain, misalnya kencing manis, kerosakan akibat
kimia toksik tertentu seperti dadah dan lain-lain.

Tanda- tanda amaran penyakit ginjal

1. kepedihan atau kesulitan semasa buang air kencing
2. kerap membuang air kencing terutama pada waktu
malam
3. mengeluarkan kencing berdarah
4. bengkak sekeliling mata, bengkak tangan dan kaki
terutama di kalangan kanak-kanak
5. kesakitan sebahagian belakang, sedikit ke bawah
dari tulang rusuk (tidak disebabkan oleh gerakan)
6. tekanan darah tinggi.

Jika terdapat tanda-tanda ini minta nasihat doktor anda.
Setengah penyakit ginjal menyerang tanpa apa-apa tanda,
oleh itu pastikan kencing anda diperiksa tiap-tiap tahun.

MENGENAI BATU KARANG (BUAH PINGGANG) DALAM GINJAL

Apa dia Batu karang dalam Ginjal?

Batu yang terdapat dalam ginjal atau lebih dikenali dengan
"Buah Pinggang" terjadi dari tumbuhan kristal halus dari
beberapa jenis kimia. Kimia yang paling lumrah adalah
kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali
ialah asid uric, cystine dan magnesiam pospat ammonia.

Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan
boleh jadi sebesar bola golf. Kebanyakkan batu tumbuh
membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam
saluran kencing dimana ianya menjadi bertambah besar.

Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu
besar yang mengakibatkan ganguan kepada perjalanan aliran
air kencing. Ini boleh membawa kepada penyakit dimana
kuman-kuman akan merebak. Gangguan dan/ atau perebakan
kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika tidak
diubati segera.

Adakah batu dalam ginjal penyakit biasa ?

Kejadian batu dalam ginjal ini adalah masalah biasa dalam
saluran kencing. Adalah dianggarkan bahawa satu hingga
lima peratus dari jumlah penduduk akan mengalami kejadian
batu dalam ginjal ini pada sesuatu ketika dalam hidupnya.

Sesetengah orang mengalami kejadian batu karang hanya
sekali, kemudian pulih dan tidak berulang lagi. Dalam
kebanyakkan kes batu dalam ginjal adalah penyakit
berpanjangan seumur hidup. Biasanya orang lelaki
pertengahan umur lebih ramai yang mengidap penyakit ini
dari kaum wanita.

Ada diantara penyakit batu karang ini disebabkan oleh
zuriat keturunan. Jika terdapat sejarah kejadian penyakit
ini di kalangan anda, mintalah nasihat daripada doktor
anda.

Apakah tanda-tandanya ?

Batu dalam ginjal jarang-jarang menimbulkan masalah ketika
ianya mula terjadi. Tetapi apabila batu-batu itu beralih
atau bergerak di dalam ginjal atau di dalam saluran
kencing, kesakitan yang amat sangat \akan dirasai dan
pendarahan biasanya berlaku sehinggalah sesudah batu itu
keluar.

Dalam sesetengah kes, batu itu tersekat menyebabkan
kesakitan dan membahayakan apabila kuman itu merebak. Bila
ini berlaku, tanda-tanda seperti berikut akan dirasai
iaitu pedih ketika buang air kecil, rasa loya dan air
kencing berbau busuk. Ini memerlukan rawatan perubatan
yang segera.

Bagaimana batu dalam ginjal itu diubati ?

Pengubatan penyakit ini berbeza mengikut keadaan seseuatu
kes itu. Jika batu-batu ini dapat keluar dengan spontan
maka pengubatannya ialah dengan mengelakkannya dari
berlaku lagi. Dalam hal ini pesakit akan disuruh minum air
dengan banyak, sebanyak 3 liter sehari. Cara ini akan
dapat membersihkan ginjal. Makanan pesakit juga akan
diubahsuai bagi mengurangkan bahan kimia yang terdapat
dalam badan pesakit. Apabila batu itu keluar, pesakit
hendaklah menyimpannya untuk dibuat kajian. Kajian ini
perlu untuk para doktor bagi menentukan sebab musabab
terjadinya batu tersebut dan boleh pula membantu dalam
rancangan pengubatan bagi mengelakkan berulang lagi
penyakit ini.

Pengubatan telah berjaya didapati untuk menghancurkan batu
asid uric dan systine. Dalam kes-kes yang lebih serius,
apabila batu itu terlalu besar untuk keluar sendiri dan
memudaratkan pesakit, suatu pembedahan adalah perlu.

Adalah penting diigati bahawa penyakit ginjal ini
memerlukan pengubatan sepanjang hayat. Jika ianya tersekat
dan perebakan kuman berlaku, maka ginjal atau buah
pinggang tidak akan berfungsi lagi.

KENCING BERCAMPUR DENGAN DARAH

Kencing Berdarah

Samaada sakit atau tidak

Samaada kencing berdarah itu pekat atau tidak

Samaada kencing berdarah itu berlaku sekejap-sekejap atau
berterusan semasa kencing

Samaada kencing berdarah itu mempunyai darah beku atau
tidak

Samaada kencing berdarah itu berlaku pertama kalinya
ataupun sudah beberapa kali. Adalah penting perkara ini
disiasat.

Jangan biarkan ianya berulang, barulah hendak berjumpa
doktor

Apakah perkara ini serius ?

Ya, ada kemungkinan telah berlaku kerosakan serius didalam
buah pinggang atau pundi-pundi kencing dan amatlah
mustahak ujian-ujian dan pemeriksaan dilakukan secepat
mungkin. Disebaliknya pula, ia mungkin satu jenis
jangkitan yang hanya perlu dirawat dengan antibiotik
sahaja.

Apakah yang doktor anda akan lakukan ?

Mula-mula ia akan bertanya anda samaada terdapat
gejala-gejala seperti sakit atau susah semasa kencing.
Selepas itu ia akan melakukan satu pemeriksaan fizikal
yang sempurna. Satu contoh air kencing akan diperiksa dan
ujian lanjut perlu diadakan berdasarkan
perubahan-perubahan yang terdapat pada contoh air kencing
itu.

Apa yang berlaku selepas ini ?

Sekiranya doktor anda berpendapat bahawa ujian-ujian
tambahan perlu diadakan maka salah satu daripadanya adalah
mengambil Xray buah pinggang dan pundi-pundi kencing anda.
Ujian ini dikenali sebagai Intravenous Pyelogram atau
Urogram (IVP atau IVU). Sekiranya ia mengesyaki yang
pendarahan berlaku dalam pundi-pundi kencing anda satu
pemeriksaan Cystoscopy perlu diadakan. Ini dilakukan
dengan menggunakan satu alat khas untuk melihat ke dalam
pundi-pundi kencing, biasanya pesakit akan dibius
menggunakan gas. Sekiranya doktor anda mengesyaki ada
pendarahan berlaku dalam unit-unit penapisan microscopic
buah pinggang, sedikit ‘tisu’ buah pinggang adalah perlu
diambil dengan menggunakan jarum khas (kidney Biopsy)
untuk menentukan diagnosa keadaan ini.

Sila ambil Perhatian:

Sekiranya anda mengalami kencing berdarah, dapatkanlah
nasihat doktor secepat mungkin dan ikutilah segala
nasihat-nasihatnya.

INFEKSI SALURAN KENCING

Infeksi saluran kencing

Ini adalah satu masalah yang paling kerap dirawat oleh
para doktor. Infeksi saluran kencing boleh digelar
‘infeksi’ pundi-pundi (cystitis”)jika bacteria terdapat di
pundi-pundi atau infeksi ginjal (pyelonephritis) jika
bacteria terdapat di ginjal (buah pinggang)

Tanda-tanda amaran penyakit infeksi saluran kencing

Kanak-kanak yang kencing di masa dalam tidur

Buang air kencing dengan kerap

Sakit dan rasa pedih ketika buang air kencing

Demam dan rasa seram sejuk

Sakit atau lenguh di belakang dibawah tulang rusuk

Apabila ragu-ragu minta nasihat doktor

Fakta-fakta berkaitan dengan infeksi saluran kencing

Kanak-kanak perempuan lebih kerap mendapat infeksi saluran
kencing- lebih kurang 80 kali ganda- dari kanak-kanak
lelaki

Kemungkinan seorang kanak-kanak lelaki yang mengidap
infeksi saluran kencing mempunyai saluran kencing yang
luar biasa (abnormal) adalah besar. Setengah dari
kanak-kanak perempuan yang mengidap infeksi saluran air
kencing juga mempunyai saluran kencing yang luar biasa
(abnormal)

Kanak-kanak yang menunjukkan tanda-tanda infeksi saluran
kencing mesti dibawa ke doktor untuk pemeriksaan
selanjutnya. Kebanyakkan kerosakan ginjal akibat infeksi
di masa kanak-kanak. Infeksi saluran kencing adalah salah
satu sebab penting mengakibatkan kerosakan tetap ginjal
bagi kanak-kanak. Walaubagaimanapun, infeksi saluran
kencing bagi pesakit yang mempunyai saluran kencing yang
biasa jarang sekali membawa kerosakan ginjal.

Pengubatan infeksi saluran kencing

Ubat antibiotik selalunya diberi dengan berkesan.
Ubat-ubat juga diberi untuk mengurangkan sakit dan kerap
kencing. Kepada kebiasaannya doktor akan memeriksa anda
sekali lagi untuk menentukan yang infeksi telah dirawat
dengan sempurna. Pemeriksaan selanjutnya mungkin
dikehendaki terutama bagi kanak-kanak dan apabila saluran
kencing disyaki tidak normal.

TEKANAN DARAH TINGGI DAN (BUAH PINGGANG) GINJAL ANDA

Tekanan darah tinggi dan ginjal anda

Tekanan darah tinggi atau ‘Hypertension’ menyerang 10-20%
penduduk. Sesiapa pun boleh mendapat tekanan darah tinggi
akan tetapi fakta risiko yang tinggi ialah berat badan
berlebihan, keturunan, merokok, ketegangan hidup (stress)
dan juga umur melebihi 50 tahun. Tekanan darah tinggi dan
ginjal juga mempunyai hubungan yang arkab kerana tekanan
darah tinggi boleh menyebabkan masalah ginjal dan masalah
ginjal boleh menyebabkan tekanan darah tinggi

Banyak penyakit-penyakit lain misalnya kencing manis juga
menyebabkan tekanan darah tinggi. Bagaimanapun, dalam 90%
kes, tidak ada sebab dikenal pasti dan orang-orang ini
dikira mempunyai tekanan darah tinggi tanpa sebab (
"primary" atau "Essential" Hypertension ).

Apakah tanda-tanda tekanan darah tinggi ?

Tekanan darah tinggi ialah penyakit tersembunyi. Biasanya
tidak terdapat tanda-tanda. Jarang-jarang, setengah dari
mereka yang mengidapnya merungut mengenai sakit kepala,
hidung berdarah atau sesak nafas. Hanya satu cara untuk
ada mengetahui samada tekanan darah anda melebihi ialah
dengan mendapatkan doktor memeriksa tekanan darah anda

Kenapakan takanan darah tinggi begitu bahaya ?

Jika tekanan darah tinggi dibiarkan tanpa dikawal, ianya
boleh merosakkan organ-organ penting seperti jantung, otak
dan ginjal. Ia menyerang jantung dengan menyebabkan sakit
jantung dan lemah jantung. Tekanan darah tinggi adalah
sebab utama membawa kepada penyakit lumpuh sebelah badan
atau ‘stroke’.

Syarikat-syarikat insuran telah membuat penyelidikan
mengenai hubungan tekanan darah tinggi dan jangka usia.
Penyelidikan mereka menunjukkan bahawa tekanan darah
tinggi juga boleh memendekkan umur anda beberapa tahun.

Apakah kesan yang diberikan oleh ‘Hypertension’ terhadap
ginjal ?

Tekanan darah tinggi di dalam saluran darah dalam ginjal
menyebabkan ianya mengental dan keras. Ini mengurangkan
bekalan darah kepada ginjal, mengakibatkan kekurangan
kecekapannya. Ini akan membawa kepada keadaan dimana garam
dan cecair berlebihan di dalam badan. Cecair berlebihan
ini menjadikan satu beban kepada jantung.

Jika tekanan darah tinggi tidak dikawal dengan pengubatan,
kerosakan dan akhirnya kemusnahan ginjal akan berlaku

Apakah yang dapat saya buat mengenai tekanan darah tinggi
?

Mula-mula, minta doktor memeriksa tekanan darah anda.
Sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi, doktor anda
akan memberikan jenis ubat yang sewajarnya. Kadang-kadang
beberapa jenis ubat diperlukan bagi mengawal tekanan darah
anda. Adalah sangat penting bagi anda memakan ubat
sepertimana yang disuruh. Dalam banyak kes anda
dikehendaki memakan ubat sepanjang hayat.

Apakah doktor akan menyuruh saya membuat yang lain-lain
lagi ?

Mungkin anda terpaksa menerima perubahan di dalam cara
hidup anda. Doktor mungkin mencadangkan supaya anda
mengurangkan berat badan, kurangkan memakan garam,
kurangkan ketegangan, berhenti merokok dan bersenam
selalu.

Anda dan doktor anda perlu bekerjasama untuk mengawal
tekanan darah anda ?

Ingat : kebanyakan jenis tekanan darah tinggi boleh
diubati dengan jayanya. Pengesahan awal dan patuh kepada
pengubatan jangka panjang adalah kunci kepada hidup sihat
dan panjang umur dengan mengelakkan kemusnahan ginjal,
lemah jantung dan ‘stroke’.

ENAM TANDA-TANDA AWAL SAKIT BUAH PINGGANG

1. sakit atau susah bila kencing
2. kencing lebih kerap terutama di sebelah malam
3. kencing yang bercampur dengan darah
4. bengkak disekeliling kedua-dua mata, tangan dan
kaki terutama bila berlaku pada kanak-kanak
5. sakit disebelah buah pinggang (tiada kaitan dengan
buah pinggang)
6. tekanan darah tinggi

Yayasan Kebangsaan Buah Pinggang Malaysia

Ginjal 1.jpg
Ginjal 2.jpg
Ginjal 3.jpg
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages