ramliseremban

41 views
Skip to first unread message

Ramli Johor

unread,
Feb 15, 2013, 9:35:06 AM2/15/13
to google-earth-...@googlegroups.com
AKU BANGGA NEGERI SEMBILAN
....DAERAH KELUARGA BESAR ORANGTUAKU..

Bendera Negeri Sembilan

Negeri Sembilan Darul Khusus adalah sebuah negeri yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan (lihat peta):
Masyarakat Negeri Sembilan merupakan perantau asal Minangkabau,Sumatera BaratIndonesia yang telah tiba sejak abad ke-14. Kedudukan Negeri Sembilan dalam persekutuan Malaysia yang terdiri daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) adalah seperti berikut:
  • Keluasan: kelima terkecil di Malaysia (tangga ke-10), serta di Semenanjung (tangga ke-8)
  • Penduduk: ketiga terkecil (tangga ke-12) di Malaysia, serta di Semenanjung (tangga ke-10)
  • Kepadatan penduduk: ke-8 terbesar di Malaysia, serta di Semenanjung.
Ibu negerinya Seremban. Bandar Di-Raja ialah Seri Menanti di dalam daerah Kuala Pilah. Bandar-bandar lain yang utama ialah Port Dickson,Rembau,Tampin,Jelebu dan Jempol (http://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri_Sembilan)

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan


Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan adalah raja berperlembagaan di Negeri Sembilansejak 1957. Sebelum itu, Yang di-Pertuan Besar adalah raja yang memerintah semua tanah jajahan adat di Negeri Sembilan.
Permulaan perlantikan Yang di-Pertuan Besar ini berlaku pada abad ke-17 Masehi. Sebelum itu Negeri Sembilan adalah dibawah takluk kesultanan Melayu Johor. Pada separuh pertama abad ke-17 itu, Kerajaan Melayu Johor sentiasa diancam oleh orang-orang Acheh di bawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1607-1636). Ini menjadikan Kerajaan Melayu Johor tidak berupaya untuk melindungi Negeri Sembilan.
Pada masa yang sama orang-orang Bugis yang dikepalai oleh Daeng Kemboja telah memasuki Negeri Sembilan membuat huru hara dan memaksa orang-orang Negeri Sembilan keturunan Minangkabau mengakui Daeng Kemboja sebagai raja di Negeri Sembilan. Ini bertentangan dengan pendirian orang-orang Minangkabau ini.
Satu utusan telah mengadap Sultan Johor untuk meminta supaya seorang raja dilantik di Negeri Sembilan. Bagaimanapun permintaan ini tidak dapat ditunaikan dan Sultan Johor telah membenarkan orang-orang Negeri Sembilan ini mencari anak raja dari negeri lain untuk dipertuankan di Negeri Sembilan.
Dengan itu maka pemimpin-pemimpin setempat di Negeri Sembilan lantas menghantar wakil untuk mengadap Yang Di-Pertuan Pagar Ruyung di Tanah Minangkabau. Permintaan utusan orang Negeri Sembilan ini telah diperkenankan dan telah melantik Raja Melewar menjadi Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama. Raja Melewar telah mengetuai angkatan perang orang-orang Negeri Sembilan menghalau Daeng Kemboja dari tanah Negeri Sembilan.Berkatlah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan adalah lagu kebesaran Negeri Sembilan.
Lagunya telah digubah oleh Andrew Caldecott (1884-1951) dan diperkenankan oleh Yang Di-Pertuan Negeri Sembilan pada masa itu, Tuanku Muhammad pada tahun 1911.

Yang DiPertuan Besar Sedia Ada

LAGU

Berkatlah Yang Dipertuan Besar di Negeri Sembilan
Kurnia sihat dan makmur
Kasihi rakyat lanjutkan umur
Akan berkati sekalian yang setia
Musuhnya habis binasa
Berkatlah Yang Dipertuan Besar di Negeri Sembilan


Seremban terletak dalam 30 kilometer ke darat. Ia terletak dalam lembah Sungai Linggi, di kaki bukitBanjaran Titiwangsa. Rupa buminya secara umumnya berbukit-bukit, dan tanahnya adalah tanah lateritmerah, sesuai untuk peladangan getah dan kelapa sawit, dengan itu menjadikan Seremban sebagai pusat pertanian di Negeri Sembilan. Sejak pembinaan Seremban, Sungai Linggi memainkan peranan penting dalam pembangunan bandar ini. Ketika perlombongan bijih timah besar-besaran, Sungai Linggi merupakan jalan pengangkutan utama untuk pedagang bijih timah. Kini, ia merupakan sumber air utama di Seremban dan Negeri Sembilan.

SUKU BATU HAMPAR 40 KAMPUNG PELANGAI

 Saya berketurunan orangtua saya RamliJohor (nickname saya di Facebook) dari suku Batu Hampar yang dahulunya berkeluarga besar Kampong Pelangai Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Namun ajal ditentukan oleh Illahi maka orangtua yang kembali kepada penciptanya. Saya bersyukur kepada illahi kerana diberi kesempatan bagi saya masih mempunyai nama dan asal keturunan saya walaupun ibu saya bukan orang beradat perpatih 



Sehubungan dengan itu saya berasa bangga untuk menjemput mana mana teman yang berada di dalam internet yang berminat turutserta boleh click like atau berdaftar dengan registered blog saya. Saya bangga dengan keturunan saya walaupun saya bukannya gulongan yang berdarah biru atau berdarjat...

Ramli Johor

unread,
Feb 15, 2013, 9:36:18 AM2/15/13
to google-earth-...@googlegroups.com

nico andalas

unread,
Jan 17, 2014, 5:15:52 AM1/17/14
to google-earth-...@googlegroups.com


Pada Jumat, 15 Februari 2013 21:35:06 UTC+7, Ramli Johor menulis:
AKU BANGGA NEGERI SEMBILAN
....DAERAH KELUARGA BESAR ORANGTUAKU..

Bendera Negeri Sembilan

Negeri Sembilan Darul Khusus adalah sebuah negeri yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan (lihat peta):
Masyarakat Negeri Sembilan merupakan perantau asal Minangkabau,Sumatera BaratIndonesia yang telah tiba sejak abad ke-14. Kedudukan Negeri Sembilan dalam persekutuan Malaysia yang terdiri daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) adalah seperti berikut:
  • Keluasan: kelima terkecil di Malaysia (tangga ke-10), serta di Semenanjung (tangga ke-8)
  • Penduduk: ketiga terkecil (tangga ke-12) di Malaysia, serta di Semenanjung (tangga ke-10)
  • Kepadatan penduduk: ke-8 terbesar di Malaysia, serta di Semenanjung.
Ibu negerinya Seremban. Bandar Di-Raja ialah Seri Menanti di dalam daerah Kuala Pilah. Bandar-bandar lain yang utama ialah Port Dickson,Rembau,Tampin,Jelebu dan Jempol (http://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri_Sembilan)

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan


Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan adalah raja berperlembagaan di Negeri Sembilansejak 1957. Sebelum itu, Yang di-Pertuan Besar adalah raja yang memerintah semua tanah jajahan adat di Negeri Sembilan.
Permulaan perlantikan Yang di-Pertuan Besar ini berlaku pada abad ke-17 Masehi. Sebelum itu Negeri Sembilan adalah dibawah takluk kesultanan Melayu Johor. Pada separuh pertama abad ke-17 itu, Kerajaan Melayu Johor sentiasa diancam oleh orang-orang Acheh di bawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1607-1636). Ini menjadikan Kerajaan Melayu Johor tidak berupaya untuk melindungi Negeri Sembilan.
Pada masa yang sama orang-orang Bugis yang dikepalai oleh Daeng Kemboja telah memasuki Negeri Sembilan membuat huru hara dan memaksa orang-orang Negeri Sembilan keturunan Minangkabau mengakui Daeng Kemboja sebagai raja di Negeri Sembilan. Ini bertentangan dengan pendirian orang-orang Minangkabau ini.
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages