Artikel dan Gambar: SOCCOM Lahad Datu
St.Dominic Lahad Datu - Pada 22 June
2014 yang lalu Tim KBP Lahad Datu telah mengadakan Pertemuan Belia Paroki yang
ke-5 (PYG-5) dan telah memilih tema “Karunia Roh Kudus”. Sememangnya tema yang
sangat mengujakan ini telah menjadi topik yang dapat membuka minda para belia di
Paroki St. Dominic agar dapat menguatkan lagi semangat kerohanian dalam diri
mereka.
Program seperti biasa akan dimulakan dengan ‘Ice-breaking’ yang telah
dikendalikan oleh saudari Mazdollyna dan doa pembukaan yang dibimbing oleh
saudari Mariewill.
Kali ini, Tim KBP telah menjemput Sr
Evelyn Tivit untuk mengongsikan pemahaman beliau berkaitan Karunia Roh Kudus
selaras dengan tema PYG-5 kali ini. Sr. Evelyn mengongsikan tentang doktrin iman
Kristiani di mana kita mempunyai satu Allah Triniti hadir dalam 3 peribadi iaitu Bapa dan Putra dan Roh Kudus, di mana ketiga-tiganya adalah sama kepentingannya,
kedudukan, kuasa dan kemuliaaNya.
Semua belia yang hadir juga berpeluang
mengetahui tentang 7 Karunia Roh Kudus iaitu:
1. Takut akan Tuhan (Fear of the Lord)
2. Keperkasaan (Fortitude)
3. Kesalehan (Piety)
4. Nasihat (Counsel)
5. Pengenalan (Knowledge)
6. Pengertian (Understanding) dan
7. Kebijaksanaan (Wisdom)
Karunia tersebut diberikan kepada mereka yang telah dibaptis dan yang memiliki iman, harapan dan kasih. Seperti yang telah
dijanjikan oleh Kristus, Ia akan mengutus Roh Kudus untuk menyertai umat beriman (Yoh 14:16).
12 buah - buah Roh Kudus yang menyertai seorang Kristian iaitu:
1. Kasih
2. Sukacita
3. Damai sejahtera
4. Kesabaran
5. Kebaikan hati
6. Kebajikan
7. Kemurahan hati
8. Kelemah lembutan
9. Kesetiaan
10. Kesederhanaan
11. Penguasaan diri dan
12. Kemurnian
Selesai sahaja perkongsian yang diberikan oleh Sr
Evelyn ini, program seterusnya adalah Doa Taize. Dalam Doa Taize. melahirkan
bentuk musik ibadah yang unik dengan mencerminkan sifat meditatif. Musik Taizé juga turut menekankan ungkapan-ungkapan sederhana, biasanya petikan pendek dari
Mazmur atau dari Kitab Suci yang diulang-ulang dan kadang juga dinyanyikan.
Muzik telah sebati di dalam peribadi umat Kristian kerana melalui lagu, kita
memperoleh suasana hening dan dapat berdoa. Dalam Doa Taize. ini, doa telah dibimbing
oleh Sr Evelyn sendiri, pembacaan oleh saudari Mariewill, dan doa permohonan
oleh saudari Elaine. Nyanyian lagu-lagu sepanjang Doa Taize.ini oleh Tim KBP
yang diikuti oleh semua yang hadir dan muzik oleh Saudara Alfian.
Diakhir Doa Taize. tersebut semua yang hadir dijemput
untuk tampil kehadapan untuk berdoa bagi memohon Roh Kudus untuk melihat di
dalam diri masing-masing seterusnya memilih salah satu Karuni Roh Kudus yang
memiliki satu buah Roh Kudus tertentu.
Karunia dan buah dalam bentuk penanda
buku ini telah diberkati oleh Rev Fr
Marcellinus yang juga bertujuan agar belia yang hadir untuk membuat refleksi
diri melalui doa masing-masing. Selain berdoa untuk karunia dan buah Roh kudus,
ia turut bertujuan agar dapat mengembangkan karunia dan buah yang telah
diterima serta berkongsi karunia dan buah kepada para belia yang lain.
Sehubungan dengan itu, harapan belia juga agar dapat menjadi contoh karunia dan
buah yang baik.
PYG-5 kali ini telah menambahkan lagi semangat para
belia untuk terus berkembang dalam nama Yesus Kristus agar berani tampil dalam
mewartakan iman yang telah diajarkan oleh Yesus sendiri. Semoga roh yang sama
akan sentiasa bersama dengan semua belia untuk meneruskan misi Kristus dalam
mendirikan kerajaanNya. Jumpa lagi di PYG 6.
--
Posted By dospo to
NEWS UPDATE ~ Diocese of Sandakan at 6/28/2014 01:03:00 PM