Asalamualaikum wbt. Tuan/Puan. Di pagi yang mulia ini, PIBG SMISTA akan membuat kutipan derma untuk meringankan tanggungan yang dialami oleh keluarga Adik Muhammad Ikmal Hakim bin Musa (3 Muslim). Kutipan ini adalah bagi membiayai rawatan perubatan beliau dan kimoterapi bapanya yg menghidapi kanser usus. Untuk pengetahuan semua, ayah beliau hanya bekerja sebagai pemandu lori dan kini perlu mengalami rawatan kimoterapi di Hospital UM PJ. Selain itu, baru ni adik ikmal ada mengalami kecederaan di bahagian mata akibat terkena bola semasa bermain dengan rakan. Kini mengalami rawatan di HUKM. Keadaan beliau ok dan tiada yang serius (rujuk lampiran untuk gambar adik Ikmal).
Semua sumbangan boleh d buat melalui kaedah berikut
1. Bank in ke akaun CIMB (12150022195522 atau 7009355202) atas nama Ahmad Fauzi bin Mohd Ayub (0196646575). Kedua-dua nombor tersebut masuk akaun sama.
2. Bank in ke akaun Maybank (164799055191) Nik Hanan bt Mustapha ( 0192204437)
3. Kutipan juga boleh diberikan kepada anak utk diserahkan kpd guru kelas. Masukkan dalam sampul surat dan nyatakan 'Derma utk adik Ikmal'.
Bagi yg bank-in sila whatsapp/sms image slip atau amaun pembayaran pada wakil tingkatan @ pada ahmad fauzi (akaun cimb) dan nik hanan (maybank).
Tarikh akhir kutipan adalah pada 26 May (Isnin).
Semoga sumbangan Tuan/Puan dpt meringankan bebanan keluarga tersebut.
Sekian, terima kasih.
Pengumuman kedua
- Saya sertakan jadual peperiksaan pertengahan tahun bagi f1 dan f2 untuk rujukan tuan/puan
- Pada hari Sabtu (17.5.2014) merupakan hari persekolahan SMISTA. Mereka mengadakan sambutan hari guru. Oleh itu, sebarang lawatan pada hari tersebut tidak dibenarkan. Tuan/puan boleh melawat anak pada hari Ahad bermula jam 9 - 11.
- Kelas tambahan hafazan telah bermula pada minggu lepas.
Sekian
Ahmad Fauzi bin Mohd Ayub
PIBG SMISTA