menghadiri persidangan tersebut serta memanjangkan jemputan ini kepada
50 ahli Komuniti OSS. (Masuk percuma)
---
JEMPUTAN KE PERSIDANGAN KETUA PEGAWAI MAKLUMAT (CIO) & MALAYSIAN
GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE (MyGOSSCON) 2013
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian
diutamakan. Selanjutnya, saya memohon perhatian tuan tentang perkara
di atas.
2. Untuk makluman tuan, Persidangan CIO dan MyGOSSCON 2013 akan
dianjurkan bertujuan untuk memberi pendedahan, ruang perkongsian dan
pertukaran minda alam perkembangan dan trend ICT semasa. Persidangan
ini juga merupakan platform kolaboratif strategik di antara sektor
awam, industri ICT dan komuniti Open Source Software (OSS).
3. Sehubungan dengan itu, Persidangan CIO dan MyGOSSCON 2013 yang
bertemakan “Charting The Next Level of S.M.A.R.T. Government” akan
diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 10 Disember 2013 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi hingga 5.30 petang
Tempat : Grand Putrajaya Ballroom
Hotel Marriot Putrajaya
Aturcara : Sila rujuk Buku Program Persidangan yang disertakan
4. Persidangan tahunan ini akan dirasmikan oleh Yang Berhormat
Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Dalam hal ini, pihak MAMPU dengan sukacitanya menjemput tuan untuk
menghadiri persidangan tersebut serta memanjangkan jemputan ini kepada
50 ahli Komuniti OSS.
5. Sukacita sekiranya pihak tuan dapat memaklumkan kehadiran
melalui e-mel kepada saya dengan kadar secepat mungkin pada 8 Disember
2013. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi saya, Siti
Hawa binti Mahadi, di telefon: 03-88725106 atau e-mel:
ha...@mampu.gov.my atau pegawai-pegawai saya:
a) Cik Veronica (emel:
vero...@mampu.gov.my); dan
b) Pn. Isnomaria (emel:
ma...@mampu.gov.my).
6. Sesungguhnya atas kehadiran puan didahului dengan ucapan
terima kasih jua.
Sekian.
“BERSAMA MELAKSANA TRANSFORMASI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(SITI HAWA MAHADI)
Urusetia Persidangan
b.p. Ketua Pengarah MAMPU