Rahsia mengenal diri dari bulan kelahiran islam

28 views
Skip to first unread message

rosmerah

unread,
Sep 21, 2008, 6:47:24 AM9/21/08
to sinar...@googlegroups.com

RAHSIA MENGENAL DIRI DARI BULAN KELAHIRAN ISLAM

Watak yang disenaraikan mengikut bulan Islam secara kebetulan

mengenai diri anda.

Seandainya apa yang berlaku terdapat kekurangan perlu diperbaiki dari
semasa ke semasa supaya lebih baik dari semalam dan seterusnya.

Watak seseorang itu dapat dikenali melalui pergaulan seharian sejak ianya
dilahirkan hingga menjalani kehidupan seharian.

Setelah dewasa mengikut dalam Hadis Nabi Muhamad SAW yang maksudnya :

"Perangai atau watak seseorang sekiranya setelah mencapai umur empat puluh
tahun hijrah sama ada ianya lelaki atau wanita dengan tiada perubahan maka
sesungguhnya sehingga akhir hayatnya tidak akan berubah sampailah ajalnya".

MUHARAM.

- pendiam, sihat pemikirannya, jika dididik dengan baik akan menjadi cerdik
kerana bakat fikirannya yang pintar cerdas ada padanya. Mempunyai keinginan
yang baik dan selalu dalam keadaan selamat.

SAFAR.

- tabiat buruk, tidak suka mengaku kesalahannya, perlu dididik untuk
menghilangkan tabiat itu jika tidak kehidupannya akan menjadi susah.

RABIULAWAL.

- perwatakannya baik, mungkin dia akan menjadi orang yang berpengaruh tanpa
diduga dalam pekerjaan, ramai yang menyenanginya. Sifat negatif - kurang
sabar, hati keras dan mudah marah.

RABIULAKHIR.

- perwatakannya tidak baik, fikiran dan kemahuannya lemah dan kasar
wataknya, kehidupan menjadi sukar kerana tabiat buruknya, kesukaran dalam
mendidiknya.

JAMADILAWAL

- mempunyai keyakinan diri yang tinggi, berani dan nekad, kadangkala
melakukan sesuatu yang bahaya, tekadnya akan menunjukkan hasil usahanya &
kadang-kadang menemui kegagalan.

JAMADILAKHIR

- watak yang berani dan menghormati orang lain. pelbagai kepandaian ada
padanya, mudah mengakui kesalahannya.

REJAB.

- bersikap merendahkan diri dan tidak tahu menahu. hidupnya selamat dan
sentosa.

SYAABAN.

- perwatakannya baik. hidup selamat rezekinya tidak putus-putus, berbudi
bahasa akan berjaya dalam kerjaya & mudah mendapat rezeki.

RAMADAN.

- baik, pendiam, suka merendahkan diri, tidak angkuh pada teman yang
dikenali, tidak suka membanggakan diri dan kehidupannya selalu selamat.

SYAWAL.

- perwatakannya keras, tidak suka dikalahkan. Ini dapat dikenali melalui
pergaulan seharian.

ZULKAEDAH.

pendiam, banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk, terlalu
banyak berfikir.

ZULHIJJAH.

jika dia jahat, terlalu jahat tetapi jika dia baik, dia terlalu baik,
sering mendapat padah dari perbuatan sendiri, sukar mengawal perasaannya.


.: Berfikir dengan baik adalah suatu perbuatan yangbijak,
merancang dengan baik adalah sesuatu perbuatan yang lebih bijak,
membuatsesuatu dengan baik adalah suatu perbuatan yang paling bijak dan
paling baiksekali :.

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages