Tindakan Hadapi Penyakit A H1N1 Selsema Babi (Swine Flu)
Artikel ini di Internet
http://blog.perempuanmelayu.info/2009/08/tindakan-hadapi-penyakit-h1n1-selsema.html
(1) Perkara paling penting adalah mendapatkan maklumat yang betul.
Lawat laman web Kementerian Kesihatan Malaysia.
Laman Web Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
http://www.moh.gov.my/
Talian Kementerian Kesihatan Malaysia (03) 8881-0200/300
Blog Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
http://blogmoh.moh.gov.my/?p=385
Info Sihat
http://www.infosihat.gov.my/
Centers For Disease Control (US)
http://www.cdc.gov/H1N1FLU/
Kematian akibat A H1N1 bukanlah disebabkan oleh virus itu sendiri
tetapi akibat kesannya terhadapan golongan berisiko tinggi. Mereka
yang menghadapi penyakit asthma, kencing manis, penyakit jantung,
masalah buah pinggang dan wanita mengandung adalah dalam kumpulan
berisiko tinggi.
Pastikan langkah berjaga-jaga diambil dan diambil berat oleh golongan
berisiko tinggi.
(2) Mempertingkatkan sistem pertahanan badan
Adalah satu keperluan untuk meningkatkan sistem pertahanan badan.
Tingkatkan permakanan buah-buahan dan sayur-sayuran. Vitamin C dalam
buah-buahan mampu meningkatkan sistem pertahanan badan dan menentang
virus yang memasuki badan.
Makan multivitamin bagi meningkatkan jumlah pengambilan khasiat kepada
badan. Makanan multivitamin semula jadi seperti Spirulina dan dan
Chlorella boleh diambil. Bacaan lanjut di
Chlorella
http://productsweused.blogspot.com/2007/01/yaeyama-chlorella.html
Spirulina Multivitamin Daripada Alam
http://tipswanitasihat.blogspot.com/2007/02/multivitamin-daripada-alam.html
Fiber Satu Keperluan Badan Yang Dilupakan
http://blog.perempuanmelayu.info/2006/05/fiber-satu-keperluan-badan-yang.html
(3) Menjaga kesihatan diri
A H1N1 merebak dengan cepat kerana sikap kita tidak menjaga kesihatan
diri dan mengamalkan amalan kesihatan yang baik.
Kurangkan aktiviti ditempat awam atau melibatkan kumpulan yang ramai
bagi mengurangkan risiko pendedahan dan juga risiko anda menjangkitkan
virus kepada orang lain.
Sekiranya anda demam rehat di rumah dan hanya boleh boleh keluar
sebaik sahaja demam reda selepas 24 jam. Ini adalah langkah untuk
memastikan mereka yang mempunyai virusA H1N1 tidak menyebarkannya
kepada orang ramai.
Tutup mulut dan hidung sewaktu bersin dan batuk. Virus A H1N1 merebak
melalui bersin dan batuk mereka yang menghidapinya.
Cuci tangan sentiasa kerana virus juga boleh merebak melalui sentuhan
kepada tempat yang dicemari dengan virus A H1N1.
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung dan mulut kerana ia adalah
bahagian utama virus A H1N1 menyerang.
Gunakan penutup hidung dan muluk (mask) sama anda sihat atau tidak
apabila berada di tempat awam. Permakaian penutup hidung dan mulut
adalah terutamanya kepada mereka yang dijangkiti.
Menggunakan mask akan memastikan bersin dan batuk tidak menyebarkan
ditempat umum dan individu yang berdekatan dengan anda.
Namun sekiranya anda demam, selsema dan batuk sebaiknya berada di
rumah dan berehat.
Jangan pentingkan diri kerana dengan berada di tempat awam atau di
pejabat hanya meningkatkan jumlah jangkitan. Berehat dan pastikan anda
sihat secara penuh.
Hentikan sebaran virus A H1N1 dengan menjaga dan mengamalkan kesihatan
yang sihat.
Segera berjumpa doktor apabila anda mempunyai tanda-tanda berikut :-
* Demam melebihi 38 Darjah Celcius
* Sakit tekak
* Sakit kepala
* Batuk tidak berkahak pada peringkat awal
* Letih dan lesu
* Sakit-sakit badan
Dapatkan rawatan awal dengan segera.
Artikel-artikel lain
Persediaan Hadapi Jerebu
http://blog.perempuanmelayu.info/2009/06/langkah-langkah-hadapi-jerebu.html
Jadilah Hero Dengan Menderma Darah
http://untuklelaki.noorjannah.com/2009/01/jadilah-hero-dengan-menderma-darah.html
The Fibrocystic Breast
http://blog.perempuanmelayu.info/2009/08/fibrocystic-breast.html
Bacaan Untuk Pasangan Suami Isteri Yang Baru Mendirikan Rumah Tangga
http://tamanwangi.perempuanmelayu.info/2008/10/bacaan-untuk-pasangan-suami-isteri-yang.html
Persediaan Untuk Wanita Yang Ingin Mengandung
http://keluarga.noorjannah.com/2008/10/persediaan-untuk-wanita-yang-ingin.html
Tapisan Web Untuk anak-anak
http://safesurf.perempuanmelayu.info/
Laman penulis
http://blog.perempuanmelayu.info/
Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad
email di
http://asia.groups.yahoo.com/group/tipswanita
atau hantarkan email kepada
tipswanita...@yahoogroups.com
Pelbagai artikel, tips dan nasihat di
http://blog.perempuanmelayu.info/
Wassalam.
Kumpulan penulis Tipswanita.com Noorjannah.com dan
Perempuanmelayu.info
12 Ogos 2009
Hakcipta dituntut oleh penulis dan penyumbang Kumpulan penulis
Tipswanita.com
Noorjannah.com dan laman Perempuanmelayu.info
This work is licensed under the Creative Commons Attribution-
NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this
license, visit
http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or
send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San
Francisco, California, 94105, USA.
--- Iklan ---
Making Money Online For Malaysian
http://cybermoney2u.blogspot.com/
Portal Tipswanita Untuk Wanita Malaysia
http://www.tipswanita.com/
Pakej Template Blog dan Laman web Murah
http://studi07.blogspot.com/
Pancutkan Isteri Puaskan Isteri
http://seksmelayu.blogspot.com/2009/08/pancutkan-isteri-puaskan-isteri.html