Panduan Penjagaan Kanta Lekap

26 views
Skip to first unread message

tipswanita

unread,
Feb 6, 2007, 11:18:52 AM2/6/07
to tipswanita
Panduan Penjagaan Kanta Lekap

http://tipswanitasihat.blogspot.com/2007/02/panduan-penjagaan-kanta-lekap.html

Ini adalah panduan asas kepada penggunaan dan penjagaan kata lekap
agar tidak timbul masalah-masalah yang boleh mudaratkan mata. Setiap
kali menggunakan kanta lekap tanya soalan-soalan ini :-

Adakah mata anda merasa selesa?
Adakah mata anda dalam keadaan baik?
Adakah mata anda boleh melihat dengan baik?

Jika dalam keraguan, tanggalkan kata lekap dengan segera dan dapatkan
perhatian doktor.

Panduan dan petua asas :-

Bersihkan, cuci, bilas dan keringkan tangan anda sebelum menyentuh
kata lekap. Digalakkan menggunakan sabun pencuci tangan pembunuh kuman
dan pastikan tangan dibilas bersih dan kering.

Potong kuku anda. Kuku panjang menyimpan pelbagai kuman, bakteria dan
virus dibawahnya. Gunakan hujung jari bila mengendalikan kanta lekap.
Elakkan penggunaan kuku atau alatan yang tajam.

Jangan sesekali mencuci kata lekap dengan air biasa kerana ia antara
punca bakteria. Gunakan cecair pencuci kata lekap (multi-purpose
solutions atau MPS) yang bersesuaian dan disyorkan. Ia perlu mematuhi
standard FDA/ISO dan tidak menimbulkan masalah kepada "Corneal
epithelium", dinding perlindungan kornea mata.

Cuci dan keringkan dengan udara tempat simpanan kanta lekap setiap
hari selepas memakai kanta lekap di mata. Gunakan MPS dan jangan
bertangguh. Amat penting memastikan tempat simpanan kanta lekap
sentiasa dibersihkan dan dikeringkan apabila tidak digunakan. Ini
untuk mengelakkan bakteria dan kulat halus membiak.

Tukarkan cecair MPS dalam tempat simpanan kata lekap setiap hari.

Setiap kali kata lekap ditanggalkan ia perlu dibersihkan, dibilas dan
dinyah kuman sebelum kanta lekap digunakan semula. Tempat simpanan
kanta lekap perlu ditukarkan berdasarkan saranan pengeluar. Cadangan
penukaran setiap tiga bulan yang mana paling awal.

Jangan gunakan kanta lekap terlalu lama. Kanta lekap akan kering dan
ia boleh menyebabkan ketidakselesaan. Ketahui jangka masa pemakaian
kanta lekap anda.

Dapatkan nasihat doktor untuk sebarang pengambilan ubat. Ini
disebabkan ada jenis-jenis ubat yang boleh menyebabkan kegatalan mata
atau kekaburan.

Lekapkan kata lekap sebelum memakai bahan kecantikan dan elakkan
semburan seperti pewangi atau semburan rambut berdekatan mata kerana
ia boleh menyebabkan ketidakselesaan.

Pastikan anda mematuhi langkah-langkah berikut :-

- Basuh, bilas dan keringkan tangan sebelum menyentuh kanta lekap.
Biasakan diri menanggalkan kanta lekap dengan sebelah mata yang serupa
agar tidak timbul kekeliruan.

- Letakkan kanta lekap diatas telapak tangan yang telah dicuci bersih.
Titiskan sekurang-kurangnya tiga titisan pada permukaan setiap kanta
lekap.

- Gosokkan dalam bentuk pusingan bulat dengan hujung jari kanta lekap
sekurangnya selama sepuluh saat.

- Kemudian pegang antara dua jari pada permukaan kanta lekap, biasanya
ibu jari dan jari tengah. Alirkan MPS pada kanta lekap sambil ia
digosok lembut dengan dua-dua jari sekurangnya untuk sepuluh saat. Ini
adalah bertujuan untuk membersih dan membilas kedua-dua permukaan
kanta lekap. Lakukan kepada kedua-dua kanta lekap.

- Letakkan setiap kanta lekap dalam bekas simpanan yang telah bersih
dan kering sebelumnya.

- Penuhkan bekas pada sebelah dengan cecair MPS yang baru. Tutupkan
dengan kemas dengan penutup barulah isikan cecair MPS pada sebelah
yang satu lagi dan tutup dengan kemas.

- Kanta lekap perlu direndam dalam MPS sekurangnya untuk empat jam.
Selepas masa rendaman yang disyorkan barulah ia bersih, dinyah kuman
dan sedia untuk digunakan. Kanta lekap boleh direndam semalaman.
Sebelum pemakaian, bilas dengan PMS sebelum melekap ia ke mata.

- Buang MPS yang berlebihan dalam bekas simpanan kanta lekap,
bersihkan dan bilas dengan MPS dan biarkan ia terbuka untuk dikering
udara. Jadikan ia satu kebiasaan apabila selesai melekapkan kanta
lekap kepada mata.

Jadikan amalan-amalan ini satu kebiasaan. Dapatkan pemeriksaan doktor
mata setiap tahun ada sebarang masalah atau tidak. Jangan gunakan
kanta lekap jika ada tanda-tanda kelainan pada mata dan sediakan
cermin mata setiap masa sebagai pengganti.

Sumber, olahan dan rujukan

Buku panduan kecil oleh CIBA Vision - A Guide To Good Lenswear and
care Habits.
Ezyhealth & Beauty - Aug 2006 - No Broken wall.

Food For Eye Health
http://productsweused.blogspot.com/2007/02/food-for-eye-health.html

Artikel Sebelum ini :

Kenapa Anda Perlukan Coklat
http://tipswanitasihat.blogspot.com/2007/02/kenapa-anda-perlukan-coklat.html

Multivitamin Daripada Alam
http://tipswanitasihat.blogspot.com/2007/02/multivitamin-daripada-alam.html

No Cigarette Is Safe
http://tipswanitasihat.blogspot.com/2007/01/no-cigarette-is-safe.html

Perkara Yang wanita Perlu Tahu Tentang Seks
http://tamanwangi.blogspot.com/2007/02/perkara-perkara-wanita-perlu-tahu.html

Seks Yang Baik Melegakan Stress
http://tamanwangi.blogspot.com/2007/01/seks-yang-baik-melegakan-stress.html

Lain-lain Tips dan artikel

http://tipswanitasihat.blogspot.com/
http://tamanwangi.blogspot.com/
http://tipswanita.blogspot.com/
http://jaringanmalaysia.blogspot.com/
http://productsweused.blogspot.com/

Sidang Pengarang Wanita Dot Us
http://www.wanita.us/tipswanita.php

05 Feb 2007

This work is licensed under the Creative Commons Attribution-
NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this
license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or
send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San
Francisco, California, 94105, USA.

http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/deed.ms

Dapatkan pengetahuan rumah tangga tips dan nasihat untuk wanita

http://groups.google.com/group/tipswanita atau email kepada tipswanita-
subs...@yahoogroups.com

Simpanan Email lama

http://groups.yahoo.com/group/tipswanita/
http://groups.google.com/group/tipswanita

---

Blog Wanita Melayu

This blog is written by Wanita Melayu to share information and
knowledge about Wanita Melayu. All articles and tips are written in
bahasa Melayu. If you like Wanita Melayu or want to share information
with wanita melayu just visit all the links below.

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages