Google Groups no longer supports new Usenet posts or subscriptions. Historical content remains viewable.
Dismiss

DAP hina Islam? - Utusan

1 view
Skip to first unread message

ckeong

unread,
Feb 24, 2009, 1:01:14 AM2/24/09
to
Utusan memang satu surat khabar yang tak bertanggungjawab dan yang
cuba menanam kebencian antara kaum di Malaysia !!

forum itu bukan untuk mengaduh siapa yang benar atau siapa yang lebih
besar !! forum itu adalah untuk semua duduk berbincang pasal hal elwal
yang melibatkan semua orang.

artikel utusan itu memang berbau hasutan dan menghina agama lain.
patut report kepada polis !!


---------------------------------------------------------------------------

DAP hina Islam?

Oleh HASNURUL MOHAMED
utusan...@utusan.com.my

NIBONG TEBAL 23 Feb. – Penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama oleh
kerajaan negeri Pulau Pinang mesti dihentikan kerana ia meletakkan
Islam sama taraf dengan agama-agama lain.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP),
Shabudin Yahaya berkata, cubaan menyamakan Islam dengan fahaman agama
lain ternyata menghina Islam dan tindakan seperti itu mesti
dihentikan.

Katanya, MAINPP berasa cukup tersinggung apabila ada beberapa ahli
jawatankuasa (AJK) majlis tersebut terdiri daripada orang Melayu.

‘‘Saya difahamkan ada tiga orang AJK Melayu beragama Islam duduk dalam
majlis tersebut yang kononnya mahu menuntut kesamarataan agama.

‘‘Ini sesuatu yang cukup menakutkan kerana agama Islam dipandang sama
seperti Buddha yang diasaskan oleh manusia bernama Gautama Buddha,
disamakan juga dengan Kristian, Taoism dan Bahai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika diminta mengulas
ucapannya semasa majlis penyerahan Dana Zakat Program Didik Cemerlang
Akademik 2009 di Sungai Dua di sini semalam.

Ketika berucap pada majlis tersebut, Shabudin melahirkan rasa kurang
senangnya terhadap penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama Pulau
Pinang yang bertujuan meletakkan semua agama, termasuk agama Islam
sebagai sama rata dengan agama-agama lain.

Majlis tersebut ditubuhkan tahun lalu iaitu selepas kerajaan pakatan
pembangkang yang diterajui Ketua Menteri, Lim Guan Eng mula memerintah
negeri itu.

Majlis itu dipengerusikan Guan Eng sendiri. Mengulas lanjut, Shabudin
yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Tasek
Gelugor berkata, agama Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih
tinggi daripadanya.

0 new messages