Assalamualaikum
Hari Kemerdekaan adalah bulan yang mengimbas peristiwa besar negara
dalam mencapai hari kebebasan setelah 140 tahun dibelenggu penjajah.
Tetapi makna merdeka kini adalah bagaimana kita mengisi kemerdekaan
yang tercapai. Oleh itu, merdekakan diri anda dari aspek pemikiran
agar menjadi manusia yang mahukan kejayaan dan lebih hidup bermaruah
sebagai bangsa Malaysia yang beragama.
SKBK telah mengadakan majlis kemerdekaan pada 29 Ogos 2008 dengan
tujuh laungan kemerdekaan daripada Gur Besarnya, En Kamaruddin dengan
diiringi Timbalan Pengerusi PIBG, En Azahar. Acara yang gemilang itu
sempat dirakamkan sebagai kenangan.