Perlu atau tidak mengumpul yuran/sumbangan untuk PIBG?

85 views
Skip to first unread message

myusri

unread,
Jan 31, 2009, 11:25:10 PM1/31/09
to Forum SK Bukit Kuchai
Kita baru sahaja mengadakan mesyuarat PIBG pertama untuk tahun ini
membincangkan bagaimana untuk menangani masalah yuran/sumbangan PIBG.
Mengikut pihak sekolah, kementerian tiada peruntukan khas untuk PIBG.
Apa yang ada cuma peruntukan untuk panitia-panitia sekolah sahaja.
Tetapi mengikut berita Bernama ini (juga ada dalam Sunday Star
Education hari ini), kementerian akan memberi peruntukan khas untuk
PIBG. Sila baca:

http://www.bernama.com/bernama/v5/newsgeneral.php?id=385906

Ini sungguh mengelirukan. Lebih-lebih lagi apabila AJK PIBG berhadapan
dengan ibubapa semasa mesyuarat agong nanti. Mengikut Datuk Seri
Hishamuddin, peruntukan bergantung kepada bilangan murid-murid dalam
sesebuah sekolah. Masaalahnya, berapakah jumlah sebenar yang akan
diterima dan adakah kita akan menerimanya sebelum mesyuarat agong PIBG
nanti?

dr.raudah

unread,
Feb 3, 2009, 4:54:48 AM2/3/09
to Forum SK Bukit Kuchai
Assalamualaikum,
PIBG adalah sebuah badan sukarelawan yang cuba hendak membantu sekolah
dalam usaha memantapkan perkembangan pembelajaran anak-anak. Sebagai
ibu bapa, semua mengharapkan anak-anak berjaya dalam pelajaran. Jika
mereka tidak mampu mendidik anak-anak di rumah, sekolah adalah tempat
yang menjadi harapan untuk mereka melihat anak-anak mereka berjaya.

Sebagai badan sukarelawan, kita bukan pula sebuah badan yang mewah
kerana kita tiada dana yang mencukupi untuk membantu sekolah dari segi
kewangan. Jika ada projek-projek yang dianjurkanpun, berapa kerat
sangat ibu bapa yang datang untuk menyokong apa yang PIBG cuba
lakukan. Nak kumpulkan 100 orangpun ibarat hendak memaksa agar mereka
diwajibkan datang untuk mendengar perkembangan pembelajaran anak-anak
mereka apatah lagi hendak melibatkan diri dalam PIBG.

Lagipun penduduk persekitaran kawasan bukit kuchai, bukanlah datang
dari golongan yang berpendapatan tinggi. Malahan ramai yang datang
dari seberang. Sekolah mungkin ada data, berapa ramai anak-anak
pendatang di SKBK ini.

Saya beranggapan, yuran PIBG perlu diwujudkan sebagai sumbangan
tahunan ibubapa kepada sekolah untuk kemajuan sekolah juga. Sebagai
balasan, AJK PIBG perlu menggunakan sumber kewangan tersebut untuk
menjalankan amanah yang telah diberikan oleh ibu bapa di samping cuba
berusaha mencari dana lain - walaupun agak sukar dengan keadaan
ekonomi yang merundum ini. Hanya ini saja satu-satunya jalan selamat
untuk kita meneruskan perjuangan aktiviti PIBG. Jika tanpa sumber
kewangan, PIBG tidak akan berfungsi dengan baik dan mungkin dihapuskan
sahaja (pasti ramai yang tidak setuju dengan kata-kata ini).

Yuran RM15 bukanlah mahal sangat berbanding apa yang anak-anak akan
perolehi. Cuma yang menjadi bebanan ialah apabila anak2 perlu membeli
barang-barang yang kurang perlu di awal pembukaan sekolah seperti tie
dan vest serta senarai buku-buku yang tidak digunakan di kelas tetapi
mengeliruka ibu bapa padahal benda-benda itu boleh dikurang utamakan.
Apa perlunya smart ke sekolah jika perkembangan pembelajaran anak-anak
tak smart.

Seperti tahun lepas yang kononnya yuran dimansuhkan hanyalah gula-gula
kementerian Pendidikan. Tetapi nilai hanya RM4.00 itu meningkatkan
yuran sekolah dengan beberapa yuran tambahan kerana sekolah semakin
tidak mampu menyediakan prasarana pembelajaran.

Seingat saya, di tahun 70- 80-an, Yuran hanya RM24 itupun termasuk
buku tulis. Nampaknya semakin negara ke arah negara maju, keperluan
perbelanjaan untuk anak-anak semakin tinggi.Itu belum dikira kos
tution luar anak-anak.

Saya tak tahu macam mana nak jawab jika ada sebarang pertanyaan dari
ibubapa berkaitan dengan isu ini. Isu yuran sekolah, kementerian kena
jawab. Tapi saya tak percaya, kementerian akan top-up yuran PIBG.
Tidak ada dalam akta persatuan, kerajaan nak bantu secara menyeluruh
macam tu. Logiknya, kerajaan boleh support perbelanjaan untuk aktiviti
Panitia sekolah dan kos peperiksaanpun sudah satu kejayaan bagi
kementerian memperlihatkan kesungguhannya membantu sekolah. Inikan
pula nak bantu PIBG - pastinya indah khabar dari rupa.

NGO tetap NGO - ibu bapa perlu disedarkan bahawa PIBG adalah badan NGO
bukan badan kerajaan. Penentuan yuran adalah hak kita dan ikut
persetujuan bersama. Cuma bila ia dikenakan pembayaran semasa sekolah
baru dibuka , ia terasa agak membebankan dengan kos-kos persiapan
persekolahan anak-anak.

Salam.

myusri

unread,
Feb 3, 2009, 5:58:04 AM2/3/09
to Forum SK Bukit Kuchai
Mengikut berita tersebut, kementerian pelajaran seperti berjanji yang
ia akan membantu semua PIBG mengikut bilangan murid-murid di satu-satu
sekolah. Malah, ianya datang daripada mulut Datuk Seri Hishamuddin
sendiri. PIBG memang boleh sampai berbuih mulut berusaha untuk
menerangkan perlunya yuran untuk PIBG seperti tahun-tahun lepas.
Tetapi, kalau saya membaca berita ini melalui kaca mata ibubapa, saya
rasa tidak ada apa yang tidak "jelas" dari segi kementerian akan
"membantu" PIBG. Masaalahnya, kalau kita tidak dapat tahu jumlah
sebenar bantuan tersebut kepada sekolah kita sebelum mesyuarat agong
nanti, kita benar-benar akan menghadapi masaalah pada mesyuarat
tersebut. Mungkin kita sebagai PIBG perlu menghubungi terus
kementerian mengenai kemelut ini...

myusri

unread,
Feb 3, 2009, 6:18:51 AM2/3/09
to Forum SK Bukit Kuchai
Tergerak pula hati untuk pergi ke laman Kementerian Pendidikan. Kalau
berita daripada Kementerian Pendidikan berhenti pada berita ini:

http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=arkib_akhbar&unit=&bhs=&info=51&mod=baca

mungkin kita berada pada kedudukan yang menyenangkan. Berita tersebut
menyatakan yang yuran PIBG tidak lagi diambil pada awal tahun.
Sebaliknya, ianya akan diambil setelah ibubapa bersetuju dengan
jumlahnya apabila mesyuarat agong diadakan. Berita Inggeris daripada
Bernama itu telah menimbulkan sedikit kekeliruan. Harap-harap ada
berlaku kesilapan alih bahasa? :-)

bast...@gmail.com

unread,
Feb 3, 2009, 10:26:32 PM2/3/09
to Forum SK Bukit Kuchai


Salam...

Sebenarnya berapa jumlah bayaran PIBG yang akan di cadangkan semasa
mesyuarat agung P.I.B.G nanti?

Jika kutipan yuran P.I.B.G hanya akan dikutip pada pertengahan tahun,
jadi mesyuarat P.I.B.G yang di jadualkan berlangsung pada 22 Feb 2009
(Ahad) akan berbincang untuk memutuskan berapa jumlah duit yuran yang
dicadangkan perlu dibayar oleh ibu-bapa.

Saya berpendapat berapa jumlah bayaran hendaklah terlebih dahulu di
cadangkan oleh AJK P.I.B.G kerana jika hanya pada mesyuarat P.I.B.G
baru jumlah yuran mahu ditentukan maka sudah tentulah kita anggarkan
akan timbul banyak masalah daripada ibu bapa.

Perangai manusia dan akal fikiran adalah berlainan dan berbeza
walaupun rambut semuanya sama hitam!

Wassalam..

hul...@gmail.com

unread,
Feb 8, 2009, 7:11:59 PM2/8/09
to Forum SK Bukit Kuchai
Salam & Selamat Sejahtera..
Dlm mesyuarat yg baru2 ini , yuran utk murid tahun 1-5 yg dicadangkan
adalah RM44 manakala tahun 6 pula sebanyak RM144. Setakat ini kita
belum dapat sebarang "feel" berkenaan cadangan ini. InsyALLAH, dari
maklumbalas kedatangan ke mesyuarat agong, mungkin akan ada
maklumbalas dari ibubapa tntg cadangan ini. Saya rasa semua akan
anticipate strong objection dan juga request for justification.

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages