Persidangan Sumber Terbuka MSC Malaysia 2009
MSC Malaysia Open Source Conference 2009 (MSC Malaysia OSCONF 2009)
adalah persidangan perisian sumber terbuka atau open source software
(OSS) yang julung-julung kali diadakan di Malaysia.
MSC Malaysia OSCONF 2009 yang bertempat di Berjaya Times Square Hotel
And Convention Center, Kuala Lumpur, Tkt 14, Berjaya Time Square,
Kuala Lumpur, Malaysia.
http://www.mscmalaysia.my/osconf
Persidangan 3 hari ini (1 Jun hingga 3 Jun 2009), dianjurkan oleh MSC
Malaysia dan disokong oleh MAMPU dan MOSTI. MSC Malaysia OSCONF 2009.
Persidangan ini turut disokong dan ditaja oleh syarikat-syarikat ICT
yang terkemuka seperti MDeC, RedHat, Microsoft, Google, Novell, SUN,
TMnet, AsiaeUniversity dan lain-lain.
MSC Malaysia OSCONF 2009 turut mendapat sokongan komuniti OSS
Malaysia. MSC Malaysia OSCONF 2009, mengumpulkan ramai penceramah
dalam dan luar negeri meliputi pelbagai tajuk dan bidang dalam ICT.
Google yang menggunakan Python dalam membangunkan "Cloud Computing"
Google, Matthew Olander dari projek PCBSD dan FreeBSD, Gen Kanai dari
Mozilla Corporation, komuniti-komuniti Ubuntu, Fedora, Open Solaris,
OpenSuse dan pelbagai lagi, pasti menarik bagi kita mengenali
sistem-sistem operasi matang dalam dunia OSS.
Bagi anda yang terlibat dalam dunia pembangunan perisian,
penceramah-penceramah seperti Sara Falamaki, Redhuan D. Oon ketua
projek Adempire ERP, Azril Nazli Alias Mamak Spot , Azrinsyah Mirza
Asfian MIMOS dan ramai lagi mahu berkongsi ilmu dan pengalaman mereka.
OSS tidak lengkap tanpa sokongan daripada perisian-perisian sokongan
yang lain. MSC Malaysia OSCONF 2009 ketengahkan penceramah-penceramah
seperti Amir Haris Ahmad mengenai DNS, Mahmud Ab Rahman dari
Cybersecurity, Nasrul Amri Samsuddin Facebook Connect dan ramai lagi.
Bersempena MSC Malaysia OSCONF 2009 komuniti OSS Malaysia akan
menganjurkan Hari Hackathon pada hari Ahad 31 Mei 2009. Ianya
Bertempat di Berjaya Times Square Hotel And Convention Center, Kuala
Lumpur, Tkt 14, Berjaya Time Square, Kuala Lumpur, Malaysia.
Masuk adalah percuma untuk umum pada 31 Mei 2009. Jemputlah datang
beramai-ramai.
Empat sesi serentak akan diadakan bagi memberi peluang kepada komuniti
OSS Malaysia berkumpul dan menunjukkan projek OSS masing-masing.
Redhuan Daniel Oon ketua projek Adempire ERP akan membawa sesi
pembangunan Adempire cara OSS. Bagaimana dan apa yang hendak
digunakan. Dalam sesi ini satu hackathon untuk menyediakan perisian
pemasangan Adempire ERP dalam Windows akan dipertandingkan.
RedHat pula mempunyai satu sesi yang mereka mahu menjadikan ia satu
kejutan.
Lamp2win adalah satu sesi bagi pertandingan membina satu modul OSS
yang membolehkan perisian dalam OSS menggunakan MSSQL. Maklumat lanjut
boleh dirujuk disini.
http://www.lamp2win.com/
Install Fest adalah usaha-usaha komuniti-komuniti Ubuntu, OpenSuse,
Fedora, Open Solaris, PCBSD dan FreeBSD untuk memperkenalkan sistem
operasi (OS) dalam OSS. Install Fest memerlukan anda yang berminat
dengan mana-mana OS OSS membawa komputer masing-masing dan akan
dipasang dengan mana-mana OS pilihan dengan bantuan pakar-pakar dalam
komuniti-komuniti.
Malah, bagi pihak yang menghadapi masalah dengan penggunaan OS OSS
boleh datang dan mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar.
Rakan-rakan dari MyCert, Cybersecurity pula mengadakan satu sesi bagi
pihak yang berminat dalam keselamatan laman web. Ia adalah satu
peluang kepada pembangun laman web untuk mempelajari bagaimana laman
web dicerobohi dan cara melindunginya.
RSVP acara ini mendapatkan tempat. Ianya percuma namun tempat adalah
terhad.
http://www.facebook.com/event.php?eid=92389938507
Jobstreet.com turut mempunyai sesi khusus bagi pekerjaan bidang ICT.
Sama ada anda mencari pekerjaan, atau mahu mempelajari cara-cara
menyediakan "resume" dan perbincangan mengenai pekerjaan ICT.
Hackathon Day 31 Mei 2009 adalah percuma untuk semua untuk masuk, maka
jemputlah datang beramai-ramai.
Lawat laman rasmi MSC Malaysia OSCONF 2009
http://www.mscmalaysia.my/osconf
Sertai MSC Malaysia OSCONF 2009 di Facebook
http://www.facebook.com/group.php?gid=78169245399