Gmail Calendar Documents Reader Web more »
Recently Visited Groups | Help | Sign in
Google Groups Home
Group info
Members: 172
Language: Malay
Group categories:
Region: Asia > Malaysia
More group info »
Recent pages and files
About Jenaka dot kom    

Jenaka dot kom

 Jenaka dot kom™ 2.0 (Jdk)

Alternatif
Himpunan benda-benda karut-marut seperti ini boleh juga di dapati di
Jenaka dot kom versi blog 1.0

Berikut ialah maklumat-maklumat yang mungkin anda ingin tahu tentang Jenaka dot kom:

  1. Jenaka dot kom ialah mailing list yang dibuka untuk semua makhluk bernama Melayu di dunia ini.

  2. Jdk digunakan untuk berkongsi jenaka, lawak, cerita, sandiwara, pantun, seloka, gurindam, madah, pesanan dan sebagainya.

  3. Laman rumah Jdk ialah di http://groups.yahoo.com/group/jenaka

  4. "Tuan Rumah" Jdk ialah Yahoo!Groups. Untuk mengetahui lebih-lanjut tentang Yahoo!Groups, sila klik di sini.

  5. Keahlian Jdk adalah percuma. Kalau rasa nak bayar jugak, sedekahlah kepada masjid ke, badan amal ke, apa ke... dapat jugak pahala.

  6. Karya-karya adalah disumbangkan oleh ahli-ahli sendiri tetapi ditapis oleh "Moderator".

  7. Hantar karya-karya anda ke jenaka@yahoogroups.com

  8. Karya-karya yang disumbangkan mestilah yang menghiburkan dan "bersih" daripada unsur-unsur yang tidak sopan (tidak senonoh, lucah, berniat jahat etc) atau melanggar undang-undang (cetak-rompak, pornografi etc). Contohnya:
    • Jenaka, lawak, jokes, humor
    • Gambar-gambar yang melucukan -- tapi jangan terlalu besar atau terlalu banyak

  9. Karya-karya berikut adalah tidak digalakkan:
    • Artikel agama -- Terutamanya yang tidak disertakan sumber petikan. Amat sukar untuk menentukan kesahihan artikel-artikel seumpama ini terumanya yang melibatkan hukum-hakam.
    • Email-email yang mengatakan sesuatu makanan/minuman itu tidak halal, ada babilah, ada lemak babilah, ada rebusan air tulang babilah... etc etc Jangan kata bahawa "saya hanya forwardkan sahaja..." -- anda bertanggungjawab ke atas apa saja yang anda sampaikan kepada orang lain. Jika anda tidak pasti kesasihannya kenapa disampaikan kepada orang lain?
    • Gambar-gambar lain - pemandangan, bunga, orang, artis, etc etc... Tak payahlah... carilah tempat lain utk benda-benda ini. Bukan tak elok... tapi orang join Jdk sebab nak baca lawak-jenaka.

  10. Mesej-mesej seperti berikut adalah DILARANG
    • SPAM (mengiklan ke dalam beberapa email address serentak.
    • Iklan skim piramid, skim cepat kaya, lambat kaya, cepat kayap dsb -- janganlah bangang sangat, kalau orang kata tak boleh tu, tak bolehlah... tak faham ke?
    • Gambar lucah, video lucah, lawak lucah dan apa-apa yang lucah.
    • Artikel-artikel politik atau berbau politik. Tak kiralah samada politik wangi atau politik busuk. Sama saja --- tetap TIDAK boleh.
    • Apa-apa yang berbentuk sentimen 'perkauman" atau menghasut -- tak kiralah kaum mana yang menjadi bahannya.
    • Melanggar peraturan yang ditetapkan oleh "tuan rumah" seperti yang dinyatakan di sini
  11. Sesiapa yang melanggar syarat di atas akan digantung (banned) keahliannya.

Kenapa artikel saya ditolak walaupun telah memenuhi syarat-syarat di atas?

  1. Artikel anda tu dah banyak kali recycled... sampai dah tak kelakar lagi.

  2. Mesejnya berbentuk peribadi... nak bagitau kat kawan sorang, cc kat Jdk.

  3. Kadang-kandang tu saje aje si moderator tu reject... jangan kecik hati pulak. Si moderator ni pun bukan boleh pakai sangat. Maklumlah orang tua... err... lama... bukan tua tapi lama.
Maklumat-maklumat di atas akan dipinda dari masa ke semasa oleh Moderator mengikut sesuka hatinya.

Hmm... nampaknya anda memang ada banyak masa (tak ada kerja le agaknya tu) sehingga habis semua benda-benda menagarut ini ada baca. Oleh itu, sila ambik bahagian dalam bancian tidak rasmi kita kat bawah tu...

Apakah yang menarik tentang Jdk?
Free polls from Pollhost.com


 

Version: 
Create a group - Google Groups - Google Home - Terms of Service - Privacy Policy
©2009 Google