http://e-umno.tripod.com/mar_a_pakngah02.html
Kelmarin hari hujan, dah berhari hari hujan dan Pak Ngah dah 3 hari
tidak menoreh. Kami di Kedah ni sebut
motong jadinya dah dekat 3 hari tak motong. Pak Ngah teringat nak ke
Kuala Lumpor dan Putra Jaya.
Bila sampai ke KL, tu diaaaa, lama betul tak mai KL. Di stesyen
keretapi sahaja penuh macam macam kedai. Dulu masa mula Pak Ngah
sampai di stesyen keretapi boleh makan dan minum dengan 3 ringgit
sahaja. Tapi la ni, bila pakai RM dekat RM10.00. Pak Ngah amat sedih
kerana dulu makan penuh gembira tetapi sekarang makan kerana nak terus
hidup sahaja.
Pak Ngah tengok cucu-cucu di KL ini berbagai ragam. Waktu pagi orang
nak pergi kerja kot, banyak nampak pemuda pemudi Islam, tersenyum Pak
Ngah penuh kesyukuran. Maklumlah walau di kota namun syiar keislaman
masih gemerlapan.
Masa berlalu begitu pantas, Pak Ngah melihat jam Pagol berlambang
pokok kelapa hijau di tangan sudah pukul 10.30 pagi. Pemuda pemudi
Islam sudah tidak kelihatan dan muncul pemuda pemudi melayu berbagai
fesyen pakaian dan bergurau senda serta terpekik terlolong. Pak Ngah
tersentak, anak-anak cucu siapakah ini? Dari raut wajah mereka
seolah-olah sebangsa dengan Pak Ngah. Pak Ngah geram mahu rasanya di
henyak-henyak sahaja mereka ini tetapi bila Pak Ngah teringat motivasi
di setiap pagi di TV, inilah hasil generasi kesayangan pemimpin negara
ketika ini.
Hati Pak Ngah terbakar dan perlu beredar dari KL dan terus ingin
mengunjungi Putrajaya. Masyallah apa yang di lihat di Putrajaya lebih
menggerunkan. Pak Ngah tak tahu langsung apa yang tertulis di papan
tanda. Semua nya amat asing dan Pak Ngah tersesat. Disesatkan oleh
kepimpinan di Putrajaya. Pak Ngah mencari masjid dan akhirnya menemui
bangunan indah berwarna kemerahan dan dimaklumkan ianya Masjid. Pak
Ngah bermunajat memohon di keluarkan dari kesesatan ini. Takdir Allah
menemukan Pak Ngah dengan pemandu teksi yang budiman. Pak Ngah membuat
keputusan untuk terus balik ke kampung dengan kapal terbang. Sepanjang
perjalanan, pemandu teksi memasangkan kaset menceritakan penderitaan
rakyat semasa pembinaan istana air mata di Putrajaya.
Pak Ngah kini telah berada di kampung dan menceritakan berbagai
perkara kepada semua sahabat di kampung terutama sesat di Putrajaya
pokok utama nya. Benar lah kalau di Putrajaya sesat akan sesat lah di
KL dan mereka ia seantero pelosok negara..
Pak Ngah - 11.05.2004 (suntingan M@RHAEN)